19Julai2018

Tunku Imran bertegas mahu berundur sebagai Presiden MOM

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar akan tetap berpegang pada keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatannya itu yang telah dipegang hampir 20 tahun, apabila penggalnya tamat.

Beliau berkata sudah tiba masanya untuk beliau memberi laluan kepada orang lebih muda untuk menerajui MOM selepas berkhidmat untuk badan itu sejak sekian lama.

"Saya beritahu diri saya bahawa apabila saya mencapai umur 70 tahun pada tahun depan, saya akan bersara daripada MOM dan memberi peluang kepada calom lebih muda untuk menerajui MOM untuk menjadi organisasi yang lebih berdaya maju.

"Tahun depan merupakan tahun ke-20 saya menerajui MOM dan saya gembira dengan apa yang kami capai setakat ini dan saya akan menyerahkan kepada anggota gabungan MOM untuk memutuskan siapa yang akan menjadi Presiden MOM akan datang," kata Tunku Imran yang juga pengerusi SportExcel.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima penajaan bernilai RM90,000 daripada Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran AmBank Syed Anuar Syed Ali untuk Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa Kumpulan AmBank-SportExcel Ke-12, Rabu.

Semalam, Tunku Imran dipetik sebagai berkata MOM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada Jun 2018 untuk memilih barisan baharu pemegang jawatan bagi penggal 2018-2020.

Sementara itu, kejohanan golf tahunan itu akan diadakan di Glenmarie Golf and Country Club, di sini dari 4-7 Dis yang menyaksikan penyertaan 110 pemain golf remaja termasuk 60 pemain golf tempatan, mewakili sembilan negara.

Selain Malaysia, pemain adalah daripada Thailand, India, China, Taiwan, Korea Selatan, Australia, Filipina dan Indonesia.

Enam kategori dipertandingkan dalam kejohanan itu - Lelaki dan Perempuan A (15-18 tahun), Lelaki dan Perempuan B (13-14 tahun), dan Lelaki dan Perempuan C (10-12 tahun).

Pemain yang mencatatkan mata keseluruhan terbaik bagi blue tee (lelaki) dan white tee (perempuan) akan menerima penajaan selama setahun di Hills Golf Academy di Gold Coast, Australia pada tahun depan.

Di samping itu, empat pemain akan ditawarkan biasiswa selama sebulan di akademi golf terkemuka itu.-16/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 663  tetamu dalam talian