Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Abdullah sifatkan kritikan Tun Dr Mahathir sebagai serangan berbisa

Abdullah sifatkan kritikan Tun Dr Mahathir sebagai serangan berbisa

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan sebagai serangan berbisa komen berterusan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan selepas pertemuan mereka berdua Ahad lepas.

Perdana Menteri berkata beliau mengharapkan Dr Mahathir menunggu penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan bekas perdana menteri itu, tetapi belum sempat beliau memberikan penjelasan, Dr Mahathir mengkritik lagi secara terbuka.

"Beliau mengulanginya lagi, kali ini dengan lebih berbisa, apa lagi (yang) boleh (di)buat wallahhualam...beliau mahu meneruskannya (kritikan)," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbukanya di Kepala Batas Khamis.

Abdullah berkata beliau amat kecewa dan kesal dengan tindakan Dr Mahathir itu yang mahu terus mengkritik kerajaan.

"Hari Raya banyak orang mai (datang ber)tanya saya...saya kecewa dan sedih....saya (meng)harap(kan) dia dapat tunggu dulu penjelasan, saya rasa sedih mengenainya kerana saya memerlukan masa untuk memberi respons, tetapi beliau mengulanginya lagi," katanya.

Abdullah berkata beliau tidak mahu berbalah dengan Dr Mahathir dan apabila ditanya apa yang akan berlaku seterusnya, Perdana Menteri menjawab "Wallahhualam".

Mengulas pertemuannya dengan Dr Mahathir di Putrajaya, Perdana Menteri berkata beberapa perkara yang dibangkitkan Dr Mahathir adalah tidak benar terutamanya mendakwa negara kini adalah negara polis.

Katanya beliau tidak mempunyai hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara polis dan tiada asas bagi hujah untuk mengatakan negara ini negara polis.

"Negara yang makmur ialah negara yang mendaulatkan undang-undang dalam sistem demokrasi dan negara ini mempunyai sisten Parlimen sebagai sebuah institusi yang diiktiraf menggubal undang-undang.

"Negara yang terus wujud adalah negara yang mendaulatkan undang-undang dan kita tidak sekat kebebasan rakyat dan kita mendaulatkan undang-undang dalam (sebuah) negara demokrasi," katanya.

Abdullah berkata tiada sesiapa yang harus takut jika mereka tidak menyalahi undang-undang.

(Dr Mahathir telah membangkitkan perkara mengenai sekatan yang dikenakan terhadapnya untuk bercakap di khalayak ramai dan mendakwa pihak yang menjemputnya telah dipanggil polis dan diberi amaran).

Begitu juga dakwaan Dr Mahathir terhadap anaknya (Kamaludin) yang mendapat projek walaupun tidak mempunyai kemudahan (kemampuan) adalah tidak benar, katanya.

Abdullah berkata Dr Mahathir mendakwa Scomi Bhd mendapat kontrak mengangkut arang Tenaga Nasional Berhad tetapi tidak mempunyai kapal, walaupun sebenarnya syarikat itu mempunyai 180 buah kapal sendiri untuk beroperasi.

"Pasal tak dak (tiada) kapal itu tak betul, memang dia (Scomi) ada kapal...180 kapal yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang Scomi ambil alih. Anak dia (Dr Mahathir) pun dapat juga (kontrak) cuma tak tunjuk saja dan projek yang anak dia dapat lebih besar dari apa yang Scomi dapat," katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa pemimpin Umno sekarang takut untuk memberi pandangan dan semua anggota Umno menjadi "pak turut" juga adalah tidak benar, malah katanya para pemimpin dalam Umno sekarang sebenarnya telah merasa lega kerana mereka kini boleh bercakap.

"Saya kata semua(nya) tak betul (dakwaan Dr Mahathir). Ahli Umno semua rasa senang di bawah kepimpinan saya kerana mereka rasa lega kerana mereka boleh (ber)cakap...(secara) demokrasi...ini dilahirkan sendiri oleh pemimpin Umno," kata beliau.

Presiden Umno itu juga berkata Dr Mahathir ada mendakwa kononnya beliau (Abdullah) melarangnya untuk bergerak (bertemu orang ramai dan menghadiri majlis) dan perkara itu juga adalah tidak benar.

Sebaliknya, kata Abdullah, mungkin Dr Mahathir tidak tahu ketika beliau (Perdana Menteri) merupakan naib presiden Umno dan tidak memegang jawatan Kabinet dahulu, "(sekumpulan) orang yang hendak menggembirakan Dr Mahathir" telah menyekat pergerakan beliau.

"...Mungkin pada peringkat dia, dia tak larang...saya pun tak larang (ketika ini), tapi saya masa itu naib presiden yang dipilih, saya berjawatan dalam parti... kalau nak ikutkan saya boleh pergi (ke) mana-mana pun," katanya.

Abdullah berkata walaupun begitu (dengan tindakan menyekat pergerakan beliau), masih ada lagi orang yang menghormati beliau dan mungkin Dr Mahathir tidak tahu pada masa itu bahawa perkara itu dilakukan orang yang hendak menggembirakannya.

Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa tiada sebarang projek negara dalam tempoh dua tahun ini, Abdullah berkata dakwaan itu kurang tepat kerana projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan baru sahaja memasuki tujuh bulan dan ada yang sedang dilaksanakan.

"Tun kata dah dua tahun...sedangkan RMK-9 baru masuk tujuh bulan dan kita (kerajaan) sedang jalankan projek...sebelum pertengahan tahun 2007 kita akan jelaskan (projek pembangunan) kepada rakyat dan masa ini ada projek kecil yang begitu rancak, banyak kerja untuk kontraktor kelas F sekarang, saya tahu," katanya.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan akan melaksanakan projek monorel di Pulau Pinang dengan kaedah penswastaan sepenuhnya manakala projek perumahan polis pula akan dilaksanakan secara tajaan modal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa Abdullah meminta menteri kabinet bercakap bagi pihak dirinya, Perdana Menteri berkata beliau cuma meneruskan amalan Dr Mahathir.

"Tun juga yang kata apabila ada sesuatu isu, biar menteri sahaja yang bercakap...saya ikut amalan Tun lah," katanya.

Abdullah berkata beliau kecewa dan sedih dengan sikap Dr Mahathir kerana perjumpaan mereka sebenarnya hanyalah untuk memberi ruang kepada bekas perdana menteri itu meluahkan apa yang terbuku dalam hati.

"...saya beri kesempatan kepada dia untuk luahkan yang dia tak senang hati, jadi itulah yang telah dilakukan. Satu jam setengah (daripada masa pertemuan), ada antaranya pada masa dia cakap saya rasa sangat nak masuk (mencelah dan) hendak berhujah dengan dia (sebab) saya tak setuju apa yang dia cakap, tapi kalau saya buat begitu nanti akan ambil masa pula dan nanti Tun (Dr Mahathir) tak dapat bagi tahu segala-galanya kepada saya," kata beliau.

Katanya beliau juga tidak mahu berhujah dengan Dr Mahathir kerana percaya akan jadi masalah dan dituduh mencuri masa Dr Mahathir.

"Sikap saya dari awal (lagi) saya nak beri peluang kepada dia nak cakap apa yang dia tak senang hati. Saya patuhilah dengan niat saya itu, Tun ambil masa sejam setengah. Kami setuju untuk jumpa dua jam, jadi tinggallah setengah jam lagi. Bila Tun berhenti sendiri saya tak kata, (suruh) Tun, berhentilah. (Bila) dia terhenti lama, saya agak takda apa (lagilah yang hendak dikatakannya) kalau ada (tentu) dia cakap lagi...." kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata beliau memerlukan masa untuk menjawab secara terpinci segala dakwaan Dr Mahathir dan akan berbuat demikian tidak lama lagi.

Mengenai komen Dr Mahathir yang mempersoalkan tindakan penangguhan pemilihan Umno sedangkan tempoh untuk mengadakan pilihan raya umum agak lama lagi, Abdullah berkata adalah hak beliau sama ada untuk mengadakan pilihan raya atau tidak.

"Itu opsyen saya...bila saya nak buat pilihan raya," katanya.

Menyentuh kenyataan Sultan Johor supaya Dr Mahathir berkelakuan seperti pesara dan berhenti daripada membidas kerajaan, Abdullah berkata titah Sultan itu membayangkan suara orang ramai.

Ditanya sama ada beliau bercadang untuk bertemu lagi dengan Dr Mahathir, Perdana Menteri berkata: "Wallahhualam, mungkin ada, mungkin tak ada".

Jawapan yang sama juga diberikan semasa ditanya apakah punca menyebabkan Dr Mahathir mengkritik beliau: "Wallahhualam dan saya tak tahu".

Ditanya apakah beliau yakin kemelut antara beliau dengan Dr Mahathir akan berakhir, Abdullah berkata "Tak tahulah, itu terpulang kepada Dr Mahathir".

Abdullah berkata tumpuannya sekarang sebagai Perdana Menteri ialah menunaikan janji kepada rakyat dan memahami rakyat .-26/10/2006

----------------------------

Abdullah membisu mengenai pertemuan dengan Dr M

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Selasa memilih untuk berdiam berhubung pertemuan empat mata dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Putrajaya, pada Ahad lepas.

"Tolong, bukan subjek itu. Lain kali sahajalah", itulah jawapan penuh sopan daripada Abdullah kepada pemberita semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun pemberita tidak mengalah dan terus mendesak beliau untuk mengulas pertemuan itu, tetapi Abdullah yang nampak riang selepas menyambut beribu-ribu tetamu di rumah terbukanya, sekali lagi merayu: "Tidak...Saya tidak akan menyentuh perkara itu...akan ada masa yang sesuai baginya nanti".

Perdana Menteri di sebaliknya berkata bilangan kehadiran besar di rumah terbuka hari ini iaitu hampir 200,000 orang menunjukkan rakyat masih mempunyai keyakinan terhadapnya.

"Saya percaya mereka yang datang itu gembira. Ada antara mereka memberitahu saya supaya meneruskan dengan pencapaian yang baik itu. Kami akan terus menyokong anda. Orang ramai memberi saya keyakinan...saya suka bertemu dengan mereka," tambah Abdullah lagi seperti dilapor oleh Bernama.

Sejak awal tahun ini Dr Mahathir telah membidas kepimpinan Abdullah dan cara kerajaan dikendalikan. Bekas perdana menteri itu juga hampa berhubung beberapa isu seperti pembatalan jambatan menggantikan tambak Johor dan `Approved Permits' (AP) bagi kenderaan yang dianggap menjejaskan industri kereta nasional.

Pada Ahad kedua-dua pemimpin itu bertemu di kediaman rasmi Perdana Menteri dan berdialog selama dua jam berhubung isu dan keluhan Dr Mahathir.

Selepas pertemuan itu, Dr Mahathir berkata walaupun beliau puashati dengan pertemuan itu, beliau kurang senang dengan respons daripada Abdullah.

Abdullah juga mencatatkan perkara-perkara yang diutarakan oleh Dr Mahathir dalam buku notanya.

Pada Isnin, Dr Mahathir mengulangi kritikannya terhadap Abdullah dalam satu persidangan berita.

Ini sekali lagi mencetuskan reaksi dengan menteri-menteri tampil mempertahankan Perdana Menteri. Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata kerajaan akan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Dr Mahathir terhadap kerajaan dan kepimpinan Abdullah.

Najib berkata Abdullah akan memberi jawapan yang "panjang dan terperinci" kepada semua soalan-soalan dan penjelasan yang diperlukan oleh bekas perdana menteri itu.

"Saya sudah cakap dengan Pak Lah (Abdullah) dan beliau sanggup sediakan jawapan panjang dan terperinci kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa berkata kerajaan akan menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata Abdullah akan memberi jawapan yang "panjang dan terperinci" kepada semua soalan-soalan dan penjelasan yang diperlukan oleh bekas perdana menteri itu.

"Saya sudah cakap dengan Pak Lah (Abdullah) dan beliau sanggup sediakan jawapan secara panjang dan terperinci kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir.

"Jawapan itu akan diajukan secara semuka atau secara bertulis...itu terpulang kepada Perdana Menteri," Najib berkata kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Bagaimanapun, Najib berkata Abdullah memerlukan masa untuk menjawab semua tuduhan terbaru Dr Mahathir kerana perkara itu hanya dibangkitkan Ahad lepas semasa pertemuan empat mata antara mereka.

Sejak awal tahun ini Dr Mahathir telah membidas kepimpinan Abdullah dan cara kerajaan dikendalikan. Bekas perdana menteri itu juga hampa berhubung beberapa isu seperti pembatalan jambatan menggantikan tambak Johor dan `Approved Permits' (AP) bagi kenderaan yang dianggap menjejaskan industri kereta nasional.

Pada Ahad kedua-dua pemimpin itu bertemu di Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya, dan berdialog selama dua jam berhubung isu dan keluhan Dr Mahathir.

Selepas pertemuan itu, Dr Mahathir berkata walaupun beliau puashati dengan pertemuan itu, beliau kurang senang dengan respons daripada Abdullah. Ini sekali lagi mencetuskan reaksi dengan menteri-menteri tampil mempertahankan Perdana Menteri.

"Saya terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir sebaik sahaja perjumpaan dengan Perdana Menteri kerana saya sangka, yang pertama, perjumpaan ini tertutup...empat mata dan, kedua, saya dan ahli-ahli Umno mengharapkan perjumpaan ini merupakan satu usaha untuk memulihkan hubungan dan menghasilkan sesuatu yang baik untuk parti dan negara.

"Perdana Menteri sendiri mengharapkan masa untuk memberi jawapan terperinci kepada perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir dan saya percaya jika diberikan masa, kerajaan akan menyediakan jawapan yang lengkap kepada perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir," kata Najib, Selasa.

Najib berkata beliau terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir terhadap pertemuan itu memandangkan "ramai beranggapan ia satu permulaan baik bagi menamatkan perselisihan antara Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir".

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan tetap akan menjawab kesemua dakwaan yang dibuat oleh Dr Mahathir dan Perdana Menteri bersedia untuk memberikan jawapan "sangat terperinci" kepada hal-hal yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri itu.

"Kami berharap Tun Mahathir akan memberi respons selepas menerima jawapan panjang lebar daripada Perdana Menteri. Kami sebenarnya mengharapkan yang mesyuarat itu sesuatu yang akan memanfaatkan parti dan negara tetapi kami terkejut dengan respons segera beliau," kata Najib lagi.

Beliau juga berkata Abdullah tidak dapat menjawab semua tuduhan yang dibuat oleh Dr Mahathir kerana kesuntukan masa semasa pertemuan kedua-dua pemimpin itu.

"Masa yang diperuntukkan untuk mesyuarat itu hanya dua jam lebih. Perjumpaan itu diadakan dalam bulan puasa dan jika Tun sudah ambil masa sejam setengah bererti bahawa Pak Lah hanya ada masa yang begitu singkat untuk memberi jawapan menghuraikan perkara yang dibangkit Tun, sebab itulah dia (Abdullah) bersedia untuk memberi respons yang lebih lengkap lagi," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata walaupun banyak daripada hal-hal yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir telah dijelaskan, beberapa lagi isu memerlukan penjelasan terperinci.

Najib bagaimanapun tidak menyatakan tempoh masa bagi memberikan jawapan itu.

"Beliau (Dr Mahathir) mahukan jawapan dan jika kami tidak menjawab maka beliau akan berkata Umno tidak memberi respons kepada beliau... jadi kami lakukan apa yang kami rasakan wajar, yang kami perlu menangani beberapa daripada isu yang dibangkitkan oleh Tun (Dr Mahathir) kerana jika tidak orang ramai mungkin keliru atau beranggapan kami tidak melakukan perkara yang wajar," tambah Najib.- 24/6/2006



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.