Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Jejak si jantung hati Siti Nurhaliza:Khalid pernah jual barang dalam boot kereta bapanya….

Jejak si jantung hati Siti Nurhaliza:Khalid pernah jual barang dalam boot kereta bapanya….


Khalid bersama Allahyarham Datin Sri Endon dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu memotong kek meraikan kemenangan Barisan Nasional pada tahun 2004 dan menerima darjah kebesaran dari Sultan Johor dalam satu majlis di Johor Bharu.

Katakanlah…letak buku mengenai Datuk K@Datuk Khalid Mohd Jiwa dan buku mengenai Siti Nurhaliza dimana-mana kedai buku sekarang…yang pasti orang akan berebut membeli buku Datuk K.

Ini bukan kerana populariti Siti sudah menjunam tetapi semua orang sudah tahu A sampai Z mengenainya.Sudah berlambak ditulis pasal latar belakang kisah hidup Siti.

Siapa Khalid yang sudah melekat di hati Siti ni?

Kayakah dia…hebat sangatkah dia?Berapa puluh syarikat yang dia ada?Ini yang menjadi tandatanya ribuan peminatnya yang merasa seolah akan ‘kehilangan’ Siti.

Tentu ramai nak tau luar dalam pasal Datuk K.Ada yang bimbang Siti jatuh ke tangan ‘silap orang’ apa lagi beza usia mereka 20 tahun.

Selama ini Khalid memang low profile.Tidak ramai orang yang tahu banyak mengenai dirinya.

Seorang rakan Khalid yang pernah sama berkerja di sebuah cawangan Bank Bumiputra ( sekarang Bumiputra Commerce) di Seberang Perai Pulau Pinang mengakui dia sendiri terkejut membaca berita mengenai hubungan Khalid dengan Siti.

“Khalid selalu berkata kepada kawan-kawan dia bukanlah tokoh korporat sama level dengan Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary,Tan Sri Azman Hashim atau Tan Sri Mustapha Kamal Emkay. He is not even near them .Malah dia malu sekalipun kami secara berjenaka meletaknya diperingkat itu,”katanya.

Rakannya ini terkejut bukan kerana tidak percaya pada qada dan kadar tetapi mengenangkan dugaan semua orang memikirkan pasti pilihan Siti itu jejaka yang ada akaun bank seteguh kerabat Sultan Brunei.

Gambar yang diperolehi dari seorang rakan Khalid...di London semasa mengikuti rombongan perniagaan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


“Walaupun pada level kami yang tak ada apa ni…dia boleh kata seorang ahli perniagaan yang berjaya tetapi Khalid suka mengunakan ayat kejayaan sikit sebanyak ini adalah hasil blessing dari Allah dan berkat doa keluarga,anak-anak dan kawan.

“Apapun bagi kami dia sudah berjaya mencapai cita-citanya jadi ahli perniagaan yang berjaya walaupun belum tergolong dalam top 50 Malaysian Millionaire ”,katanya.

Dari sudut pandangannya inilah yang menarik tentang Khalid bila bercakap tentang bab hubungannya dengan Siti.

“Kawan-kawan pun tahu dia ada strike sikit dalam perniagaan.Dia ni smart juga berniaga dan ada kala nasib menyebelahinya,”kata rakan itu.

Risik-risik Agendadaily di kampong asalnya di Permatang Pasir,Kuala Muda,Kedah tidak jauh dari Sungai Petani berjaya mengumpul sedikit sebanyak cerita menarik.

Ibubapa Khalid kini sudah tidak menetap di kampong itu tetapi tinggal bersama kakaknya di Kemensah,Hulu Kelang.

“Khalid membawa mereka ke Kuala Lumpur kerana sangat mengambil berat pasal orang tuanya itu,”kata seorang saudaranya di situ.

“Ni yang kita tabik Khalid,”ujarnya.

Bapanya seorang bekas guru sekolah.

Mereka tiga beradik.Khalid yang kedua manakala dua lagi kakaknya,Zaiton dan adik perempuannya Zaini.

Zaiton kini menguruskan salah sebuah syarikat ACE Group Of Companies iaitu syarikat milik peribadi Khalid yang berpejabat di Mid Valley.

Manakala Zaini ialah seorang pegawai bank.

Beberapa orang rakan permainannya di kampong itu menceritakan Khalid memang jenis business minded sejak kecil.

Ikut cerita mereka bapa Khalid sangat tertarik pada pekerja beruniform seperti polis atau kastam.


Khalid mendapat didikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ibrahim,Sungai Petani dan menengah di Sekolah Menengah Tikam Batu hingga tamat SPM pada tahun 1976.

Salah seorang dari mereka kata dia masih ingat Khalid merungut kepada kawan-kawan dia tak minat kerja polis atau kastam kerana tidak ‘nampak masa depan di situ.’

Mungkin kerana ini kakaknya, Zaiton berkerja sebagai kakitangan kastam.Zaiton kini sudah meletakan jawatan dari kastam untuk menyertai syarikat Khalid.

Khalid dikatakan pernah buat kerja macam-macam untuk menyambung pelajarannya lepas itu.

Antaranya pernah jadi guru sementara yang mengajar di beberapa buah sekolah sekitar Sungai Petani.

“Mungkin ramai tidak tahu Khalid pernah menjual barang cara car boot sale .Dia beli barang-barang murah dari seorang saudara yang bawa masuk dari Thailand dan Indonesia dan bawa kereta buruk bapanya pergi ke serata tempat seperti asrama perguruan dan pejabat-pejabat.

“Dia jual secara bayar bulan.Kalau dekat musim perayaan Khalid memang ligat berniaga.Selain kain ada juga minyak wangi dan macam-macam,”katanya.

Pada awal tahun 1980 Khalid diterima berkerja sebagai juruwang di cawangan Bank Bumiputra di Butterworth.

Sewaktu di situ Khalid memohon untuk belajar luar kampus di ITM.


Apabila diterima Khalid memohon bertukar di Kuala Lumpur.

Pada mulanya dia ditempatkan di ibupejabat Bank Bumiputra Kuala Lumpur.Kemudiannya di cawangan Taman Melawati.

Khalid dinaikkan pangkat sehingga dilantik sebagai Ketua Jabatan Pinjaman di cawangan Bank Bumiputra di Pandan Indah.


Kawan-kawan yang pernah bertugas bersamanya di situ memberitahu sepanjang memegang jawatan berkenaan Khalid berpeluang mengenali ramai tokoh-tokoh korprat termasuk orang politik.

“Dari situlah Khalid terdedah kepada bidang perniagaan besar, public listed company dan sebagainya,”kata mereka.

Mengenai cakap-cakap hubungannya yang rapat dengan seorang bekas Timbalan Menteri waktu itu,mereka menceritakan Khalid secara kebetulan rapat dengannya.

Ini kerana berikutan kesibukan Timbalan Menteri berkenaan dia terpaksa pergi ke pejabat Timbalan Menteri itu dari masa ke semasa bila ada urusan melibatkan bank.

“Setahu kami di situlah Khalid kenal baik dengan Timbalan Menteri itu bukan kerana apa-apa tetapi ada kaitan dengan tugasnya.Dalam keadaan itu sesiapa sahaja akan baik dan jalin contact dengan orang yang dia berurusan,”kata mereka.


Khalid sebagai ahli lembaga pengarah Pasdec yang diperolehi dari buku laporan tahunan Pasdec

Bagaimana pula dengan dakwaan mengatakan Khalid adalah kroni bekas Menteri Penerangan Tun Khalil Yaakob yang kini Yang Dipertua Negeri Melaka?

“Itu pun kena diperjelaskan.Sewaktu Khalid menjadi Pengurus Pinjaman di cawangan Pandan Indah kerana urusan melibatkan bank dia telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Pasdec, iaitu anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang.

“Waktu itu Tun Khalil adalah Menteri Besar Pahang.Pasdec adalah sebuah syarikat public listed .Perlantikan Khalid sebagai lembaga pengarah diluluskan oleh Bank Bumiputra.

“Tun Khalil tertarik dengan perstasi Khalid dan mereka terus rapat bila Tun dibawa ke pusat jadi Menteri Penerangan.

“Setahu kami Khalid ada berniaga bekal filem dari luar untuk RTM menerusi syarikat peribadinya ACE Group Of Companies .Itu saja…kalau nak guna perkataan kroni rasanya tak wajar.Kalau Tun tertarik dengan prestasinya dan bagi sikit peluang berniaga…apa salahnya,”kata mereka.

Mengenai TAHB Group Of Companies yang terlibat dalam perniagaan import kereta mewah yang sebelum ini pernah berpejabat di Menara Tan&Tan,di Jalan Tun Razak.

Agendadaily difahamkan itu adalah perniagaan milik keluarga bekas isterinya.


Dalam TAHB inilah Khalid pernah berurusan dengan ‘Raja AP’ yang heboh baru-baru ini iaitu Datuk Syed Azman Syed Ibrahim.

Bagaimanapun urusan perniagaan mereka secara bersama tidak lama.Difahamkan mereka berpecah kerana tidak sehaluan.

Syarikat itu telah diserahkan balik kepada abang bekas isterinya.

Selepas menyerahkan TAHB balik,Khalid kini tidak terlibat dalam perniagaan impot kereta mewah lagi.

Khalid kini dikenali dalam circle korprat menerusi penglibatannya dalam syarikat public listed Naluri Berhad,Sriwani Holdings Berhad,Atlan Holding Berhad dan Pasdec Holdings.

“Khalid dan seorang rakan kongsinya berjaya membuat takeover Naluri dan Sriwani yang dulunya dipegang Danaharta akibat krisis kewangan 1997.


Khalid di depan Hotel Zon On The Park,Kuala Lumpur - Gambar Utusan.

Naluri kini adalah pemilik bangunan bekas Menara TR di Jalan Ampang ( tak jauh dari Ampang Park) dan hotel Zon On the Park dibelakangnnya yang menawarkan 183 suite bercirikan budaya Malaysia.

Naluri juga memiliki tanah seluas 28 hektar di Pulau Pinang.

Selain itu bekas Hotel Eden di Stulang Laut, Johor Bharu yang dinamakan semula ,The Zon By The Sea.




Hotel The Zon By The Sea di Stulang Laut di Johor Bharu

Sriwani yang kini dinamakan DFZ Capital Berhad mengendalikan kedai bebas cukai di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA,Lapangan Terbang Melaka,Komplek Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam,Komplek Bebas Cukai Rantau Panjang,Zon Shopping Paradise,Langkawi,Sriwani Taxfree Emporium ,Penang dan syarikat Kereta Sewa Fleet Car and Hire.

Syarikat ini juga memilik sebuah kelab golf dan reakrasi iaitu Black Forest Golf and Country Club di Bukit Kayu Hitam.

Atlan yang beroperasi di Bayan Baru,Pulau Pinang adalah syarikat yang berasaskan kejuruteraan.Dibawah satu restructuring exercise yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti pada pertengahan tahun 2002 ia telah mengambilalih Courseville Holdings Ltd (CVL) yang merupakan pemilik Blakes Hotel di London and Emas Kerajang Sdn Bhd (EKSB).

EKSB terlibat dalam urusniaga dan mengimport barangan bebas cukai.Ia juga mengendalikan sebuah kedai bebas cukai di Padang Besar.


“Entah kenapa nasib sering menyebelahi Khalid…semasa krisis kewangan itu Khalid sendiri nyaris hancur…jika tidak kerana terbuka hati membuat satu keputusan yang tepat.


“Itu you kena tanya Khalid sendiri kalau dapat interbiu dia…bagaimana dia juga bernasib baik…dia boleh gambarkan suasana dramatik waktu itu,”kata rakannya itu.

Semasa keadaan ekonomi lembab berikutan krisis kewangan itu Khalid telah pergi ke London dimana dia mengambil inisiatif tambah pengetahuan dan belajar bidang pengurusan dan selok belok perniagaan di sana.

“Khalid juga melalui naik turun dan putaran bidang perniagaan macam orang lain.Bagi kami dia boleh dibariskan sebagai ahli korprat peringkat pertengahan saja…memang betul… bukan level Syed Mokthar,Wan Azmi atau Halim Saad,”katanya.

Katanya Khalid deserve menikmati kejayaannya dalam perniagaannya sekarang kerana dia memang berkerja keras dan naik dari bawah.

-----------------------

Siti Nurhaliza bukan punca perceraian Khalid dengan bekas isteri




Ibarat kisah Yusry dan Erra Fazira yang siapa tidak tahu hingga ke hari ini punca sebenar mereka tidak sebumbung lagi…kisah perceraian Datuk K @ Datuk Khalid Mohd Jiwa juga dikatakan melibatkan hal-hal yang terlalu peribadi untuk diceritakan kepada umum.

Ini yang menurut sumber yang rapat dengan tokoh korporat itu agak sulit untuk menulis jalan ceritanya tanpa menyinggung perasaan Khalid maupun bekas isterinya,Tengku Zawiyah.

Dari maklumat yang diperolehi oleh Agendadaily perceraian mereka berdua pada awal 2004 berlaku di luar mahkamah.

Hal berkenaan kemudiannya telah dirujuk ke mahkamah syariah yang mengesahkan perceraian itu.

“Paling dekat saya boleh katakan ia melibatkan perlanggaran syarat yang dipersetujui antara mereka berdua.Kalau you tahu butirannya bagaimana ia berlaku Khalid tidak boleh disalahkan dalam hal ini.Itu saja yang saya berani cakap,”kata sumber berkenaan.

Apa sekalipun,katanya Siti Nurhaliza bukanlah faktor ‘orang ketiga’ yang mencetuskan perceraian itu.

Agendadaily difahamkan ini bukanlah kali pertama pasangan yang mempunyai empat anak berusia antara 8 hingga 18 tahun itu bercerai.

Mereka pernah bercerai pada tahun 1990han dan rujuk semula.


Bertanda bulat.. Khalid dan bekas isteri,Tengku Zawiyah di satu majlis yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob

Sumber itu berkata tanpa Siti pun perceraian mereka pada tahun 2004 pasti berlaku berdasarkan faktor perlanggaran syarat berkenaan.

“Siti adalah orang yang kebetulan muncul diketika rumahtangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi,”katanya.

Sumber itu mengesahkan cakap-cakap bahawa Siti pernah bertandang ke rumah pasangan itu di Bukit Antarabangsa dekat Hulu Kelang dan kenal bekas isteri Khalid.

Tiga anak mereka kini tinggal bersama ibu mereka di rumah banglo itu yang diserahkan oleh Khalid selepas bercerai.

Anak mereka yang sulong sedang menuntut di Melbourne,
Australia.

Kesemua mereka dikatakan rapat dengan Khalid dan beliau sering berhubung dan mengambil mereka dari masa kesemasa sejak bercerai.

Menjawab satu soalan sumber itu yakin Khalid tidak akan menceritakan kepada sesiapapun punca sebenar perceraiannya kerana tidak mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.

“Jadi Khalid terpaksa menelan apa jua pandangan orang termasuk cakap-cakap bahawa Siti menjadi punca perceraian mereka.

“Memang susah nak cerita…tetapi percayalah perceraian itu tetap berlaku sekalipun tanpa Siti,”katanya.

Menurutnya tanpa Siti pun Khalid satu hari nanti mungkin berkahwin dengan wanita lain pilihannya.

“Saya harap kita jelas dalam soal ini dan tidak menyalahkan Siti sebagai punca keretakan rumahtangga mereka,”katanya.

Ditanya bagaimana hubungan Khalid-Siti boleh terjalin,sumber itu berkata setahunya agak baru juga mereka rapat.

“Mereka beberapa kali bertemu dalam perbincangan urusan perniagaan kerana Khalid mempunyai syarikat event management dan filem,”katanya.

Katanya kedua mereka intim selepas Khalid bercerai dengan bekas isterinya.

Sementara itu sumber-sumber mahkamah syariah mengesahkan kepada Agendadaily perceraian Khalid dengan bekas isterinya disahkan oleh mahkamah pada 2005.

Juga disahkan bahawa perceraian itu melibatkan soal perlanggaran syarat yang dipersetujui sebelumnya antara kedua suami isteri.

Ditanya siapa yang melanggar syarat,sumber itu berkata pihak isteri.

-------------------------


SAH:Khalid pilihan Siti




PERANG BESAR U SEE?… sebenarnya tidak begitu.Siti Nurhaliza sedang belajar menembak di lapangan sasar manakala Datuk K @ Datuk Khalid Mohd Jiwa tersenyum riang sewaktu gambar ini dirakam di satu acara korprat tidak lama dulu.

Sehingga berita ini ditulis kedua-duanya masih ‘kunci mulut’ tidak mahu mengesahkan atau menafikan mereka ehem…ehem.

Apapun tak dapat menerusi ‘ pintu depan’ banyak ‘ pintu belakang ’ yang boleh dibuka untuk mendapat kepastian itu.

Yang pasti dari risik-risik Agendadaily selama beberapa hari kebelakangan ini dikalangan sumber-sumber yang layak dipercayai mendapati adalah sah Khalid orangnya bila Siti memberitahu wartawan baru-baru ini hatinya sudah dimiliki.

Lojiknya kalau sudah begitu tentu sekali semua orang bertanya kenapa Siti dan Khalid terus menerus mengelak untuk mengesahkannya.

Ikut ceritanya tidak ada apa hal yang serius.

Ia dikatakan cuma menyangkut sikit soal dalaman keluarga Siti.

Apakah keluarga Siti menentang hubungan penyanyi nombor satu negara itu dengan Khalid,47 dan berstatus duda beranak empat?

Itupun tidak.

Jadi kenapa?

Sumber-sumber yang rapat dengan Siti memberitahu Agendadaily sebagai penyanyi yang diketahui umum selama ini merupakan orang yang menjadi tiang seri keluarganya dia telah menyerahkan urusan pengumuman itu dibuat oleh samaada ibu atau bapanya.

“Itulah Siti….ini yang buat benda ni tertangguh-tangguh…semua orang tahu pengaruh keluarga amat kuat keatasnya.Sebab itu dia tidak mahu buat pengumuman besar itu sendiri sekalipun dia berhak menentukan dan umum pilihan hatinya sendiri,”katanya.

Namun begitu sumber berkenaan tidak dapat memberi jaminan ia kekal begitu kerana ada kemungkinan Siti memutuskan untuk umum sendiri mengenai hubungannya dengan Khalid dalam masa terdekat ini.

“Kita tengoklah…itu terserah pada Siti…siapa tahu esok ke lusa ke dia panggil sidang akhbar atau bercakap dengan press ,”katanya.

Difahamkan dalam terdekat ini Siti sibuk dengan undangan menyanyi di Singapura,kemudian ke
Sarawak dan lepas itu akan ke Jepun.

Sumber itu menyifatkan Siti macam seekor burung dalam sangkar emas.Katanya selama ini kehidupannya dan semua urusan pasal dirinya diatur oleh keluarganya.

“Dalam senario dan situasi begini you boleh tafsir sendiri maksud saya,”ujarnya.

“Pokoknya adalah selamat you boleh quote saya kata hubungan mereka berdua memang mantap…menang tak ada orang lain kecuali Khalid,” katanya sambil memberitahu beberapa cerita off the record yang meyakinkan Agendadaily.



Katanya jika Siti seperti artis-artis lain yang independent teka teki itu sudah tentu lama terjawab.

Soalnya kenapa tidak Khalid saja yang umum sendiri?

Sumber yang rapat dengan tokoh korprat itu pula menjelaskan bukan tak boleh tetapi tidak ‘manis’ kalau begitu.

Seluruh fokus kini kepada Siti.Ini berkait dengan dirinya.

Dia sendiri sudah mengaku hatinya sudah dimiliki.

“Jadi lebih baik pihaknya sendiri yang mengesahkannya…dan bukan Khalid,”katanya. AKAN MENYUSUL SETERUSNYA :BETULKAH KHALID BERCERAI DENGAN BEKAS ISTERI KERANA SITI?.( 10.30 malam 22/3/2006)



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.