Mengenali AgendaDaily.com | Hubungi Kami | Maklum Balas Fri, 03 September 2010 |





 Selamat Datang, Pelawat
  Agenda Daily Laman Web
LAMAN UTAMA
Johor
Kedah
Kelantan
Negeri Sembilan
Pahang
Penang
Perak
Perlis
Sabah
Sarawak
Terengganu

Ruangan
- INI ALAMAT KAMI
- BERITA UTAMA
- A Kadir Jasin -Other Thots
- Raduan Taib - Direct to The Point
- Syed Hussein Al Attas
- Badrul Hisham Abdul Aziz - WADTK
- Norzah - Baca jangan tak baca
- Jamelah Bakar - Pena Rakyat
- Noor Hasilah - Apo kono Eh Jang
- Sembang Kawan-Kawan
- SEJENAK BERSAMA
- CATATAN PERJALANAN AGENDADAILY
- EDISI KHAS AGENDADAILY



agendadaily@gmail.com

Laman khas himpunan interbiu Agendadaily - SILA KLIK

Puncanya…Wan Azizah


Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Kena gugur Timbalan Menteri : Akhirnya Idris Haron ‘buka cerita’


Puteri UMNO kalau tak agresif…baik tutup kedai - Azalina

Ali Rustam tak pandang belakang…


Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'

Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu...


Sejenak bersama Yang DiPertua Dewan Negara…

Keluh kesah Presiden BAM...urus syarikat lebih mudah

Susah senang jadi ' referee' di Dewan Rakyat

Dalam persaingan politik… tidak ada naib juara….


Masalah jadi orang Nombor 2




Agenda Daily: Malaysia akan timba pengalaman negara lain menghadapi Tsunami - PM

Malaysia akan timba pengalaman negara lain menghadapi Tsunami - PM

Malaysia akan bekerjasama dengan negara di rantau ini melalui pertukaran maklumat awal mengenai serangan ombak Tsunami sebagai persediaan mengurangkan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata melalui pertukaran maklumat itu, Malaysia dapat belajar daripada pengalaman mereka dan memanfaatkan teknologi yang mereka ada untuk mengesan tanda-tanda awal tsunami.

"Dengan cara ini, kita dapat mengelakkan kerugian yang dialami dan kehilangan nyawa," katanya ketika berucap di pusat pemindahan mangsa tsunami di Sekolah Kebangsaan Kuala Muda.

Perdana Menteri yang memendekkan cutinya di luar negara berikutan bencana itu, melawat mangsa tsunami dan kampung-kampung yang mengalami kerosakan dalam bencana itu di Kuala Muda dan juga Permatang Damar Laut di bahagian pulau.

Abdullah juga berharap mangsa ombak besar itu bersabar sementara menantikan bantuan segera disalurkan kepada mereka bagi meringankan beban.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Abdullah berkata beliau akan segera memulakan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan bagi menjalin kerjasama itu.

"Saya akan menulis kepada mereka dan pada masa yang sama untuk mengucapkan takziah bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia kepada negara-negara yang terlibat (dengan bencana)," katanya.

Beliau berkata, dengan mendapatkan maklumat yang tepat, kerajaan boleh memaklumkan kepada rakyat negara ini untuk membuat persediaan awal seperti yang dilaksanakan semasa menghadapi musim banjir.

Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat mempunyai pusat pemantauan gempa bumi bagi mengetahui bila sesuatu bencana itu akan berlaku.

Oleh itu, katanya, negara di rantau ini perlu menjalin rangkaian komunikasi bagi menyampaikan maklumat dan amaran mengenai tsunami.

Maklumat yang diperolehi kemudiannya akan disebarkan kepada rakyat supaya mereka dapat membuat persediaan awal.

Katanya, amaran awal menghadapi tsunami penting, contohnya seorang pengusaha jet ski akan dapat menyelamatkan pelanggannya yang berada di tengah laut dengan tindakan segeranya memberi amaran kepada mereka.

Ketika ditanya mengenai reaksi pertamanya selepas mendapat berita mengenai kejadian itu, Perdana Menteri berkata: "Saya terkejut, macam tak percaya kerana selama ini tak ada gempa bumi di Malaysia. Ombak itu selaju 700 kilometer sejam, deras macam kapal terbang."

Beliau sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan semasa kejadian tsunami itu oleh pegawai-pegawainya dan juga melalui laporan media.

--------------------------------

Kerajaan akan mendapatkan kepakaran Jepun untuk mengadakan sistem amaran awal sebagai persediaan menghadapi "serangan" ombak tsunami pada masa depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata usaha itu perlu dibuat kerana
Malaysia tidak pernah menghadapi ombak besar tsunami sebelum ini.

"Tidak mustahil. Saya percaya Jepun mempunyai sistem (untuk menghadapi tsunami) kerana mereka buat beberapa tahun, menerima kesan tsunami. Biarlah pakar-pakar menguruskannya," katanya ketika menjawab soalan sama ada
Malaysia akan mengadakan sistem amaran awal berikutan impak dari tsunami yang mengakibatkan angka kematian mangsa mencecah 51 orang di seluruh negara.

"Kita tak dapat menjangka perkara ini akan berlaku dan selepas ini kita akan mengkaji soal teknikal bagaimana kita boleh mewujudkan sistem amaran awal berhubung dengan perkara ini (tsunami)," katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di Butterworth sebelum berlepas ke Langkawi melawat kawasan yang turut terjejas oleh bencana itu.

Beliau berkata kesan gempa bumi yang berlaku di Acheh, Sumatera semalam tidak dapat dijangka kerana ia berlaku di luar negara dan gempa bumi kali ini amat luar biasa dan merupakan antara yang terkuat dalam sejarah.

Najib juga berkata beliau telah meminta Menteri Kerja Raya Datuk Seri S.Samy Vellu supaya mengarahkan Jabatan Kerja Raya mengadakan pemeriksaan segera terhadap semua infrastruktur di seluruh negara terutama di kawasan yang terbabit dengan tsunami.

"Kami pastinya akan memberitahu orang ramai jika kami menemui sebarang kerosakan serius terhadap mana-mana infrastruktur," katanya sambil mengesahkan bahawa Jambatan Pulau Pinang selamat untuk digunakan.

Katanya beliau telah bertanyakan Samy Vellu berhubung perkara itu dan JKR membuat pengesahan bahawa jambatan sepanjang 13.5 kilometer itu selamat digunakan.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan khabar angin terutama yang disebarkan melalui Khidmat Pesanan Ringkas mengenai keselamatan jambatan berkenaan.

Najib berkata perkhidmatan feri yang menghubungkan tanah besar dengan Pulau Pinang juga selamat digunakan dan tidak perlu dihentikan.

-----------------------------

Najib arah penduduk pantai Pulau Pinang dan Kedah pindah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Ahad malam mengarahkan penduduk pantai Pulau Pinang dan Kedah dipindahkan kerana dikhuatiri kejadian ombak tsunami yang berpunca dari gempa bumi di utara Sumatera hari Ahad berulang lagi.

Katanya semua bilik gerakan peringkat negeri dan daerah telah diarahkan dibuka pada Ahad malam untuk menyelaraskan kerja-kerja menyelamat dan operasi itu akan turut melibatkan Angkatan Tentera
Malaysia.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui jumlah penduduk yang akan dipindahkan dan menurutnya perkara itu akan dikendalikan oleh jawatankuasa peringkat negeri.

Selaras dengan langkah berjaga-jaga itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan semua aktiviti di laut termasuk perikanan dihentikan buat sementara waktu.


Beliau menyatakan demikian dalam satu sidang akhbar tergempar yang dibuat di rumah beliau pada pukul 7 Ahad malam.


Menurutnya mangsa-mangsa yang mati dan cedera dalam bencana itu kebanyakannya mereka yang sedang berkelah, bermain jet ski atau yang sedang duduk di dalam rumah.

Beliau berkata ombak besar dilaporkan setinggi 3 hingga 5 meter dan ada laporan yang menyebut pengguna jet ski dipukul ombak sehingga termasuk ke dalam kedai kopi di darat.

Beberapa orang juga dilaporkan hilang di Langkawi tetapi ini hanya dapat diketahui dalam laporan lengkap Isnin, katanya.

Katanya semua bilik gerakan peringkat negeri dan daerah telah diarahkan dibuka pada Ahad malam untuk menyelaraskan kerja-kerja menyelamat dan operasi itu akan turut melibatkan Angkatan Tentera
Malaysia.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui jumlah penduduk yang akan dipindahkan dan menurutnya perkara itu akan dikendalikan oleh jawatankuasa peringkat negeri.

Selaras dengan langkah berjaga-jaga itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan semua aktiviti di laut termasuk perikanan dihentikan buat sementara waktu.

Katanya, ini merupakan bencana alam yang paling buruk melanda negara ini tetapi
Malaysia masih bernasib baik berbanding kerosakan dan kematian akibat ombak itu di Indonesia, India, Sri Lanka dan Thailand.

"Banyak bot rosak di Langkawi di kawasan marina perahu layar dan jeti Datuk Azhar Mansor alami kerosakan dan banyak kapal mewah yang rosak dan karam," katanya.

Beliau berkata kejadian ombak besar itu bagaimanapun tidak menjejaskan pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak dan tiada laporan kemalangan dari kapal-kapal besar yang melalui Selat Melaka.

Kebanyakan rumah mengalami kerosakkan akibat dimasuki selut selepas dilanda ombak besar itu, katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah dimaklumkan mengenai bencana itu serta langkah-langkah yang telah diambil, katanya.

"Bencana ini tidak pernah dialami oleh negara kita," katanya.



Printable Version | Email to a Friend

Agenda Daily: Real News For New People


 
 

Copyright © 2004-2009 Agenda Daily Dot Com.
While we make every effort to ensure the accuracy and completeness of the information contained in AgendaDaily,
no representation expressed or implied is made in respect of the said information.
This site is developed and maintained by Agenda Daily Dot Com.

Powered by tmsPUBLISHER-e.