Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Saya bukan samseng jalanan...

Saya bukan samseng jalanan...

Betulkah Pengerusi Biro Putera UMNO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Datuk Azeez Abdul Rahim ada kes polis…ada kes mahkamah kerana nak tembak orang.Juga ada orang mendakwa beliau temberang ada ijazah dari universiti di Amerika.Beliau juga dikatakan sudah bangkrap Ada juga desas desus tersebar kata Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishamuddin Hussein tak suka padanya.Azeez menjawab semua ini ketika ditemui di pejabatnya.



Berikut ialah transkrip ulasan Datuk Azeez mengenainya:

Saya sebenarnya malas nak layan tuduhan-tuduhan tak berasas ni semua…tetapi memandangkan saudara sudah datang dan ingin tahu apakah ini semua benar atau tidak…saya sedia menjawabnya.

Apapun ini adalah kali pertama dan terakhir saya saya nak jawab hal-hal macam ni.Lepas ni orang nak cakap apapun cakaplah…saya tak kisah.


Saya jadi jutawan hasil menjual kereta terpakai waktu usia saya muda iaitu 21 tahun…dan pada waktu yang sama saya bukan steady terus menerus ..saya pun pernah tergolek jatuh juga…

Biasalah setiap orang nak berjaya ni pernah melalui jatuh bangun.. tergolek jatuh ..saya dalam perniagaan.

Cuba saudara tanya siapa yang dah berjaya dalam dunia ni yang tak pernah jatuh…mesti ada lalui pengalaman itu.

Saya sendiri atas bijaksana saya ...saya telah berjaya atasi semua masalah itu.

Pada tahun 1997 berlaku kegawatan ekonomi...kereta saya waktu tu ada 1000 buah..duit fluctuate ..harga kereta jatuh menjunam..memang saya jatuh tetapi kita pandailah nak selesaikan masalah…

Dalam bab ada orang dakwa saya ada kes mahkamah …memang betul.

Siapa saja yang berminat nak tahu sangat betul tak betul boleh pergi check kat mahkamah..memang dulu waktu zaman saya mula berniaga.. memang ada unsur-unsur dalam perniagaan… kata saya nak tembak orang dan sebagainya.

Sebenarnya itu partner saya sendiri..dalam perniagaan..tetapi kes itu semua dah selesai… mahkamah tidak mengambil tindakan….polis dah siasat dan kes itu telah dibuang.

Saya dalam perniagaan …saya bukan samseng..saya juga bukan samseng jalanan ..

Dalam perniagaan.maklum sajalah saya ni naik dalam usia muda...jadi biasalah macam-macam orang akan jelous dan sebagainya.

Ini saya tak heran….

Sebenarnya saya malas nak react kepada macam-macam tomahan terhadap saya..dia orang nak tuduh..tuduhlah.

Yang pasti saya taat kepada Presiden UMNO,Timbalan Presiden saya serta Ketua Pemuda saya.

Datuk Hisham harus tahu siapa saya sebenarnya..

Kerja yang saya buat Datuk Hisham dan Khairy mesti mau tahu...lain saya tak heran.

Ini tomahan..bila kita dalam politik ke..bila berjaya dalam perniagaan..ini adat orang melayu kita ..masalahnya orang melayu dengan melayu saja yang nak saling jatuhkan..tak ada orang lain.

Saya percaya kepada surah Kun Faya Kun ..yang kata Alllah jadi maka.. jadilah ia

Manusia ni tak boleh tarik saya…kita ada undang-undang..kita ada mahkamah..kalau saya salah saya sedia terima hukuman.

Pasal ada orang bawa mulut kata saya tak ada kelulusan universiti luar negara kata saya temberang dan sebagainya..

Itu terpulanglah..kalau saya tak ada mana mungkin saya berani nak bubuh kelulusan itu dalam biodata saya..

Universiti saya belajar bukan universiti yang kolot..itu antara universiti tertua di Amerika iaitu Preston University di Wyoming,Amerika Syarikat.

Tak kan saya masuk universiti ..balik kosong ..mustahil…lainlah kalau universiti negara-negara kita tak percaya kesahihhannya. ..ini semua ada rekod.

Tak mungkin saya nak bohong..apa tujuan saya nak bohong.

Kalau saya ada ke dalam Pemuda UMNO .. tak ada ke .. sama saja..Saya telah dilantik dan diberi kepercayaan oleh Datuk Hisham untuk mengetuai Biro Putera…saya tak minta jawatan ini.

Bila dilantik saya nak buat kerja dan penuhi tanggongjawab yang diamanahkan.

Saudara tahu tidak… apa yang setiap hari saya punya fikiran sekarang ialah bagaimana nak majukan Putera UMNO.

Saya bangun tidor terus terbayang putera..putera..putera..

Ni dalam masa terdekat ..saya kena pergi 13 negeri untuk pelancaran Putera peringkat negeri..

Pada bulan Ogos saya nak lancar di Kedah..Datuk Hisham sendiri akan turun melancarkannya.

Lepas tu Sabah kemudian negeri-negeri lain sampai ke Perils …

Dengan kesibukan semua ini mana tak ada masa nak bercerita pasal orang.

Biarlah kerja-kerja yang saya buat terbukti menjadi ..biarlah orang tau saya boleh buat kerja.

Bos saya mesti tau siapa Azeez… Azeez boleh buat kerja ke ...boleh deliver ke …atau kaki loklak dan temberang sana sini….

Biarlah ..sebab yang nak tentukan masa depan saya ialah Allah dan kemudian bos saya kerana kerja yang saya laksanakan..

Lepas pelancaran Putera UMNO peringkat negeri-negeri… saya nak ke peringkat bahagian-bahagian pula.

Kemudian akan ke peringiat cawangan..khususnya cawangan yang bermasalah saya akan beri pehatian.

Terima kasihlah kerana datang interbiu saya…terima kasih juga kepada mereka yang kenal ke tak kenal ke yang buat segala tomahan itu..

Kita kena ingat atas dunia ni Allah bayar cash ..kalau saya buat benda-benda pelik saya pun terima cash. Orang yang buat tomahan pun akan terima cash juga.

Tak payah nak ugut saya … I got nothing to lose ..saya masuk Pemuda dan Exco ni untuk berjuang dan berbakti..bukan nak menerima apa-apa ganjaran…

Saya dah cakap dari dulu saya ni daif tentang projek-projek ..saya jadi jadi Exco Pemuda pun pertama kali.

Pergilah tanya mana-mana menteri…pernah ke saya pergi minta apa-apa...satu sen pun tidak.

Saya buat kerja…saya ada bos saya…Datuk Hisham…Khairy...Pak Lah dan Datuk Seri Najib.

Kalau saya betul-betul bermasalah perlu bantuan jalankan program-program untuk Putera UMNO saya ada empat orang ni saya pergi minta…tak payah minta dengan orang-orang lain..

Saya tak ada masa saya nak buat kerja lahirkan generasi cemerlang..yang berhemah tinggi..

Apa jua saranan Pak Lah ada dalam jiwa saya...saya akan bantu laksanakan..saya tak ada masa nak komen atau kutuk pasal orang.

Ada juga orang tuduh kata Datuk,Hisham tak suka saya pada saya ...kata saya kroni Khairy.

Saya tak boleh fikir bagaimana orang boleh buat cerita sampai begitu.

Terpulang le pada mereka…suka hatilah…dia orang ni tak akan berhenti bercakap.

Pak lah sendiri ada cakap berkali-kali ..ada satu kumpulan ni..tak ada kerja..pergi coffee house.. kerja dia hentam orang..hantar sms ..tak buat kerja..kerja dia sendiri tak tau buat..orang lain nak buat dia tak kasi..

Lojiknya kalau saya ada kes mahkamah saya tak boleh bertanding Ketua Pemuda Bahagian,…tak boleh bertanding Exco Pemuda…semua orang boleh check..kalau saya bangkrap.. check tekan komputer di jabatan kerajaan yang berkenaan …semua keluar…

Mungkin mereka iri hati lihat hari ni saya jalan laju sangat..kerana saya tak akan toleh ke belakang…saya akan pastikan apa jua cita-cita Presiden UMNO dan Datuk Hisham tercapai..itulah kiblat saya dalam politik...saya akan terus berjuangan.

Kalau ingat saya ada kes ke apa-apa kes perlgilah… maklumkan kepada Lembaga Disiplin UMNO ..gugurkan saya sebagai ahli parti.

Buat apa nak guna media internet dan sebagainya untuk cemar imej saya.

Saya tengok dia orang ( media internet tertentu) ni buka saja … tak ada yang baik..dari Presiden UMNO sampailah ke macai macam saya ni semua tak baik..semua kritik.

Mungkin dia orang ni pantang tengok UMNO bersatu…

Masa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini Pemuda bersuara lantang…mungkin ada orang sakit hati…

Barisan Exco Pemuda yang ada sekarang sangat mantap...kami bersatu padu..kami buat kerja untuk kebaikan Pemuda tanahair kita.

Saya mintalah mereka yang berfikiran kolot dan asyik nak fitnah orang ...kita tak akan maju ke depan…kita nak maju..kalau tidak nanti kita anak cucu kita akan merana pada tahun 2020 kerana perbuatan orang melayu sendiri.

Kalau tak bersatu… kita akan bagi ruang kepada kaum-kaum lain bantai kita..jadi saya mintalah…sedarkan bangkitlah jangan asyik nak tomah orang saja..

Jadi orang nak buat kerja tu bagilah peluang..saya pun baru setahun jagung jadi Exco Pemuda…

Kalau saya boleh buat kerja bagilah merit yang sewajarnya…kalau tak boleh tak payah orang suruh..saya sendiri akan tarik diri..buat apa saya buat benda yang saya tak boleh buat.

Selama ni pun saya bukan cari makan dalam UMNO…saya seorang peniaga..

Kalau betul seperti tomahan orang-orang ni…kalau betul ..saya sedia berundur..saya got nothing to lose ..

Saya pun dah dekat nak habis umur..lepas ni bukan boleh buat apa-apa.

Sisa umur saya menjelang 40 ni..saya nak bantu..nak tolong Pemuda..bangsa saya dan agama saya sendiri.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.