Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Pelajar perfileman mengaku tak bersalah guna internet ancam bom petrol

Pelajar perfileman mengaku tak bersalah guna internet ancam bom petrol

Pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (ASWARA) yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Jumaat lepas tanpa pengakuannya direkodkan berhubung dakwaan menggunakan aplikasi dalam Internet untuk mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keselamatan orang lain, membuat pengakuan tidak bersalah terhadapa pertuduhan itu Isnin.

Pengakuan Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dilakukan di hadapan Hakim Aslam Zainuddin selepas pertuduhan dibacakan. Mahkamah menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes itu.

Mohamad Tasyrif didakwa menggunakan aplikasi Internet itu secara sedar untuk memberi komen di laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?...harga boleh runding..."

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah bernombor B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Jan lepas.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bernama melaporkan Peguam bela Mohd Radzlan Jalaludin ketika memohon agar wang jaminan RM10,000 yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Amirah Mohamed Yusuff, dikurangkan, berkata ini adalah kerana Mohamad Tasyrif masih seorang pelajar tahun pertama semester kedua jurusan perfileman di ASWARA.

Aslam membenarkan Mohamad Tasyrif diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Ayahnya, Tajuddin Awang, 51, pembantu awam di sebuah sekolah, selaku penjamin menjelaskan jaminan itu.-18/1/2010





Cari penyakit...didakwa kerana komen di Facebook pasal serangan gereja

Seorang pelajar,Mohd Tasyrif Tajudin,25 telah didakwa di mahkamah sesyen Petaling Jaya Jumaat gara-gara berkata dia membantu buat bahan yang digunakan dalam serangan keatas gereja minggu lalu dalam posting di laman Facebook.

" Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? ... harga boleh runding... " antara komennya di laman itu.

Dia didakwa dibawah Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia.Mohd Tasyrif ialah seorang pelajar tahun pertama jurusan perfileman di Akademi Aswara di Kuala Lumpur.

Jika didapati bersalah dia boleh dipenjara setahun atau didenda RM50,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah B10-17-20, Blok 10, Jalan PJS 2B/1, Desa Mentari 2, Petaling Jaya pada 10 pagi 10 Jan lepas.

Mohd Tasyrif mengangguk tanda memahami pertuduhan itu namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Ho Kong Chin. Hakim Aslam Zainuddin yang sepatutnya mendengar kes itu mempunyai urusan rasmi di Shah Alam.

Ho kemudian menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula dan juga untuk menetapkan jumlah jaminan.-15/1/2010



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.