27Mac2017

Zairil komen mengenai penamatan kontrak Ashley Westwood

Susulan prestasi hambar skuad Harimau Kumbang dalam saingan Liga Super musim ini, kontrak Ketua Jurulatih Pulau Pinang, Ashley Westwood ditamatkan serta merta oleh Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP).

Presiden FAP, Zairil Khir Johari berkata Westwood telah mencapai kata sepakat untuk menamatkan kontraknya selepas bekas pemain Manchester United itu dilantik untuk tempoh dua tahun mulai Januari lepas.

"Saya bagi pihak FAP merakamkan penghargaan atas khidmat dan usaha beliau selama berada dengan pasukan Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan.

Justeru, katanya, FAP telah melantik pembantu ketua jurulatih, Darren Read, bagi memangku jawatan itu buat sementara waktu sehingga pelantikan ketua jurulatih baharu diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam saingan musim ini, Pulau Pinang kini menduduki tangga tercorot Liga Super 2017 selepas lapan perlawanan tanpa menang dengan hanya mengumpul dua mata.

Mencatatkan dua keputusan seri dengan Malacca United dan PKNS dan enam tewas menyaksikan Pulau Pinang muncul pasukan tunggal dalam Liga Super musim ini yang masih belum mencatatkan sebarang kemenangan.

Di bawah bimbingan Westwood, skuad harimau kumbang hanya berjaya mencatatkan satu kemenangan setakat ini iaitu menewaskan MPKB-BRI U-Bes 1-0 pada saingan Piala FA, Februari lepas.

Pulau Pinang juga telah tercicir dari saingan Piala FA 2017 selepas tewas 4-1 kepada Negeri Sembilan pada pusingan ketiga, 11 Mac lalu.-20/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 944  tetamu dalam talian