18Februari2018

TSAM Army ditubuhkan sasar latih 600 pemain

Sebuah akademi bola sepak yang dinamakan Tan Sri Annuar Musa Al Hamra Red One Academy (TSAM Army) akan ditubuhkan bagi melahirkan seramai mungkin pemain bola profesional di negara ini.

Annuar yang bertindak sebagai Presiden Army berkata, TSAM Army akademik yang akan dilancar 17 Februari nanti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chengal, akan memiliki 30 jurulatih dan empat daripadanya dari Crotia dan Jepun.

Katanya, akademi itu akan menampung seramai 600 pemain berusia sembilan hingga 16 tahun.

"500 daripada jumlah itu untuk kanak-kanak berusia sembilan hingga 12 dan 100 untuk yang berumur 13 hingga 16 tahun.

"Akademi ini juga bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Majlis Sukan Negara (MSN) Kelantan kerana kita menggunakan SMK Chengal dan Kadok serta 10 Sekolah Kebangsaan di daerah ini, Bachok dan Machang," katanya pada sidang media di Majlis Pengisytiharan TSAM Army, di Kota Bharu pada Isnin.

Mengulas kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan yang menafikan bekerjasama dengan TSAM Army, Annuar berkata akademi itu bernaung di bawah KAFA.

"KAFA adalah badan induk menguruskan aktiviti bola sepak di negeri ini dan TSAM Army wajib bekerjasama.

"Sebagai contoh daripada segi pelesenan jurulatih, jika KAFA ada program kejurulatihan, kita akan hantar mereka sertai program terbabit kerana mahukan jurulatih yang benar-benar layak," katanya.-6/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 536  tetamu dalam talian