26April2018

Tumpuan acara badminton... Malaysia lwn India

Harapan untuk menambah koleksi pingat emas terarah kepada acara badminton hari ini, apabila skuad negara berdepan India dalam acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel 2018.

Skuad badminton negara, diketuai Datuk Lee Chong Wei, tidak menghadapi masalah apabila dengan mudah mengewaskan England 3-0 dalam saingan separuh akhir manakala India mengalahkan Singapura 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Bagaimanapun, sebutir emas telah terlepas daripada genggaman apabila Datuk Nicol David gagal mara ke final acara skuasy perseorangan wanita selepas tunduk 3-1 kepada pemain pilihan keempat Joelle King dari New Zealand dalam perlawanan separuh akhir.

Turut gagal ke final, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan yang terkandas di separuh akhir apabila tunduk kepada pemain England, James Willstrop 0-3.

Nicol dan Mohd Nafiizwan masing-masing akan berentap bagi merebut pingat gangsa.

Dalam pada itu, skuad berbasikal terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas acara itu melabuhkan tirainya hari ini.

Acara menembak yang membuka gelanggang hari ini menyaksikan dua penembak negara gagal menyerlah dalam acara 10m Air Pistol dan 10m Air Rifle.

Bibiana Ng sekadar menamatkan saingan di tempat ke-11 dalam acara 10m Air Pistol wanita manakala Muhammad Ezuan Nasir Khan terlepas peluang ke final dengan hanya perbezaan 0.5 mata dalam acara 10m Air Rifle lelaki.

Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan juga gagal menyerlah apabila menamatkan perlumbaan 100m di tempat keempat dalam saringan kesembilan sekali gus gagal ke peringkat separuh akhir manakala Zaidatul Husniah Zulkifli pula menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh di separuh akhir.

Esok, selain acara badminton, kontinjen negara meneruskan usaha memburu pingat dalam acara seperti menembak dengan menyaksikan penampilan Johnathan Wong dan Nur Suryani Mohd Taibi, olahraga, angkat berat, boling padang, hoki wanita dan renang.

Malaysia kini mengumpul dua emas dan satu gangsa daripada acara angkat berat.-9/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1071  tetamu dalam talian