23Mei2017

Ziyad Zolkefli gembira bakal timbang cahaya mata

Siapa tidak teruja bila disahkan bakal menimang cahaya mata yang diibaratkan sebagai penyeri dan pelengkap perkahwinan bersama insan yang dicintai.

Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya, Zafirah Md Nasir pada 11 November tahun lalu turut berkongsi kegembiraan itu.

Menurut pemenang pingat emas acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil tahun lalu, dia berasa teruja dan pada masa sama gemuruh menanti kehadiran anak sulungnya yang dijangka lahir pada Ogos ini.

"Sudah tentu setiap insan bila dah kahwin nak mempunyai zuriat sendiri. Ada satu keterujaan kerana ia satu anugerah terindah bagi saya.

"Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan dan doakan yang terbaik untuk saya dan isteri," katanya.

Ditanya mengenai jantina bayi yang akan dilahirkan nanti, Ziyad berkata berdasarkan imbasan baru-baru ini, doktor beritahu berkemungkinan besar jantina kandungan adalah perempuan.

Namun kata Ziyad, dia tidak kisah mengenai jantina zuriatnya kerana apa yang paling penting adalah anak yang dilahirkan nanti sihat.

"Saya terima sahaja sama ada bayi lelaki atau perempuan. Bagi saya cukuplah isteri saya selamat dan anak yang dilahirkan nanti sihat dan sempurna," katanya.

Pada masa sama, Ziyad turut bersyukur kerana proses kehamilan isterinya berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah sekarang dah masuk 6 bulan, tiada alahan yang teruk. Semua senang...
dipermudahkan, tak ada masalah," katanya.

Mengenai persiapan menyambut kelahiran anak sulungnya itu, Ziyad berkata dia sudah membeli beberapa barang keperluan bayi.

"Barang-barang keperluan bayi ada yang sudah dibeli. Saya mahu memudahkan persediaan isteri kerana saya akan pergi ke luar negara hujung bulan ini," katanya.

Ziyad turut memberitahu belum berkesempatan untuk menghadiri kursus penjagaan bayi sebagai persediaan menimang cahaya mata sulungnya tidak lama lagi.

Katanya, kekangan masa kerana sibuk menjalani latihan untuk melayakkan diri ke Sukan SEA, Ogos ini menyebabkan dia terpaksa menangguhkan hasrat tersebut.

"Belum lagi pergi kelas bayi sebab tak ada masa, saya nak pegang telefon bimbit pun tak ada masa," katanya.-18/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 669  tetamu dalam talian