Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 10 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Biarlah Rahsia…

Biarlah Rahsia…



Tun Dr Mahathir Mohamad bersua dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di khalayak umum Isnin malam.Kebetulan mereka berdua memenuhi undangan majlis perkahwinan penyanyi Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa di KLCC.

Hadir sama di majlis itu Naib Ketua Pemuda UMNOKhairy Jamaluddin.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ada tugas rasmi lain pada malam itu tidak dapat menghadiri majlis itu sekalipun menerima undangan.

Jika tidak senario itu pasti mencuri tumpuan para hadirin dan mereka yang menyaksikan majlis perkahwinan yang disiarkan secara langsung oleh TV3 itu.

Sejak kehangatan isu kritikan Dr Mahathir terhadap Abdullah,mereka secara bertiga belum pernah kebetulan hadir serentak dalam mana-mana majlis.

Kesempatan itu mungkin hanya dapat disaksikan pada Perhimpunan Agung UMNO November ini jika Dr Mahathir terpilih sebagai salah seorang perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu.

Dicelah-celah cakap-cakap mengenai isu ini soal besar yang turut berlegar ialah betulkah wujud bukti Malaysia yang mulanya menawarkan penjualan pasir dan buka ruang udara kepada Singapura.

Dr Mahathir tegas mendakwa bukti itu ada.Bekas Perdana Menteri itu sanggup junjung Al Quran di masjid untuk membuktikan beliau serius.

Setakat ini dua kali beliau mengulanginya sedia mendedahkannya jika tiada sekatan Akta Rahsia Rasmi (OSA) iaitu kesalahan mendedahkan dokumen-dokumen sulit kerajaan.

Pertama kali dalam sidang akhbar selepas majlis anjuran Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara pada 13 Ogos lalu dan kedua ketika ditanya pada sidang akhbar selepas satu majlis di Alor Star pada 23 Ogos.

Dr Mahathir cuma tidak mahu mengesahkan samaada dokumen itu sudah ada ditangannya sahaja tetapi berkata, “saya akan cari...” jika kerajaan sedia memberi jaminan bertulis beliau tidak dikenakan tindakan OSA bila mengemukakan bukti itu.

Dr Mahathir cukup sedar tentang penangan OSA kerana bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Ezam Mohd Noor pernah dipenjara dua tahun kerana mendedahkan dokumen pendakwaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwaraya, Abdul Ghani Patail bertarikh 14 Mac 1995.

Hu ha pasal kes dakwaan Rafidah beri saham kepada menantunya berlaku di zaman Dr Mahathir.Ezam kena pun semasa pentabirannya.

Betul atau tidak beliau memiliki dokumen itu atau tahu ia wujud adalah satu soal lain.

Soalnya di sini Dr Mahathir nampak serius dan bersungguh-sungguh.

Ada pemerhati yang melihat ini sebenarnya adalah kunci penentu kepada seluruh pertikaian ini.

Dr Mahathir pasti cukup sedar risikonya jika kena checkmate tidak dapat mengemukakan bukti yang didakwanya itu pada kredibiliti dan imejnya.

Pendek kata hancur terus.

Apa yang ditunggu-tunggu sekarang sanggupkah kerajaan memberi pelepasan yang dipinta itu.

Abdullah dan Najib yang ditanya mengenainya setakat ini tidak memberi sebarang komitmen untuk memberi pelepasan itu.

Kerajaan sebelum ini telah kerajaan declasiffy beberapa surat untuk menjawab dakwaan Dr Mahathir mengenai pembatalan jambatan bengkok.

Bagi kerajaan dalam isu itu semuanya sudah terjawab.

Ada juga pihak yang mendakwa Dr Mahathir cuba berlindung dibalik dakwaan wujudnya dokumen itu untuk menengakkan cakapnya.

Mereka menduga beliau mungkin selesa kerana kerajaan tidak mungkin bagi pelepasan itu.

Ini juga adalah satu soal lain.Isunya di sini ialah apakah penamat kepada dakwaan ini.

Apakah kerajaan hendak selesaikannya once and for all dengan Dr Mahathir dalam isu jambatan bengkok ini atau biar dokumen yang didakwanya wujud itu tinggal ibarat lagu Siti Nurhaliza “ Biarlah Rahsia ...”

Komen Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai dakwaan itu pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis tertinggi UMNO pada malam 25 Ogos.

Wartawan Agendadaily : Tun ada cakap ( masa sidang akhbar di Alor Star Rabu) kalau ada jaminan dari kerajaan dia tidak dikenakan tindakan OSA (Akta Rahsia Rasmi) dia sedia tampil memberi bukti ( atas dakwaannya bahawa kerajaan Malaysia yang mula tawarkan nak jual pasir dan buka ruang udara untuk mendapatkan persetujuan republik itu bagi pembinaan jambatan lurus mengantikan Tambak Johor) ?

Pak Lah: Dia ada bukti tu ? Dia nak bagi tak apalah…serahlah kepada kita bukan ada masalah.

Wartawan Agendadaily: Maknanya kerajaan sedia beri jaminan bertulis dia tidak dikenakan OSA?

Pak Lah: Apa pasal nak kena OSA pula?

Wartawan Agendadaily: sebab dia menggangap (bukti) itu dokumen rahsia?

Pak Lah: Kot dia ada dokumen rahsia ya lah…macam mana dia boleh pi dapat dokumen rahsia?

Jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad semasa sidang akhbar selepas memberi ceramah di Alor Star pada 23 Ogos

Wartawan Agendadaily : dalam persoalan Tun ni…Perdana Menteri dah arahkan menteri-menteri jawab isu-isu yang dibangkitkan…mereka anggap semua dah jawab…Tun bagaimana?

Dr Mahathir: Saya tanya soal mudah...betul atau tidak awak yang menawarkan bekalan pasir kepada Singapura…tak jawab…sebaliknya nak suruh saya jawab...macam mana saya nak jawab...dokumen tu ada kat dia…kalau saya keluarkan dokumen tu ..saya kena tangkaplah OSA…

Wartawan Agendadaily; tapi Datuk Najib... bila kita tanya hal ini sudah bagi jaminan Tun boleh bagi bukti tu secara tertutup?

Dr Mahathir: .(Secara) tutup tak mau...bagi secara terbuka...(kalau secara) tutup dia tak cerita kat orang.Saya nak keluar benda tu...bagi pengakuan sebarang dokumen kalau saya dapat ...saya boleh dedah dokumen itu dan tidak ada tindakan terhadap saya berkenaan OSA...bagi pengakuan bertulis...saya akan kemukakan bukti tu.

Wartawan Agendadaily :Lepas tu Tun akan keluarkan bukti tu?

Dr Mahathir : saya akan carilah..

Wartawan Agendadaily: Orang semua nak tahu...ada tidak benda tu ditangan Tun sekarang ni ?

Dr Mahathir : orang nak tau buat apa...kalau orang tahu nanti ambil mai selidik...cungkil ambil dalam bilik rumah saya...tak payahlah saya taulah cara tu...geledah...geledah.

Komen Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas merasmikan perhimpunan khas GPMS di Kuala Lumpur pada 14 ogos

Wartawan Agendadaily : Semasa Dr Mahathir bercakap dalam sidang akhbar selepas majlis 'Jasa Mu di Kenang’ anjuran Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Sabtu lalu,beliau telah sedia masuk ke dalam masjid junjung Al Quran untuk membuktikan beliau yakin pada maklumat yang diterimanya mengatakan Malaysia yang dulu tawar nak jual pasir dan buka ruang udara kepada Singapura untuk nak dapat persetujuan bagi membina jambatan lurus.Apa reaksi Datuk Seri pada kesediaan Tun itu?

Najib: Kita nak tengok apa bukti yang ada pada Tun Dr Mahathir dulu.Sebenarnya perkara nak jual pasir kepada Singapura ni …dia tak jadi …bila tak jadi..maknanya perkara ini akademik yang pertama…kalau kerajaan menjual pasir kepada Singapura…kerajaan boleh dipersalahkan tetapi kabinet mengambil keputusan kita tak nak jual pasir…tak kan jual pasir kepada Singapura dan kita tidak akan bagi ruang udara kita kepada Singapura untuk digunakan untuk latihan.

Perkara ini adalah perkara akademik dan setakat mana yang kita tahu..perkara ini kita dapat sahkan ini adalah tuntutan daripada Singapura atas balance of interest untuk membuat jambatan lurus.

Jadi kita masih tetap dengan pendirian kita bahawa jual pasir ini datang daripada Singapura.

Wartawan Agendadaily: Tapi Dr Mahathir membayangkan kebimbangannya sekalipun dakwanya ada bukti tu tetapi bimbang nak tunjuk kerana boleh kena bawa Akta Rahsia Rasmi (OSA)?

Najib: Tak tau lah kita nak tengok dulu apa bukti yang ada pada Tun…

Wartawan Agendadaily: Kalau Tun tunjuk…nanti kena OSA bagaimana Datuk Seri?

Najib: Saya tak taulah samaada bukti yang ada pada dia bawah OSA ke apa ke…kalau dia takut nak dedahkan dia boleh hantar pada kita…kita boleh tengok apa yang ada pada dia…sebenarnya soal akademik…bukan ada penjualan pasir…penjualan pasir tak jadi..tak berlaku.

Wartawan Agendadaily: Apa yang Tun maksudkan ialah tawaran itu mula datang dari Malaysia?

Najib : Tidak...tawaran itu adalah dari Singapura…kita masih maintain dari Singapura…dari dulu kita maintain ..kita tetap maintain sampai sekarang.

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar selepas majlis Jasa Mu Di Kenang anjuran Pemuda UMNO Bahagian Petalinmg Jaya Utara Ogos

Soalan Agendadaily: Tentang surat kepada Singapura yang kerajaan sudah declassify … kerajaan telah jelas bukan kerajaan yang tawar pasir dan buka ruang udara…tetapi Tun tetap tuduh juga?

Dr Mahathir : keluarkan surat tawaran tu… ada pada kerajaan… Malaysia’s proposal to Singapore …ada…ada orang yang dah tengok...kerana mesyuarat antara Malaysia dan Singapura itu dihadiri oleh banyak orang…dan mereka kata ada surat itu…kalau tidak tak kan lah mereka nak buat tawaran..

Tunjuklah
surat itu… don’t hide behind OSA (Akta Rahsia Rasmi).Ini bila tanya ..Oh tunjuk bukti..tunjuk bukti…kalau kita nak tunjuk bukti kata Oh itu melanggar OSA...Official Secret Act…Kalau dok sembunyi belakang OSA... a lot of thing can be done which is wrong .

Soalan Agendadaily : Tun sure ada surat tu?

Dr Mahathir : ada…ada…mesti ada…jangan kata tak ada… how does Singapore know...how do we know ..ada tawaran…kalau tak ada hitam putih…tak kan cakap mulut saja..ini semua (rundingan dengan Singapura) diketuai oleh Tan Sri Fuzi (bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar).

Soalan Agendadaily : Tun tetap kekal dengan dakwaan itu?

Dr Mahathir: Kalau nak pergi saya pergi masjid junjung Quran pun… sama-sama sumpah…tapi dalam masjidlah...jangan macam kawan kita yang lama (dipercayai merujuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) dia dok situ.. kami sumpah…

Soalan Agendadaily : Masalahnya sekarang orangramai dan rakyat masih keliru…Tun cakap ni ..kerajaan jelas ni?

Dr Mahathir : kerajaan tak jelas…kalau dia jelas...tak apa…saya kata tunjuk surat itu (surat tawaran jual pasir dan buka ruang udara) ..tapi tak tunjuk….dok tunjuk surat lain buat apa…surat lain pun orang (Singapura) dah tunjuk lama dah…



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.