Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: 86 pendatang tanpa izin ditahan di KLIA

86 pendatang tanpa izin ditahan di KLIA

Seramai 86 orang pendatang asing tanpa izin, kesemuanya dari Indonesia, diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dalam Ops Tegas.

Pengarah Imigresen Selangor Che Mamat Abdullah berkata 59 daripada mereka ditahan di kaunter pemeriksaan hari Selasa dan selebihnya hari Rabu ketika cuba hendak meninggalkan negara ini.

"Mereka cuba keluar dari Malaysia dengan menaiki kapal terbang tetapi kita dapat kesan. Tempoh pengampunan telah tamat, jadi mereka terpaksa ditahan," katanya ketika dihubungi hari Rabu.

Kesemua mereka terdiri orang dewasa.

Che Mamat juga berkata pelaksanaan Ops Tegas mendapat perhatian media luar negara selain Indonesia berdasarkan kekerapan beliau menerima panggilan daripada wartawan Amerika Syarikat dan Jerman bagi mendapatkan maklumat.

Pengarah Penguatkuasa Imigresen Datuk Ishak Mohamad pula menasihatkan pendatang asing tanpa izin ini supaya tidak cuba melarikan diri ketika Ops Tegas dijalankan kerana mereka mungkin tercedera akibat terjatuh atau ditimpa kemalangan jalan raya.

"Kita sukar mengawal keadaan jika ramai bertempiaran lari. Kalau jatuh, mungkin luka dan memudaratkan mereka. Paling saya bimbang jika pendatang lari ke arah jalan raya. Itu bahaya," katanya ketika mengetuai Ops Tegas di sini.

Ishak berkata Malaysia akan dipersalahkan sekiranya terdapat pendatang tanpa izin yang mengalami kecederaan semasa operasi itu sedangkan pihak berkuasa negara ini melakukan tangkapan dengan berhemah.

---------------------------

Ops Tegas: Lebih 500 pendatang haram ditahan pada hari pertama

Selepas Ops Tegas dilancarkan awal pagi Selasa lebih 500 pendatang asing tanpa izin (PATI) di berkas di seluruh negara, dipercayai kebanyakannya daripada 400,000 golongan itu yang masih berada di Malaysia yang lari bersembunyi di kawasan hutan dan bukit.

Timbalan Pengarah Operasi Ibu pejabat Rela, Zubir Mustafa berkata lambat laun pendatang tanpa izin tersebut akan tertangkap jua oleh anggota pasukan Rela kerana pengarah Rela negeri telah mengatur strategi tertentu untuk mempastikan mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

"Kita tahu mereka ini (PATI) tidak lagi duduk di tempat terbuka banyak dah lari ke hutan serta bukit jadi kita terpaksa guna strategi untuk tahan mereka kerana mereka mahir dengan kawasan-kawasan yang mereka duduki," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Selasa.

Rela, tenaga utama dalam operasi itu diberi kuasa memberkas PATI yang enggan menyertai program pengampunan untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan undang-undang. Pasukan itu yang mempunyai lebih 300,000 anggota telah mengerahkan 25,000 anggota untuk melaksanakan operasi berkenaan.

"Operasi tidak dijalankan secara "membabi buta" sebaliknya diatur rapi dengan strategi tertentu agar mencapai matlamat memastikan semua 400,000 PATI yang diburu dapat diberkas," kata beliau.

Beliau berkata bagaimanapun anggota Rela tidak digalakkan masuk ke dalam hutan untuk memburu PATI kerana mereka bukan anggota tentera dan ia juga membahayakan.

Zubir berkata walaupun operasi hari pertama yang bermula awal pagi Selasa hanya berjaya menahan kira-kira 533 PATI di Semenanjung dan Sabah, namun itu hanya permulaan dan usaha menggempur PATI akan terus dijalankan dari masa ke semasa.

Ketegasan pihak berkuasa itu, sekaligus menyangkal tanggapan PATI yang program pengampunan akan dilanjutkan sekali lagi dan ia juga menunjukkan kerajaan Malaysia tegas dalam menangani masalah kebanjiran PATI di negara ini, sekaligus menafikan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan Malaysia terlalu berlembut dalam menangani masalah tersebut.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Tegas, berkata beliau akan memberi penjelasan lanjut tentang hal berkenaan selepas mesyuarat kabinet Rabu.

Di ibukota, seramai 62 warga asing termasuk enam wanita ditahan dalam operasi itu semasa pemeriksaan terhadap 270 warga asing di sebuah tapak pembinaan di Cheras di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Unit Penguatkuasa Imigresen Wilayah Persekutuan Mohd Radzi Hussin berkata, 30 daripada mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen,
lima menggunakan permit palsu.

Beliau berkata semasa pemeriksaan itu seramai 29 orang lagi mendakwa mendapat perlindungan daripada Suruhanajaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tetapi setelah pemeriksaan dibuat hanya dua orang sahaja yang mempunyai surat yang sah.

Mereka yang tidak mempunyai pasport dihantar ke depoh tahanan sementara di Semenyih untuk tindakan selanjutnya.

"Kita akan membuat laporan polis dan seterusnya akan menahan mereka selewat-lewatnya dua minggu sebelum kita membuat keputusan sama ada menghantar mereka pulang atau mengambil tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita di tempat operasi.

Di KUANTAN seramai 23 pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia berjaya diberkas dalam Ops Tegas yang dijalankan di tiga daerah bermula Isnin tengah malam sehingga pukul 6 pagi Selasa.

Pengarah Imigresen Pahang Abdul Rahman Harun berkata operasi di daerah Kuantan, Mentakab dan Bentong itu disertai seramai 35 anggota Imigresen, 72 Rela dan dua pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negeri Pahang.

"Tumpuan kita dalam operasi itu ialah di kawasan peladangan, pembinaan, perkhidmatan dan kilang," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Katanya, daripada 23 yang diberkas itu, dua daripadanya wanita, dan semua yang ditahan itu berumur 20 hingga 50 tahun dan akan ditempatkan di Kem Kemayan, Bera, sebelum tindakan seterusnya dilaksanakan.

Pada operasi itu, beliau berkata pihaknya telah memeriksa seramai 169 warga asing yang terdiri daripada warga Indonesia (138), India (29) dan Nepal, 2 orang," katanya.

Di ALOR STAR, seramai 12 PATI diberkas di beberapa kawasan di negeri ini dalam Ops Tegas yang dijalankan Jabatan Imigresen Kedah Isnin tengah malam.

Pengarahnya Abdul Rahman Juli berkata enam warga asing ditahan di Kulim, empat di Sungai Petani manakala dua di Jitra dalam operasi serentak bermula pada pukul 12 tengah malam melibatkan anggota imigresen, Rela dan polis.

Di Kulim serbuan dijalankan di rumah kongsi di Taman Kulim Perdana, Kulim Hi-Tech Park dan berjaya menahan empat lelaki Myanmar, seorang lelaki Indonesia dan seorang wanita Thai berusia antara 20 hingga 35 tahun," katanya di sini Selasa.

Di SEREMBAN, Jabatan Imigresen dan Rela Negeri Sembilan menahan seramai 12 orang termasuk seorang wanita dalam Ops Tegas yang dijalankan di tapak pembinaan di sekitar bandar ini dan Nilai dekat sini, pagi Selasa.

Pengarah Imigresen negeri Zahari Abdul Aziz berkata tiga lelaki iaitu dua rakyat
Bangladesh dan seorang Indonesia ditahan dalam pemeriksaan pertama di Bukit Kepayang, Seremban manakala sembilan orang lagi termasuk seorang wanita rakyat Indonesia ditahan dalam pemeriksaan kedua di Nilai.

"Mereka ditahan kerana kesalahan gagal mengemukakan sebarang dokumen, melanggar syarat pas dan tinggal di negara ini melebihi masa," katanya.

Katanya kesemua mereka yang ditahan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap 327 warga asing dan kini mereka ditempatkan sementara waktu di lokap Balai Polis Seremban sebelum tindakan selanjutnya.

Di PONTIAN, penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dan Rela yang memulakan operasi menangkap PATI di bawah "Ops Tegas" mulai pukul 12 tengah malam Isnin sehingga pukul 4 petang Selasa, telah berjaya menahan 18 orang.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor Che Kamaluddin Che Amah berkata, 18 yang ditangkap itu merupakan sebahagian daripada lebih 2,000 pendatang asing yang diperiksa dalam operasi bersepadu Imigresen dan RELA Johor di beberapa daerah negeri ini.

"Dua belas daripada yang ditahan itu termasuk enam warga
Indonesia manakala selebihnya dari Nepal dan Thailand telah ditangkap oleh anggota RELA dan Imigresen ketika operasi di Gelang Patah pada Isnin tengah malam," katanya.

Di Butterworth, 18 orang PATI kumpulan pertama yang ditangkap dalam Ops Tegas di negeri ini, yang disertai 85 anggota Rela, 29 pegawai Jabatan Imigresen dan dua dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), yang bermula pada pukul 1 pagi Selasa.

Dalam operasi bersepadu selama empat jam itu, kesemua 18 orang terdiri daripada 12 warga Indonesia, lima daripadanya perempuan, lima Bangladesh dan seorang rakyat Malaysia yang disyaki memberi perlindungan kepada PATI turut ditahan.

------------------------------------

Ops Tegas bermula:Pendatang tanpa izin akan diburu walaupun berada di kawasan hutan….

Setelah tertangguh dua kali dan tempoh empat bulan diberikan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini pulang ke negara masing-masing tanpa sebarang tindakan undang-undang, operasi besar-besaran, "Ops Tegas" dilancarkan tengah malam Isnin untuk memburu mereka yang masih berada di negara ini

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Azmi Khalid berkata daripada 1.2 juta pendatang yang dianggarkan berada di negara ini, hanya lebih 400,000 yang pulang secara sukarela sejak program pengampunan sehingga berakhirnya Ops Nasihat.

Majoriti pendatang itu berasal dari
Indonesia, selain beberapa negara lain termasuk Bangladesh, China, India dan Myanmar.

Operasi itu melibatkan hampir 500,000 anggota penguatkuasa terdiri daripada Jabatan Imigresen, Rela, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Rukun Tetangga.

Sementara itu Presiden Indonesia Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dalam surat kepada kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diutuskan menerusi Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Fahmi Idris Sabtu berharap operasi itu tidak akan menimbulkan apa-apa kekusutan dalam hubungan dua hala Jakarta-Kuala Lumpur.

Abdullah memberitahu wartawan Isnin bahawa Susilo turut meminta kerajaan
Malaysia memaklumkan kepadanya sebarang masalah yang mungkin timbul bersabit pendatang tanpa izin dari negara itu supaya kedua-dua pihak boleh mencari jalan penyelesaian.

Pendatang yang masih belum pulang dan diberkas di bawah Ops Tegas akan diharamkan terus daripada memasuki
Malaysia, termasuk sebagai pelancong.

Mengenai nasihat kepada mereka yang terlibat dalam Ops Tegas, yang melibatkan pelbagai pihak seperti polis dan anggota Rela, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berharap mereka menjalankan kerja mengikut peraturan.

"Tak payahlah saya nasihatkan...mereka tahu menjalankan kerja mereka. Jalankan kerja dengan baik dan mengikut peraturan dan garis panduan yang telah diberikan kepada mereka.

"Pandai-pandailah jalankan kerja dengan baik," katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mohd Jamal Kamdi berkata, operasi itu akan digerakkan secara besar-besaran di seluruh negara terutamanya di
Sabah memandangkan terdapat ramai PATI di sana.

"Keseluruhan anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen yang terlibat dalam operasi ini adalah seramai 500 orang dan paling ramai kita tempatkan anggota kita adalah di
Sabah," katanya.


Jamal menegaskan operasi itu akan dijalankan secara berterusan untuk menangkap kesemua PATI di negara ini walaupun mereka
cuba bersembunyi di kawasan pedalaman dan hutan.

"Semua kawasan akan terlibat dalam operasi ini termasuk dalam bandar, kampung-kampung, kawasan-kawasan tapak projek pembinaan dan hutan," katanya.

Sementara itu ditemui pemberita Malaysia dan Indonesia semasa meninjau penghantaran pulang pendatang tanpa izin (PATI) Indonesia yang menaiki kapal KRI - Tanjung Nusanive 973 milik Tentera Nasional Indonesia di Pelabuhan Selatan di Pelabuhan Kelang Isnin Fahmi berkata Kerajaan Indonesia sudah melakukan segala-galanya sejak Nov lepas bagi memujuk rakyat negara itu yang berada secara haram di Malaysia pulang ke tanah air semasa tempoh pengampunan.

Fahmi berkata apa yang sukar bagi mereka ialah memujuk rakyatnya supaya pulang dan kembali secara sah, walaupun pelbagai iklan menerusi media elektronik dan akhbar sudah diwar-warkan.

"Yang berat ialah ialah membujuk (memujuk) mereka supaya mereka pulang. Pemerintah (
Indonesia) melakukan itu dengan pelbagai cara dan gaya. Pemerintah tidak bisa (tidak boleh) menangkap, enggak bisa memaksa.

"Kita memberikan informasi balik dulu ke
Indonesia. Kembali dulu nanti kita proses. Kalau enggan, mau dibilang apa?" katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pula berkata pihak berkuasa negara ini sama sekali tidak akan menggunakan kekerasan terhadap PATI yang ditahan.

"Jentera kita dah bersedia dan kita akan menguatkuasakan perkara ini (menahan pendatang tanpa izin asing) dan saya berharap dalam kita menguatkuasakan undang-undang, kita tidak mengasari mereka. Kita hanya ambil apa-apa tindakan yang sesuai dengan undang-undang kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari (Pengurusan Negara Islam) Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta peringkat kebangsaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi Isnin.

Ditanya mengenai kehadiran sekumpulan ahli Parlimen dan wartawan Indonesia di negara ini sejak Khamis lepas dipercayai bagi memantau pelaksanaan Ops Tegas, Najib berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik dan kehadiran mereka itu "boleh diterima".

"Asalkan mereka memahami bahawa kita mempunyai tanggungjawab kepada negara kita dan kita juga bertanggungjawab atas penguatkuasaan undang-undang negara," katanya.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.