Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Tue, 09 February 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT DAN EMAIL KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Reme Ahmad
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY
- test section



KLIK UNTUK SITUASI TERKINI INFLUENZA A (H1N1)


KLIK SINI UNTUK PERBANDINGAN HARGA DARI LAMAN KPDNHEP




|




Agenda Daily: Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….

Mana ada lulusan Universiti Oxford dan Cambridge di tingkat 4….




'Tingkat Empat’ sudah sinonim dengan isu kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seperti juga jambatan bengkok,Proton,AP dan MV Agusta.

Siapa dia di Tingkat Empat atau sebenarnya Aras Empat bangunan Perdana Putra yang duduknya setingkat di bawah pejabat Perdana Menteri di situ yang digambarkan sebagai tukang catur dalam segala macam urusan kerajaan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pernah bermukim di situ ketika menjadi Timbalan Ketua Setiausaha Sulit di pejabat Perdana Menteri dulu.

Berikutan desas desus mengenai isu Tingkat Empat timbul prasangka pasti pejabat-pejabat di tingkat berkenaan menjadi sarang ‘budak-budak Khairy’.





Dua pegawai prominent yang berpejabat di situ sekarang ialah Ahmad Zaki Zahid selaku Ketua Unit Dasar pejabat Perdana Menteri dan Kamal Khalid yang mengetuai Unit Komunikasi.

Selain berkhidmat di pejabat Perdana Menteri Ahmad Zaki juga aktif dalam politik.Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian Putra Jaya dan Bendahari Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Kamal ( gambar kiri ) pula ialah salah seorang ahli lembaga pengarah Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Ahmad Zaki kelihatan relaks sahaja ketika berbual dalam interbiu ringkas dengan Agendadaily mengenai isu Tingkat Empat itu semasa ditemui selepas majlis perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak di PWTC pagi Ahad.

Malah beliau yang sudah lima tahun berkerja dengan Pak Lah tidak nampak kenapa isu melibatkan mereka harus berbangkit.


Ahmad Zaki mengakui Khairy adalah sahabat karibnya dan mereka sudah kenal sejak lebih 10 tahun lampau.



Hal ini juga diketahui umum dikalangan orang politik.Khairy sendiri dalam ucapannya di beberapa majlis yang turut dihadiri oleh Ahmad Zaki telah memberitahu para hadirin mengenai persahabatan mereka.


BERIKUT IALAH TRANSKRIP INTERBIU RINGKAS DENGAN AHMAD ZAKI ZAHID.




Agendadialy :Sejak bila saudara kenal khairy?


Ahmad Zaki: Saya mula kenal dia setelah diperkenalkan oleh kawan-kawan di London. Saya senior Khairy lima tahun.

Saya belajar di Universiti Bristol….dia di Oxford.

Masa dia belajar saya dah mula kerja kerja di sini

Kami kawan baik…bila dia balik cuti saya selalu jumpa dia.

Agendadaily :Bila mula kerja dengan Pak Lah?

Ahmad Zaki: Saya mula kerja dengan Datuk Hishamuddin sebagai Pegawai Khas beliau di Kementerian Belia dan Sukan.

Pada Julai tahun 2001 saya masuk pejabat Timbalan Perdana Menteri sebagai Pegawai Khas…dah lima tahun kerja dengan Pak Lah.



Agendadaily: Bagaimana saudara melihat kontroversi dan dakwaan para pegawai di Tingkat Empat Jabatan Perdana Menteri - dimana terletaknya pejabat saudara - lebih berkuasa dari Perdana Menteri?

Ahmad Zaki: di Tingkat Empat semuanya ada 15 orang pegawai bertugas di situ.Yang paling penting sekali di situ terletak bilik mesyuarat kabinet dimana dasar kerajaan ditentukan.

Kita pegawai-pegawai bantu Perdana Menteri seperti yang diarahkan...itu saja.

Agendadaily: Jadi bagaimana isu Tingkat Empat berbangkit?

Ahmad Zaki :Entahlah mungkin Tun marah sikit pada Khairy…dulu memang (pejabat) Khairy di situ…mungkin dibawa-bawa perkara ini sehingga melibatkan perkara lain.

Saya memang kenal Khairy lama...dah 10 lebih tahun …mungkin itu sebabnya ia dikaitkan dengan Tingkat Empat....dan dikaitkan dengan saya.

Di Tingkat Empat selain dari bilik kabinet …ada pejabat Unit Tugas-Tugas Khas,Unit Dasar Luar ,Unit Komunikasi dan Unit Dasar.

Agendadaily: Selain saudara siapa lagi yang rapat dengan Khairy di Tingkat Empat ?

Ahmad Zaki: Persoalannya bukan siapa yang rapat dengan Khairy...saya kenal lama…semuanya di situ dulu pernah kerja dengan Khairy…masa Khairy jadi Timbalan Ketua Setiausaha Sulit (di pejabat Perdana Menteri) ..tapi Khairy memilih untuk undur diri sebab dia bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia…jadi bila dah masuk politik full time dia tak cadang kerja dengan Perdana Menteri lagi...

Tapi masih ada orang yang fikir…dia ada line kepada Perdana Menteri melalui Tingkat Empat…tak ada…sebenarnya...Khairy tak masuk campur dalam hal kerajaan…

Namun begitu dalam hal-hal politik Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda ada bagi pandangan…macam Perdana Menteri kata siapa yang tak bagi pandangan kepadanya...tetapi keputusan masih tetap pada Perdana Menterilah..


Agendadaily: Saudara dan rakan-rakan pegawai lain di Tingkat Empat merasa tertekan dengan kontroversi ini?

Ahmad Zaki: Kami tak rasa apa-apa...kami ni hanya pegawai-pegawai saja ikut arahan Perdana Menteri…jadi tak ada timbul rasa tertekan.





Agendadaily: Antara desas desus yang tersebar di luar sana dakwa banyak hal-hal besar dirujuk kepada saudara dulu?

Ahmad Zaki: Apa yang saya dan apa rakan-rakan pegawai lain di situ buat hanya ikut arahan Perdana Menteri.Kalau ada perkara-perkara yang beliau minta saya sampaikan kepada sesiapapun...kita sampaikanlah...itu tugas kita..

Tapi tak adalah kita bagi arahan pada sesiapa samaada CEO syarikat milik kerajaan atau orang-orang di kementerian dan sebagainya.


Agendadaily: Dengar cerita saudara ada hubungan keluarga dengan Dr Mahathir?

Ahmad Zaki: Tun sebenarnya ialah datuk saudara saya...Tun sepupu belah emak saya…bapa emak saya ialah sepupu kepada Tun...saya menang kenal keluarga Tun dah lama...tapi lebih kepada anak-anak Tun seperti Marina, Mokhzani dan Mukhriz…Marina yang jadi tetamu kehormat masa saya nikah dulu..

Agendadaily :Adakah saudara ambil apa-apa langkah menerusi jalinan keluarga ini untuk jelaskan pada Tun kedudukan sebenar pada dakwaan-dakwaan yang dibangkitkannya?

Ahmad Zaki: Saya ada ambil usaha melalui keluarga...mungkin tak kesampaianlah…

Saya tak pernah jumpa Tun dalam majlis-majlis keluarga...cuma masa aktif dalam dalam pertubuhan pelajar dulu saya pernah jumpa dan ada beritahu saya saudaranya…

Agendadaily: Apa tugas-tugas saudara di sebagai ketua di Unit Dasar?

Ahmad Zaki :di unit itu kerja saya bantu Perdana Menteri dari segi menyediakan nota-nota dan bahan-bahan untuk teks ucapan dan sebagainya ..itu saja dan kadang-kadang catat minit mesyuarat bagi pihak Pedana Menteri.

Unit Komunikasi pula berkaitan dengan soal media manakala Unit Dasar Luar pula mengenai hal-hal dasar luar…itu saja Tingkat Empat.

Seluruh pejabat Perdana Menteri ni diketuai oleh Ketua Setiausaha Sulit,Datuk Thajudden Abdul Wahab…kita semua kerja sebagai satu pasukan dalam pejabat Perdana Menteri.

Agendadaily: Tentang dakwaan kata you all boleh bagi arahan kepada Menteri-Menteri Besar ?

Ahmad Zaki : Tak ada...tak ada…

Kalau Perdana Menteri bagi arahan saya laksanakan...tak kan itu saya punya keputusan…

Semuanya ada pegawai-pegawai masing-masing…adakalanya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri minta pegawai-pegawainya melaksanakan arahannya…

Pak Lah dulu masa di Majlis Tindakan Negara menjalankan arahan-arahan Tun Razak.

Sebenarnya sebelum ini saya tak nak pernah cakap pun hal ini...ini kali pertama saya cakap soal ini...sebab saudara tanya saya.

Saya rasa Tun sebut pasal Tingkat Empat ini kerana nak relate pada Khairy…sebenarnya tak ada kena mengena Khairy dengan pejabat Perdana Menteri sekarang….ini hanya syak wasangka oleh orang yang tak suka Khairy…kata mereka Khairy masih berkuasa di pejabat Perdana Menterilah… tak adalah.

Baru-baru ni pun dia dah letak jawatan dalam ECM Libra…kerana nak tumpu pada politik…

Agendadaily: Kontroversi kritikan Tun sudah menjadikan Tingkat Empat nampak semacam raksaksa buas?

Ahmad Zaki :Masalahnya orang-orang pun termakan dengan apa orang lain kata…

Sebenarnya tak ada apa-apa…setiap Perdana Menteri ada pegawai-pegawainya ..tak ada perbezaan samaada zaman Tunku,Tun Razak,Tun Hussien dan Tun Dr Mahathir.

Dulu tak timbul pun soal tingkat lima...tingkat empat…tingkat tiga ,tingkat dua dan tingkat satu..semuanya pegawai-pegawai Perdana Menteri juga.

Agendadaily: Apakah unit baru yang diwujudkan oleh Pak Lah di bawah Pejabat Perdana Menteri yang berbeza dengan zaman Tun?

Ahmad Zaki: masa zaman Tun tak ada Unit Dasar...tapi zaman Tun ada pegawai-pegawai yang menulis ucapan...tapi tak dinamakan Unit Dasar.


Agendadaily :Dr Mahathir ada membuat kritikan terhadap Pak Lah dalam soal penulisan ucapan.Apa komen saudara?

Ahmad Zaki: Sebahagian input untuk ucapan diterima dari pengajur majlis (yang akan dihadiri oleh PM)…Perdana Menteri bagi arahan fakta-fakta tambahan yang beliau nak masukan …

Semua ucapan Perdana Menteri …adalah ucapan Perdana Menteri sekalipun ada input dari penganjur (mengenai hal yang berkaitan dengan majlis yang dihadiri)…


Takkan ucapan Perdana Menteri ditulis oleh penganjur majlis-majlis…

Agendadaily: Sebagai orang lama di pejabat Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya apa ulasan saudara secara keseluruhan isu dan dakwaan yang dibangkitkan oleh Tun?

Ahmad Zaki: Kerajaan dah menghuraikan segala apa yang Tun bawa sejelas-jelasnya…yang classified pun dah declassify …jadi saya rasa semua penjelasan dah diberi…tapi masih ada yang tak terima…

Dari segi politik kita kena terus bagi sokongan kepada Persiden UMNO sebagai sebuah institusi…inilah cara UMNO…bukan saja Presiden tetapi juga Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden….kita kena pertahankan institusi ini.

Ini cara UMNO…kalau tidak parti akan runtuh…

Agendadaily: Sebagai pegawai yang selalu berdamping dengan Pak Lah apakah saudara lihat cara Pak Lah seperti didakwa khususnya dalam soal membuat keputusan?

Ahmad Zaki: Perdana Menteri adalah seorang yang sangat pentingkan consensus ….banyak perkara dibawa untuk dibincang dalam kabinet…

Kami pegawai-pegawai ikut apa yang diarah saja…keputusan semua dibuat dalam bilik kabinet.

Pak Lah juga suka menteri-menteri bawa perkara-perkara melibatkan kementerian mereka untuk dibincang dalam kabinet supaya dapat keputusan secara kolektif…


Mesyuarat kabinet sekarang lebih panjang dari dulu…kadang-kadang sampai pukul 2 petang sebab banyak perbincangan…

Saya faham setiap Perdana Menteri ada cara tersendiri..

Agendadaily: Saudara berasal dari mana?


Ahmad Zaki: Ibu bapak saya asal Alor Star…tu lah ada pertalian dengan Tun.


Saya sekolah di St John Kuala Lumpur…kemudian belajar jurusan undang-undang di Universiti Bristol.

Agendadaily: Setelah Khairy berhenti ada tidak pegawai lain di Tingkat Empat tu yang kelulusan dari Universiti Oxford atau Cambridge?

Ahmad Zaki :memang tak ada… Kamal (Ketua Unit Komunikasi) belajar di Universiti Nottingham…di tingkat lima (JPM) pun tak ada..

Dulu Khairy seorang saja (lulusan Universiti Oxford)…pegawai-pegawai lain campur-campurlah lulusan universiti luar negara dan universiti tempatan .-21/8/2006



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.