Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: VCD pengakuan zalimi Anwar: Ini jawapan Dr Mahathir…

VCD pengakuan zalimi Anwar: Ini jawapan Dr Mahathir…



Walaupun sudah diketahui maksud sebenar kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mengakui merasa bersalah menzalimi bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim namun VCD ucapan berkenaan masih dijual di sana sini.

VCD berkenaan ( gambar atas) adalah hasil rakaman dari ucapannya yang menyentuh kes Anwar dalam satu majlis tidak lama dulu.

Lebih menghairankan masih ramai yang berminat membelinya sekalipun ia nyata VCD temberang.

Contohnya ini dapat dilihat semasa majlis Perhimpunan Anak-Anak Kelantan Perantauan di Hotel Nikko Kuala Lumpur Ahad malam yang dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat.VCD berkenaan dijual di sebuah kaunter di luar dewan di situ.

Setelah tersebar meluas menjelang pilihanraya umum kali ini ,Isnin malam semasa bercakap kepada para wartawan selepas melawat jentera pilihan raya Parlimen Shah Alam,bekas Perdana Menteri mengulasnya.

“Saya cakap cara sinis”…itulah kata Dr Mahathir mengenainya ucapannya yang cuba dikelirukan oleh pihak-pihak tertentu semacam satu pengakuan bersalah.

Jelas sekali mereka yang sudah faham dengan stailnya ketika berucap tahu pasti ia satu sindiran.

Katanya bekas Perdana Menteri itu beliau cakap begitu kerana semua orang tau bukan beliau yang tangkap Anwar.

“ Yang tangkap dia polis, yang bicara dia hakim, yang masukkan dia dalam penjara orang lain bukan saya,"ujarnya.

Serentak dengan itu Dr Mahathir menafikan bahawa beliau dipengaruhi oleh Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin,bekas Setiausaha Politik beliau yang kini bertanding mempertahankan kerusi parlimen Shah Alam dalam kes pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Beliau berkata keputusan pemecatan Anwar pada masa itu adalah berdasarkan maklumat daripada pihak polis dan dibincangkan bersama semua Menteri Besar dan anggota Majlis Tertinggi Umno sebelum tindakan diambil.

"Tak dak kena mengena langsung. Saya dapat laporan daripada pihak polis dan saya bincang dengan semua Menteri Besar dan kemudian saya bincang pula dengan Majlis Tertinggi Umno, baru saya buat keputusan. Macam mana Aziz nak pengaruh saya. Kalau dia pengaruh saya, la ni dia dah jadi Perdana Menteri la," katanya.


Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang yang mengatakan Dr Mahathir kononnya dipengaruhi oleh Abdul Aziz.


Abdul Aziz akan mempertahankan kerusi Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum 8 Mac ini, dicabar calon PAS Khalid Abd Samad.

Dua lagi wakil Barisan Nasional, Datuk Salamon Selamat akan ditentang Rodziah Ismail daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga manakala Datuk Ahmad Nawawi M Zain (DUN Kota Anggerik) ditentang Yaakob Sapari, juga daripada PKR.

Sementara itu, mengulas mengenai peluang BN pada pilihan raya umum kali ini, Dr Mahathir berkata pencapaian kali ini mungkin kurang baik berbanding 2004 tetapi lebih baik daripada pilihan raya umum 1999.

Dalam ucapan, beliau turut mengingatkan calon BN supaya bekerja keras jika mereka menang pada pilihan raya kali ini.

"Kalau lepas menang, tak kerja, beritahu saya. Saya ada rotan besar. Saya akan tibai mereka yang tak buat kerja," katanya.

Beliau turut mengingatkan para pemimpin supaya tidak menongkat langit dan tidak menjadi wakil rakyat selama-lamanya, sebaliknya memberi peluang kepada muka baru .-3/2/2008

---------------------------------------


Musim pilihan raya: Mahathir kena main…

Akhirnya kenyataan berbentuk sindiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diambil serius oleh pembangkang apabila pembangkang dikatakan menyebar luas rakaman ucapan Dr. Mahathir yang kononnya mengaku menzalimi bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam rakaman yang disebarkan itu Dr. Mahathir bukan sahaja mengaku menangkap Anwar tetapi dengan memek muka yang penuh dengan sindiran Dr. Mahathir berkata “saya tangkap saya taruk masuk dalam tahanan”.

Selain dijadikan rakaman dalam bentuk cakera padat, rakaman itu juga dijadikan berita oleh laman web berita rasmi PAS, harakahdaily dan beberapa laman web lainnya di samping perkara itu menjadi heboh melalui perbualan mulut orang politik termasuk orang-orang UMNO yang menyangka ia satu kenyataan terbaru Dr. Mahathir.

Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (sms) tidak kurang hebatnya.

Menariknya semua tertanya-tanya bila rakaman itu dibuat dan di mana majlis itu diadakan kerana rakaman yang disiarkan melalui laman youtube.com yang dilihat sendiri oleh agendadaily tidak dinyatakan tarikh, masa dan tempat rakaman berkenaan diadakan.

Rakaman yang disiarkan ada yang dimuatkan selama 1minit 24 saat dan ada juga yang sampai enam minit. Namun setelah dilihat konteks sebenar rakaman itu, pengakuan Dr. Mahathir itu bukanlah dibuat secara jujur dan ikhlas tetapi sebaliknya ia adalah sindiran beliau terhadap kritikan kepimpinannya yang dikatakan menyalahgunakan kuasa dan bertindak zalim terhadap Anwar.

Pengakuan beliau menyalahgunakan kuasa dan zalim itu disambut deraian gelak ketawa hadirin yang dapat didengar dengan jelas melalui rakaman berkenaan kerana menganggap pengakuan Dr. Mahathir itu satu gurauan dan mainan bekas Perdana Menteri itu sahaja.

Ini bukanlah jenaka pertama Dr. Mahathir kerana dalam beberapa siri soal jawab yang dikendalikannya dalam sesuatu program Dr. Mahathir sering memberikan jawapan dalam bentuk sindiran kepada soalan yang diberikan kepadanya.

Sebagai contoh apabila ditanya tentang pembinaan projek-projek mega di zaman kepimpinannya, Dr. Mahathir akan menjawab memang beliau suka membazir sehingga menyebabkan negara ini bankrup.

Namun sebelum ini guruan dan sindiran beliau pada sesuatu majlis yang turut dihadiri pimpinan pembangkang khususnya PAS, ia tidak diambil serius malah dianggap sebagai kritikan Dr. Mahathir terhadap kepimpinan sekarang.

Bagaimanapun dalam suasana pilihan raya gurauan serta sindiran Dr. Mahathir dianggap satu kenyataan serta pengakuan jujur serta ikhlas daripada Dr. Mahathir dan dijadikan bahan kempen pembangkang.

Berikut adalah transkrip ucapan Dr. Mahathir yang disiarkan melalui youtube.com :

“Saya pun menyalahgunakan kuasa juga masa saya dulu. Lihat Datuk Seri Anwar apa jadi kepadanya. Saya tangkap saya taruk masuk dalam tahanan (sambil tangganya diangkat seolah-olah sedang mencampakkan sesuatu lalu disambut gelak ketawa hadirin). Semua orang nampakkan saya tangkap Datuk Seri Anwar. Bukan ada sebab apa-apa pun. Tak ada sebab apa pun. Bukan ada kesalahan apa pun yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar. Tak ada langsung . Sebab itu ini adalah satu kezaliman tetapi masa tu susah sikit. Ada kuasa ni susah. La ni dah tak ada kuasa (disambut sorakan dan ketawa oleh hadirin).
- 28/2/2008



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.