21November2017

Yakin Raja Pecut Asean milik Khairul Hafiz

Bekas pelari pecut negara Nazmizan Muhammad tetap yakin Khairul Hafiz Jantan mampu menghadirkan pingat emas pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) bulan depan menerusi acara pecut 100 meter sekali gus menamatkan kemarau emas yang kali terakhir dimenanginya pada 2003 di Hanoi.

Meskipun Khairul gagal memenuhi sasaran untuk memenangi pingat menerusi acara itu pada Kejohanan Olahraga Asia di Bhubaneswar, India yang berakhir kelmarin kerana melakukan kesalahan di permulaan, Nazmizan percaya Khairul akan menebus kesilapan itu di KL2017.

“Ketika ini dia pelari paling pantas di Asia Tenggara dan catatan Khairul sepanjang tahun ini juga sentiasa konsisten.

“Jadi bagi saya dia tidak perlu risau dengan cabaran pesaing lain, sebaliknya pesaingnya perlu memberi tumpuan lebih kepadanya.

“Saya yakin dia mahu dan akan mencapai prestasi terbaik pada Sukan SEA kerana itu adalah sasaran utamanya tahun ini,” ujarnya.

Jelas Nazmizan, untuk merealisasikan impian itu, Khairul perlu memberi tumpuan yang lebih dalam acara 100m berbanding acara lain.

“Dia bukan seperti juara dunia Usain Bolt yang mampu meraih prestasi konsisten dalam banyak acara.

“Lagi pun dia masih muda dan ini penampilan pertamanya di Sukan SEA. Bagi saya, lebih baik dia memberikan fokus yang lebih kepada acara 100m dan mungkin juga 4x100m.

“Bagi acara 200m mungkin dia boleh mencuba sebaik mungkin,” tegasnya.

Nazmizan adalah pelumba terakhir negara memenangi acara riben biru itu pada temasya dwitahunan Asia Tenggara itu di Hanoi dengan catatan 10.48 saat.-11/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 556  tetamu dalam talian