Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 07 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Sabtu:Kerajaan siar kandungan surat mengenai jambatan...Jumaat:Kerajaan dedah dokumen rahsia untuk jawab dakwaan Dr Mahathir

Sabtu:Kerajaan siar kandungan surat mengenai jambatan...Jumaat:Kerajaan dedah dokumen rahsia untuk jawab dakwaan Dr Mahathir

Kerajaan hari Sabtu menyiarkan kandungan sepenuhnya surat-menyurat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew dan Goh Chok Tong berhubung cadangan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Salinan empat surat itu, dua yang ditandatangani oleh Dr Mahathir dan dua lagi oleh Goh, kini dapat dibaca dalam portal berita Bernama, www.bernama.com di bawah tajuk "Correspondence between Tun Dr Mahathir and former Singapore Prime Ministers".

Semalam kerajaan menarik balik klasifikasi rahsia pada dokumen-dokumen itu bagi menangkis dakwaan Dr Mahathir berhubung keputusannya pada 12 April untuk membatalkan projek itu.

Bekas perdana menteri itu mendakwa antara lain kononnya kerajaan Singapura bersetuju dengan cadangan Malaysia membina sebuah jambatan bengkok, kononnya jambatan itu bukan sebahagian daripada pakej bagi menyelesaikan isu-isu tertunggak, dan kononnya Malaysia menawarkan penjualan pasir dan penggunaan ruang udaranya kepada jet pejuang Singapura untuk dirunding.

Bernama melaporkan dalam satu kenyataan hari Jumaat, Jabatan Perdana Menteri berkata itu merupakan kedua kalinya dalam sejarah negara dokumen-dokumen yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) disiarkan kepada umum, bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan membolehkan rakyat Malaysia faham mengenai keputusan kerajaan membatalkan projek itu.

Menurutnya rundingan berhubung perbincangan dengan Singapura mengenai isu ruang udara bukannya baru dan tidak dicetuskan oleh kerajaan sekarang pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dr Mahathir selaku perdana menteri ketika itu telah memasukkan isu itu sebagai satu pertukaran dan sebagai sebahagian pakej isu-isu untuk diselesaikan bersama Singapura dalam rundingan dari 1998 ke 2002.

Ini terkandung dalam
surat Dr Mahathir kepada Lee selaku Menteri Kanan pada 4 Mac 2002, dan isu yang sama dibangkitkan oleh Goh pada 1 Mac 2005.

Ini menolak dakwaan Dr Mahathir kononnya pentadbiran sekaranglah yang menawarkan ruang udara kepada pesawat Tentera Udara Singapura.

Penjualan pasir kepada Singapura dibangkitkan oleh republik itu dalam pertemuan antara Abdullah dan Goh pada 1 Mac 2005, sekaligus menolak tanggapan yang kerajaan menjadikan isu itu untuk dirundingkan.

Kandungan surat-surat yang disiarkan hari ini menunjukkan bahawa dalam sepucuk surat kepada Goh bertarikh 7 Okt 2002, Dr Mahathir secara bersendirian menamatkan rundingan yang berdasarkan pakej dengan Singapura, dengan berkata Malaysia telah membuat keputusan untuk memberikan keutamaan tertinggi untuk menyelesaikan dahulu isu air yang telah lama tertangguh.

Dalam jawapannya pada 14 Okt, Goh memberitahu Dr Mahathir bahawa oleh kerana beliau mahu menangani isu air secara berasingan dan mahu menghentikan pendekatan secara pakej itu, pertukaran-pertukaran ini tidak lagi mungkin dapat dicapai.

"Oleh kerana rundingan secara pakej ini sudah ditamatkan, saya telah mengarahkan pegawai-pegawai saya menangani isu air dan isu lain secara tersendiri dan berasingan, berdasarkan merit masing-masing, dan tidak lagi sebagai satu pakej," kata Goh dalam
surat itu.

Kenyataan Jabatan Perdana Menteri itu juga berkata Pejabat Peguam Negara telah menasihatkan supaya
Malaysia tidak meneruskan tindakan membina sendiri jambatan itu tanpa mematuhi kehendak undang-undang.

Halangan utama terhadap pembinaan jambatan bengkok melibatkan tindakan meroboh Tambak Johor di bahagian
Malaysia dan ini akan memberi kesan secara langsung kepada paip air milik Public Utilities Board (PUB) Singapura.

Berdasarkan Perjanjian Air Johor-Singapura 1961 dan 1962,
Malaysia perlu mendapatkan kelulusan PUB berhubung sebarang perubahan kepada paip air itu akibat daripada pembinaan jambatan.

Kerajaan telah menjelaskan bahawa keputusannya adalah keputusan politik, berdasarkan sentimen, kedaulatan dan integriti rakyat
Malaysia, kata kenyataan itu.

------------------------

Kerajaan dedah dokumen rahsia untuk jawab dakwaan Dr Mahathir mengenai pembatalan projek jambatan bengkok

Berikut ialah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri Jumaat untuk menjelaskan mengenai isu pembatalan projek jambatan bengkok bagi mengantikan Tambak Johor:

Kerajaan telah mengklasifikasikan semula beberapa dokumen rahsia yang relevan dan petikan darinya, bagi membolehkan rakyat Malaysia memahami mengapa Kerajaan mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Dengan berbuat demikian, ia telah menjawab dengan sebenarnya beberapa dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu:

• Kerajaan Singapura menerima cadangan
Malaysia untuk membina sebuah jambatan bengkok.
• Jambatan berkenaan bukan sebahagian daripada pakej tertunggak isu dua hala.
•
Malaysia adalah negara lemah dan tidak mempunyai keberanian (half past six with no guts) dengan tidak meneruskan projek jambatan bengkok.
• Ketika di meja rundingan,
Malaysia yang mengemukakan isu penjualan pasir dan kebenaran untuk Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menggunakan ruang udara negara ini.

Ini adalah kali kedua dalam sejarah negara di mana maklumat yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diklasifikasikan semula dan diluluskan untuk tatapan masyarakat awam. Langkah ini merupakan satu bukti jelas betapa seriusnya Kerajaan ingin memberi fakta yang lengkap kepada rakyat agar mereka dapat memahami mengapa Kerajaan membuat keputusan untuk membatalkan projek jambatan berkenaan.

Di dalam pakej dokumen yang dikeluarkan ini adalah segala surat-menyurat yang dibuat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dua bekas Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Chok Tong.

Petikan daripada rekod mesyuarat di antara Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Encik Goh Chok Tong di Kuala Lumpur pada Mac 2005, juga akan dikeluarkan untuk tatapan umum.

Kandungan bagi dokumen ini mempunyai tiga fakta utama:

1. Perbincangan bersama Singapura mengenai isu ruang udara bukanlah satu perkara baru yang disyorkan oleh Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah memasukkan isu ruang udara sebagai satu pertukaran (trade off) dan menjadi sebahagian daripada isu berpakej yang ingin diselesaikan bersama Singapura ketika mengadakan beberapa rundingan daripada 1998 sehingga 2002. Ini terbukti dalam kandungan
surat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Kanan Encik Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002. Isu yang sama inilah yang dibangkitkan oleh Menteri Kanan Encik Goh Chok Tong semasa satu mesyuarat bersama Dato’ Seri Abdullah pada 1 Mac 2005. Fakta ini menangkis dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan sekarang yang menawarkan penggunaan ruang udara Malaysia oleh jet-jet pejuang RSAF.

2. Penjualan pasir kepada Singapura dibangkitkan oleh Republik tersebut semasa mesyuarat di antara Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Encik Goh Chok Tong pada 1 Mac 2005.

Ini menangkis dakwaan bahawa Kerajaan sekarang yang membangkitkan isu pasir di meja rundingan.

3. Pendapat Undang-undang dari Jabatan Peguam Negara menunjukkan bahawa
Malaysia tidak boleh meneruskan usaha membina jambatan secara bersendirian (unilateral) tanpa mematuhi tuntutan undang-undang. Khususnya, Malaysia mempunyai tanggungjawab yang terkandung di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan 1965.

Rintangan utama yang dihadapi
Malaysia dalam soal ini adalah jika pembinaan jambatan bengkok diteruskan, ia akan melibatkan perobohan Tambak Johor sebelah Malaysia. Perobohan ini secara langsung menjejaskan paip-paip air yang dibina dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang dibina di kiri dan kanan Tambak Johor. Mengikut Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, hak milik paip-paip tersebut diberikan kepada Lembaga Kemudahan Awam Singapura (Public Utilities Board atau PUB).

Jabatan Peguam Negara telah memberi pendapat undang-undang bahawa di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, “
Malaysia perlu mendapatkan kebenaran dari PUB bagi mengubah kedudukan paip-paip untuk pembinaan jambatan lurus sepenuhnya atau jambatan bengkok”.

Di bawah Perjanjian Pemisahan
Malaysia – Singapura 1965, Malaysia menjamin obligasinya yang terkandung dalam Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962. Paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor adalah tertakluk di bawah Perjanjian Air Johor – Singapura 1961. Justeru, peruntukan Perjanjian Wayleave yang boleh digunapakai ke atas paip-paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor tidak boleh digunapakai ke atas paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor. Oleh itu, dakwaan bahawa paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor boleh dialihkan secara bersendirian (unilateral) selepas memberi notis enam bulan kepada Singapura adalah tidak benar.

Dengan mengambilkira fakta ini, Kerajaan sekarang perlu membuat keputusan tegas untuk menolak cadangan timbang balas (quid-pro-quo) Singapura untuk memperoleh pasir dan ruang udara. Keputusan ini dibuat memandangkan ianya akan menjejaskan kedaulatan Negara. Kerajaan perlu membuat keputusan politik untuk menghentikan projek jambatan ini memandangkan ianya selaras dengan sentimen Rakyat dan kepentingan Negara.

Kesimpulannya, keseluruhan isu ini berkisar pada satu fakta yang mudah –
Malaysia mahukan jambatan tersebut dan Singapura tidak.

Jambatan lurus sepenuhnya yang dicadangkan oleh
Malaysia sepatutnya menjadi simbol persahabatan dan seharusnya memberikan manfaat kepada kedua-dua Negara. Walau bagaimanapun, tanggungjawab untuk mencapai matlamat ini tidak hanya terletak kepada Malaysia semata-mata.

Nota: Keterangan lanjut mengenai isu ini terkandung dalam Lampiran A yang disertakan bersama.



Lampiran A:

Bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr. Mahathir telah membuat pelbagai dakwaan berkenaan dengan keputusan Kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Kerajaan kini ingin membentangkan fakta-fakta dan menjelaskan rentetan sejarah mengenai keputusan yang telah diambil.

Dakwaan: Bahawa Kerajaan Singapura telah menerima cadangan
Malaysia untuk membina sebuah jambaan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah Malaysia .

Fakta: Pada 4 Mac 2002, Tun Dr. Mahathir telah menulis kepada Menteri Kanan Lee Kuan Yew mengenai cadangan Malaysia berkenaan pakej isu dua-hala yang tertunggak. Antara lainnya, beliau telah mencadangkan pembinaan jambatan di sebelah
Malaysia manakala Singapura akan membina jambatan di sebelah Singapura dengan masing-masing menanggung kos sendiri. Selepas jambatan tersebut siap, Tambak Johor akan dirobohkan. Tun Dr Mahathir seterusnya mencadangkan bahawa sekiranya Singapura tidak mahu membina jambatan di sebelahnya, Malaysia bercadang untuk membina jambatan di kawasannya sendiri. Sebaik sahaja jambatan itu siap, Tambak Johor sebelah Malaysia akan dirobohkan.

Pada 11 April 2002, Perdana Menteri Goh Chok Tong membalas
surat tersebut dan menyatakan persetujuannya, walaupun beliau lebih gemar kepada cadangan jambatan penuh. Bagaimanapun, cadangan ini telah dibuat dalam konteks pendekatan berpakej untuk isu-isu dua hala yang tertunggak, yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi di peringkat Menteri dan Pegawai Kanan.

Pada 7 Oktober 2002, Tun Dr. Mahathir memberitahu Perdana Menteri Goh Chok Tong bahawa
Malaysia telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan perbincangan isu-isu tertunggak secara berpakej dan hendak memberi tumpuan kepada penyelesaian isu air yang sudah lama tertangguh, terutamanya isu penyemakan semula harga air mentah yang dibekalkan kepada Singapura. Pendekatan ini diambil kerana tiada kemungkinan dapat dicapai persetujuan dalam menyelesaikan isu-isu ini secara berpakej.

Pada 14 Oktober 2002, Perdana Menteri Goh Chok Tong bersetuju untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai isu-isu tertunggak ini secara berpakej. Singapura menarikbalik persetujuan yang diberikan untuk pembinaan jambatan bengkok yang dilakukan dalam konteks penyelesaian secara berpakej dan menyatakan persetujuan yang telah diberikan terlebih dahulu untuk projek jambatan kini tidak boleh dipakai lagi.

Perdana Menteri Goh Chok Tong menulis: “…. Saya sebenarnya telah bersedia untuk memberi konsensi (concessions) dengan mengubahsuai Points of Agreement (POA) dengan beberapa bidang tanah tambahan, membenarkan pengeluaran awal bagi caruman Central Provident Fund (CPF) dan untuk membina jambatan di kawasan kami untuk menggantikan Tambak Johor dengan kos yang ditanggung oleh kami sendiri, sebagai pertukaran (trade off), supaya anda boleh memberi kepada kami ruang udara dan air di masa hadapan pada harga yang berpatutan .. Oleh kerana anda kini mahu membincangkan isu air secara berasingan dan tidak meneruskan pendekatan berpakej, pertukaran-pertukaran (trade offs) kini tidak boleh dilakukan.”

Kesannya,
surat ini menunjukkan bahawa kedua-dua pihak kini kembali kepada status quo. Kenyataan Perdana Menteri Goh tidak disangkal oleh Tun Dr. Mahathir. Malah, Tun Dr Mahathir tidak menjawab surat Perdana Menteri Goh.

Singapura kemudiannya mengulangi pendiriannya dalam Nota Diplomatik pada 29 November 2004, ketika Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Chagar sedang dibina. Ia menyatakan: “….. rundingan-rundingan yang berdasarkan pakej ini telah secara unilateral dihentikan oleh bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 7 Oktober 2002.” Dengan terhentinya perundingan isu-isu berpakej ini, persetujuan Singapura untuk jambatan bengkok tidak lagi wujud.

Kesimpulan: Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa Singapura menerima cadangan
Malaysia untuk membina jambatan bengkok dalam wilayahnya. Persetujuan Singapura bagi Malaysia membina jambatan bengkok adalah sebaik-baiknya, suatu persetujuan yang diberikan secara tidak rela hati sepenuhnya dan dilakukan semata-mata berdasarkan pendekatan berpakej.

Dakwaan: Bahawa
surat daripada Perdana Menteri Goh Chok Tong pada 11 April 2002 adalah komitmen muktamad Republik tersebut untuk cadangan pembinaan jambatan oleh Malaysia .

Fakta: Semasa rundingan di antara kedua negara, telah wujud persefahaman bahawa sebarang cadangan tidak akan dianggap muktamad selagi ia tidak dimeterai dalam satu perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pemimpin
Malaysia dan Singapura. Ini adalah seperti yang dijelaskan dalam surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew kepada Menteri Tugas-Tugas Khas dan bekas Menteri Kewangan dahulu, Tun Daim Zainuddin pada 24 Ogos 2000.

Antara lain,
surat itu menyatakan; “Untuk memudahkan kita menulis antara satu sama lain, untuk mencuba pelbagai pilihan, segala nota atau surat yang saya hantarkan kepada anda atau Mahathir, dan sebaliknya, perlu dilihat sebagai Tanpa Prasangka (Without Prejudice): bahawa tiada persetujuan melainkan semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua PM.”

Kesimpulan: Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa En Goh Chok Tong telah memberikan komitmen terhadap jambatan ini di dalam suratnya pada
11 April 2002. Tidak ada sebarang perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri Malaysia dan Singapura berhubung pembinaan jambatan ini.

Dakwaan: Bahawa jambatan ini tidak termasuk sebagai sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala.

Fakta : Pada mulanya, isu-isu berpakej tertunggak hanya meliputi empat perkara – air, Central Provident Fund (CPF), ruang udara dan menempatkan semula Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin KTM di Singapura. Ini telah disepakati oleh kedua-dua Negara di Hanoi pada 27 Disember 1998.

Namun demikian, projek jambatan itu telah dimasukkan kemudiannya ke dalam isu-isu berpakej melalui surat Tun Dr Mahathir kepada Menteri Kanan Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002 dan isu jambatan telah menjadi salah satu daripada lima isu di dalam pakej bertajuk “PAKEJ LIMA ISU MALAYSIA-SINGAPURA-CADANGAN MALAYSIA”

Kesimpulan: Isu jambatan ini menjadi sebahagian daripada isu-isu berpakej dua hala yang belum selesai disebabkan surat Tun Dr Mahathir telah memasukkannya dalam isu berpakej.

Dakwaan: Bahawa keputusan Kerajaan untuk membatalkan projek jambatan ini akan mengakibatkan kerugian berbillion ringgit.

Fakta : Jumlah kos pembinaan CIQ, jambatan bengkok dan landasan KTM yang baru merentasi Selat Johor adalah RM2.379 billion.

Buat masa ini, Kerajaan masih lagi mempertimbangkan bayaran pampasan kepada Gerbang Perdana Sdn Bhd. Namun begitu, perlu ditekankan bahawa keputusan untuk membatalkan projek jambatan ini bukanlah satu keputusan ekonomi. Setelah berpuas hati bahawa
Malaysia tidak boleh membina jambatan secara unilateral atau tunduk kepada tuntutan Singapura, pembatalan rancangan pembinaan jambatan ini adalah keputusan kewangan yang paling bertanggungjawab dan tepat.

Kesimpulan: Bukanlah satu keputusan yang wajar untuk membelanjakan RM1.13 billion untuk struktur pembangunan yang akhirnya menemui jalan buntu.

Dakwaan: Bahawa
Malaysia adalah negara yang lemah dan dayus (half past six) kerana membatalkan projek jambatan tersebut.

Fakta : Jelasnya, Kerajaan perlu membuat keputusan yang tepat dengan mengambilkira kepentingan rakyat. Kerajaan telah menimbang semula keputusan unilateral yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir untuk membina jambatan bengkok tetapi yang akhirnya tidak menghasilkan penyelesaian yang terbaik.

Jambatan bengkok bukanlah satu warisan yang harus dan wajar ditinggalkan kepada generasi mendatang Malaysia. Sebelum mengambil keputusan untuk membatalkan projek jambatan ini, Kerajaan telah mengkaji bukan sahaja Perjanjian Wayleave tetapi juga Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Pemisahan Malaysia – Singapura (Separation Agreement) 1965 dan turut mengambilkira pandangan daripada Jabatan Peguam Negara.

Berikut adalah Pendapat Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara: “…pembinaan jambatan bengkok untuk menggantikan Tambak Johor sebelah
Malaysia perlu dikaji secara menyeluruh dengan mengambil kira impliksasi undang-undang antarabangsa khususnya kesan alam sekitar terhadap Singapura dalam dan di sekitar kawasan Selat Johor.

“Selain daripada itu, pembinaan jambatan bengkok ini akan melibatkan perobohan Tambak Johor sebelah
Malaysia. Perobohan ini akan secara langsung menjejaskan paip-paip air yang terletak di dalam Tambak Johor dan paip-paip air yang terletak di kiri dan kanan Tambak Johor. Dalam konteks ini, implikasi undang-undang perlu dikaji berdasarkan Perjanjian Air Johor – Singapura 1961 dan 1962, Perjanjian Wayleave dan Perjanjian Pemisahan Malaysia – Singapura (Separation Agreement) 1965.

“
Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat dan bebas mempunyai kuasa mutlak terhadap kawasannya dan di dalam melaksanakan kuasa tersebut, tidak ada Negara lain yang berhak campur tangan. Walau bagaimanapun, Malaysia tidak boleh mengambil tindakan unilateral tanpa mengambil kira prinsip dan tuntutan undang-undang antarabangsa, yang turut menyentuh serta mengambil kira hak dan kepentingan Negara-negara jirannya.”

Kesimpulan: Dengan timbulnya pelbagai kekeliruan, adalah penting bagi Kerajaan untuk mengkaji keputusannya dan melakukan tindakan yang betul. Untuk mentadbir Kerajaan, ianya tidak seharusnya didorong oleh kemahuan mengejar populariti ataupun untuk menimbulkan sebarang konflik. Pengurusan Kerajaan adalah mengenai pertimbangan baik dan buruknya sesuatu tindakan, dan seterusnya membuat satu keputusan yang terbaik untuk
Malaysia.

Dakwaan:
Malaysia menawarkan ruang udara dan pasir kepada Singapura.

Fakta: Isu berkaitan penggunaan ruang udara Malaysia sudahpun dibawa ke meja rundingan antara tahun 1998 dan 2002. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri memasukkannya di dalam surat kepada Menteri Kanan Lee Kuan Yew pada 4 Mac 2002. Beliau menawarkan kemudahan tersebut sebagai satu pertukaran (trade off) semasa rundingan berpakej diadakan. Oleh kerana isu-isu dua hala tidak dibincangkan secara berpakej, dakwaan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi relevan.

Sebelum ini, Singapura pernah menikmati
lima jenis kemudahan penerbangan sebelum ditarik balik pada tahun 1998. Semasa perundingan, Singapura telah meminta agar Malaysia membenarkan semula kesemua kemudahan tersebut tetapi Kerajaan sekarang hanya bersedia menawarkan dua daripada lima kemudahan berkenaan, iaitu Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue) dan Transit Koridor Utara (Northern Transit Corridor) dengan terma dan syarat yang perlu dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kemudahan Mencari dan Menyelamat ditawarkan berdasarkan prinsip timbal balas (reciprocity) dan ia adalah selaras dengan amalan antarabangsa. Kemudahan Laluan Koridor Utara pula hanyalah bagi tujuan transit ke Laut China Selatan. Pesawat tentera udara Singapura tidak dibenarkan berlegar di ruang udara
Malaysia.

Kesimpulan: Penggunaan ruang udara
Malaysia dibangkitkan oleh Perdana Menteri Goh Chok Tong semasa mesyuarat dengan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mac 2005 di Putrajaya. Singapura menyatakan bahawa isu ini adalah penting bagi mereka dan ianya akan memudahkan untuk pembinaan jambatan diterima oleh Singapura.

Penutup:

Perlu ditegaskan, bagi Singapura, mereka tidak menganggap ada keperluan untuk menggantikan Tambak Johor dengan jambatan. Justeru itu, Singapura inginkan timbang balas bagi mereka apabila bersetuju dengan jambatan. Merekalah yang meminta pasir serta penggunaan ruang udara sebagai balasan.

Namun begitu, apabila jelas yang rakyat
Malaysia tidak mahukan penjualan pasir atau membenarkan penggunaan ruang udara oleh jet pejuang RSAF, Kerajaan bertindak tegas dan membuat keputusan yang boleh diterima – iaitu tidak meneruskan dengan rancangan membina sebuah jambatan.

Sekiranya Kerajaan menerima dua syarat Singapura bermakna Kerajaan membelakangkan kehendak sebilangan besar rakyat
Malaysia. Kerajaan sentiasa menegaskan bahawa sebarang keputusan dibuat adalah keputusan politik, yang mana ia berdasarkan sentimen, kedaulatan dan maruah rakyat Malaysia.




Dikeluarkan oleh
Jabatan Perdana Menteri
PUTRAJAYA
14 JULAI 2006




----------------------------------------------------------


PRESS STATEMENT ON DECLASSIFIED DOCUMENTS PERTAINING TO THE CROOKED BRIDGE

The Government has declassified several relevant confidential documents and extracts thereof to allow Malaysians to understand why it has reached the decision to abort the bridge project to replace the Johor Causeway.

And in doing so, it has put the record straight on a string of allegations raised by the former Prime Minister, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, namely that:

* the Singapore government accepted Malaysia’s proposal to build a crooked bridge.
* the bridge was not part of the package of outstanding bilateral issues.
*
Malaysia is a “half past six country with no guts” by not going ahead with the crooked bridge project.
*
Malaysia put the issue of selling sand and allowing the Republic of Singapore Airforce to use its air space on the negotiating table.

This is only the second time in recent history that information protected by the Official Secrets Act 1972 has been declassified and approved for public consumption – an indication of the Government’s seriousness in wanting the people who voted it into power to have the full facts, so that they can appreciate why the Government decided to abort the bridge project.

In the package of documents released are correspondences between Tun Dr. Mahathir Mohamad and two of Singapore’s former prime ministers, Mr. Lee Kuan Yew and Mr. Goh Chok Tong.

Also made public are extracts of the record of the meeting between Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi and Mr. Goh Chok Tong in Kuala Lumpur in March 2005.

The contents of these documents contain three key facts:

1. Discussions with Singapore on the airspace issue are not new and were not mooted by the current Government under Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr. Mahathir Mohamad himself included this issue as a trade-off and as part of the package of issues to be resolved with Singapore during negotiations from 1998 to 2002. This is evident from Tun Dr. Mahathir Mohamad’s letter to Senior Minister Mr. Lee Kuan Yew on March 4 2002. This same issue was raised by Senior Minister Mr. Goh Chok Tong during a meeting with Abdullah on March 1 2005. This fact nullifies the suggestion by Tun Dr. Mahathir Mohamad that it was the present administration that offered RSAF jets use of Malaysian airspace.

2. The sale of sand to Singapore was raised by the Republic during a meeting between Prime Minister Dato’ Seri Abdullah Badawi and Prime Minister Goh Chok Tong on March 1 2005.
This nullifies argument that the Government put the issue on sand on the negotiating table.

3. Comprehensive advice by the Attorney General’s Chambers showed that Malaysia should not proceed to build a bridge unilaterally without complying with our legal obligations. In particular, Malaysia had obligations under the Johor-Singapore water agreements 1961 and 1962, the Wayleave Agreements and the Separation Agreement 1965.

The main obstacle was that the construction of the crooked bridge will involve the demolition of the Malaysian side of the Johor Causeway. The said demolition would directly affect the water pipeline located inside the Johor Causeway and water pipelines straddling the Johor Causeway in which the ownership thereof vests with the Public Utilities Board of Singapore. The Attorney General’s Chambers also stated that under the 1961 and 1962 Johor-Singapore Water Agreements, “Malaysia is required to obtain approval of PUB in relation to the alteration of water pipelines as a result of the construction of a full straight bridge or a scenic half bridge.”

The 1961 and 1962 Johor-Singapore Water Agreements are guaranteed under the 1965 Separation Agreement. The water pipelines located inside the Johor Causeway is governed by the 1961 Johor Singapore Water Agreement. Therefore, the provisions of the Wayleave Agreements which is applicable to the water pipelines straddling along the Johor Causeway is not applicable to the water pipeline located inside the Johor Causeway. These facts nullify the allegation that the water pipeline located inside the Johor Causeway could be relocated unilaterally after giving six months notice to Singapore.

Taking into consideration these facts, the present Government had to make a firm decision to reject Singapore’s quid-pro-quo proposal on sand and airspace as it would have compromised Malaysia’s national sovereignty. It had to make the political decision to abort the bridge project as this was consistent with the sentiment of Malaysians and the interest of Malaysia.

In conclusion, the issue boils down to one simple fact – Malaysia wanted the bridge, and Singapore did not want it.

The full straight bridge that was proposed by Malaysia would have been a symbol of friendship and would have benefited both countries. Nevertheless, the responsibility for achieving this aim does not lie with Malaysia only.

Note: Please refer to Appendix A for further information.




Appendix A:

Former Prime Minister, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad has raised several allegations on the Government’s decision to abort building a bridge to replace the Johor Causeway.

Below, the Government sets out facts and sketches the historical backdrop in which this decision was reached:

The Allegation: That the Singapore Government accepted Malaysia’s proposal to build a crooked bridge to replace the Malaysian side of the Johor Causeway.

The Facts: On March 4 2002, Tun Dr. Mahathir wrote a letter to Senior Minister Lee Kuan Yew regarding Malaysia’s proposal on the package of outstanding bilateral issues. Among other things, he proposed to build a new bridge on the Malaysian side at its own cost while Singapore would build the bridge on the Singapore side at its own cost. Once the bridge was completed, the Johor Causeway would be demolished. Tun Dr. Mahathir further proposed that if Singapore did not build a bridge on its side, Malaysia intended to build a bridge on its side. Once this bridge was completed, the Johor Causeway on the Malaysian side would be demolished.

On April 11 2002, Prime Minister Goh Chok Tong replied and agreed, although his preference was for a full bridge. However, that proposal was made in the context of the package approach for the outstanding bilateral issues which would be further discussed at ministerial and senior officials’ level.

On October 7 2002, Tun Dr. Mahathir informed Prime Minister Goh Chok Tong that Malaysia had decided to discontinue discussions on the outstanding bilateral issues as a package and to give the highest priority to resolving the long delayed water issue, particularly the price review of raw water supplied to Singapore. This move came because there appeared to be no agreement in resolving the issues as a package.

On October 14 2002, Prime Minister Goh Chok Tong agreed to discontinue discussions on the outstanding bilateral issues as a package. Singapore withdrew its agreement on the crooked-bridge in the context of the package and stated that its earlier agreement to the bridge project was now not applicable.

Prime Minister Goh Chok Tong wrote: “… I had been prepared to make concessions in varying the Points of Agreement (POA) with extra pieces of land, allowing early withdrawal of Central Provident Fund (CPF) deposits and building our part of the bridge to replace the Causeway at our expense, as trade offs, so that you give us airspace and future water at a fair price… Since you now want to deal with the water issue separately and discontinue the package approach, these trade offs are no longer possible.”

In effect, this letter signalled a return to a status quo position. Prime Minister Goh’s statement was not challenged by Tun Dr. Mahathir. In fact, there was no reply to Prime Minister Goh’s letter by Tun Dr. Mahathir.

Singapore reiterated its position in a diplomatic note on November 29, 2004 while the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) Complex in Bukit Chagar was being built. It said: “ … These negotiations on a package basis were unilaterally terminated by the then Prime Minister of Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad on 7 October 2002.” With the termination of the negotiations on the package of issues, Singapore’s agreement for the construction of the crooked-bridge no longer exists.

Conclusion: It is incorrect to say that Singapore accepted Malaysia proposal to build a crooked bridge within its own territory. Singapore’s acceptance for Malaysia to build a crooked bridge was at most a reluctant acceptance based on the package approach.

The Allegation: That the letter from Prime Minister Goh Chok Tong on April 11 2002 was the final commitment by the republic on the bridge proposal by Malaysia.

The Facts: During negotiations between the two countries, there was an understanding that any proposal would not become final unless it was concluded in an agreement signed by leaders of Malaysia and Singapore. This was explained in a letter by Senior Minister Lee Kuan Yew to then Minister of Special Functions & Minister of Finance, Tun Daim Zainuddin on August 24 2000.

The letter read: “To make it easier for us to write to each other, to test various options, all notes or letters I send to you or Mahathir, or vice-versa, will be treated as Without Prejudice: that there is no agreement until all points are agreed and signed by the two PMs.”

Conclusion: It is incorrect to say that Prime Minister Goh Chok Tong had given a commitment on the bridge in his letter on April 11 2002. There was no signed agreement between the PMs of Malaysia and Singapore on building the bridge.

The allegation: that the bridge was not part of the package of bilateral issues.

The Facts: At first, the outstanding package of issues only covered four areas – water, Central Provident Fund, airspace and the relocation of KTM’s CIQ complex in Singapore. This was agreed to by both countries in Hanoi on December 27 1998.

But later, the bridge project was inserted into the package of issues. Tun Dr. Mahathir did so in a letter to Senior Minister Lee Kuan Yew on March 4 2002 and the bridge issue became one of five issues in the package titled “MALAYSIA-SINGAPORE PACKAGE OF FIVE ISSUES – MALAYSIA’S PROPOSALS”

Conclusion: The bridge became part of the package of unresolved bilateral issues as a result of Tun Dr. Mahathir’s letter.

The Allegation: that the government’s decision to abort the bridge project will cause billions of ringgit in losses.

The Facts: The total cost of building the CIQ, the crooked bridge and the new KTM line across the Johor Straits was RM2.379 billion.

At this moment, the Government is still working out compensation payment to Gerbang Perdana Sdn Bhd. But the fact is that the decision to abort the bridge was not an economic decision. Once it became clear that Malaysia could not build the bridge unilaterally or accede to Singapore’s requests, calling off the plan to build the bridge was the most financially responsible decision to make.

Conclusion: It would not have been advisable to spend RM1.13 billion on a structure and be stuck in limbo over its use.

The Allegation: That Malaysia is a “half past six country with no guts” by calling off the bridge project.

The Facts: Simply put, the Government had to make the right decision, taking into account the interest of Malaysians. It revisited the unilateral proposal by Tun Dr. Mahathir to build the crooked bridge but came to a finding that this was not an ideal solution.

A crooked bridge is not a legacy to leave for future Malaysians. In coming to its decision to abort the bridge project, the Government studied not only the Wayleave Agreements but also the Johor-Singapore Water Agreements 1961 and 1962, the Separation Agreement 1965 and took into consideration advice by the Attorney General’s Chambers.

This is what the Attorney General’s Chambers said: “ … the construction of the scenic half bridge to replace the Malaysian side of the Johor Causeway must be studied in a holistic manner in view of the fact that the scenic half bridge would have international legal implications in particular environmental impact to Singapore in and around the Straits of Johor.

“Apart from the above, the construction of the scenic half bridge will involve the demolition of the Malaysian side of the Johor Causeway. The said demolition would directly affect the water pipeline located inside the Johor Causeway and water pipelines straddling the Johore Causeway. In this regard, legal implications thereof would have to be studied based on the 1961 and 1962, Johor-Singapore Water Agreements, Wayleave Agreements and Separation Agreement 1965.”

“Malaysia as a sovereign and independent state has complete power and authority over its territory and in exercising the said power and authority, no other state may interfere with its affairs. Nevertheless Malaysia cannot take unilateral action without taking into consideration international law principles and requirements, amongst others, taking into account the rights and interests of its neighbouring states.”

Conclusion: With so much uncertainly, it made sense for the Government to take a step back and do the right thing. Running the government is not about scoring points or engaging in brinkmanship. It is about weighing the pros and cons and reaching a decision that is good for Malaysia.

The Allegation: That Malaysia offered its airspace and sand to Singapore.

The Facts: The issue of allowing use of Malaysian airspace has been on the negotiating table between 1998 and 2002. Tun Dr. Mahathir himself inserted this issue in a letter to Senior Minister Lee Kuan Yew on March 4 2002. He offered it as a trade-off during negotiations on the package of unresolved issues. With the de-packaging of the bilateral issues, the proposal made by Tun Dr. Mahathir is no longer relevant.

Singapore used to enjoy five flight privileges until 1998. It sought all those rights to be re-inserted but the Government of the day was only prepared to offer Search and Rescue and the Northern Transit Corridor rights on terms and conditions to be mutually agreed upon.

The rights of Search and Rescue was offered on the basis of reciprocity and is consistent with international practice. As for Northern Transit Corridor, it only allows RSAF jets to transit over the South China Sea. The jets will not be allowed to roam the Malaysian airspace.

Conclusion: The use of Malaysian airspace was raised by Prime Minister Goh Chok Tong during a meeting with Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi on March 1 2005 in Putrajaya. Singapore said that this issue was of importance to them and said that it would make selling the bridge idea to Singapore more palatable.

Remember, as far as the Republic was concerned, it did not see the need for a bridge to replace the Causeway. It wanted something in return for agreeing to the bridge deal and requested for sand and the use of airspace.

But once it became clear that the Malaysian public was strongly opposed to selling any sand or allowing RSAF jets to use its airspace, the government moved firmly and made the only acceptable decision – it aborted the plan to build the bridge.

Going ahead to satisfy the two conditions the Republic put forward would have meant going against the wishes of many Malaysians. The Government has always stated that its decision is a political decision, based on the sentiments, sovereignty and integrity of the people of Malaysia.



Issued by,
Prime Minister’s Department
PUTRAJAYA
July 14 2006



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.