Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Najib nafi khabar angin mengenai Endon...kesihatannya "Alhamdulillah'

Najib nafi khabar angin mengenai Endon...kesihatannya "Alhamdulillah'

Keadaan isteri Perdana Menteri Datin Seri Endon Mahmood yang sedang menjalani rawatan di Amerika Syarikat “Alhamdulillah”,kata Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.

Beliau memberitahu demikian kepada para wartawan di Kucing ketika diminta mengulas berbagai khabar angin termasuk yang disebar menerusi SMS berhubung keadaan kesihatan isteri Perdana Menteri itu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berlepas ke Los Angeles sejurus selesai mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional petang Isnin untuk melawat isterinya yang sedang menjalani rawatan kemoterapi di situ sejak lebih sebulan lepas.

Pemergiannya yang dilihat agak mendadak itu dipercayai telah mencetuskan berbagai khabar angin berkenaan.

Semasa bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat BN itu Abdullah kelihatan ceria dan memberitahu isterinya tiada apa-apa masalah dari segi klinikal.

Beliau dijadual pulang ke tanahair 9 Ogos ini.

Sambil menolak khabar angin yang tersebar sebagai tidak berasas, Najib memberitahu beliau baru sahaja berhubung dengan Perdana Menteri pagi Khamis dan diberitahu mengenai kesihatan Endon.

Katanya ada pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai tujuan tertentu menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kesihatan Endon.

Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Khamis memetik Dr Lawrence Piro yang merawat Datin Seri Endon Mahmood sebagai memberitahu beliau menunjukkan respons yang positif terhadap rawatan kemoterapi.


"Program rawatan ini sedang berjalan dengan lancar dan Datin Seri menunjukkan respons yang positif," katanya.

Dr Piro juga berkata Endon bergiat aktif dan berasa sihat.

"Beliau mempunyai sikap yang teguh serta semangat yang besar dan ini mempengaruhi keadaannya secara baik," tambahnya.

Endon sedang menerima rawatan chemotherapy Abraxene yang belum diperkenalkan di
Malaysia tetapi menurut Dr Piro, ia terbukti berkesan dalam menangani kanser payu dara.

Menerusi kenyataan itu, Endon merakamkan penghargaan beliau kepada semua rakyat yang telah memberi sokongan dan mendoakan kesihatannya.

Ketika ini, beliau ditemani oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta anggota keluarga yang lain.

Kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri itu diiringi gambar yang menunjukkan Endon duduk di meja makan bersama Abdullah dengan anaknya, Nori, dan menantunya, Azrene Abdullah, berdiri di belakang.

Turut bersama mereka ialah sahabat karib Endon yang juga Ketua Eksekutif Yayasan Budi Penyayang, Leela Mohamad Ali, dan juga Dr Piro serta isterinya.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.