17Januari2018

TMJ bayang nak lepas jawatan Presiden FAM

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah bayangan sudah bersedia untuk melepaskan jawatan tersebut dalam tempoh dua tahun selepas misi peribadi baginda tercapai.

Perkara tersebut dijelaskan menerusi satu rakaman video berdurasi 4:17 minit yang dipaparkan oleh laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers pada Rabu.

Titah baginda, tiada azam khusus yang diletakkan selaku Presiden FAM tetapi baginda berhasrat untuk membantu pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) untuk memperoleh dana sampingan bagi memastikan persaingan sihat boleh berlaku.

“Saya ialah presiden yang akan cuba mencari duit untuk pasukan supaya dapat bertanding tanpa bebanan, betulkan struktur dan cuba buat yang terbaik untuk pasukan kebangsaan.

“Selepas itu saya mengharapkan ada satu presiden baharu, Superman jadi Presiden FAM kerana saya tidak (akan kekal) lama.

“Saya akan lepaskan jawatan sebagai Presiden FAM mungkin pada 2018 atau 2019. Ia bergantung (keadaan) tetapi lebih cepat lebih baik,” katanya.

Tunku Ismail menerajui pucuk pimpinan bola sepak negara selepas menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53, Mac 2017 selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil keputusan untuk menarik diri.

Beberapa perubahan positif yang telah dibawa oleh Tunku Ismail sepanjang menjadi Presiden FAM adalah mendapatkan penajaan bernilai RM104 juta daripada Ampersand Sports Sdn. Bhd. untuk menaja keseluruhan saingan Liga M.

Selain itu, baginda turut membantu syarikat antarabangsa dari Jepun, Yakult untuk menjadi penaja rasmi FAM tahun lalu.

Sementara itu, antara keputusan kontroversi yang pernah dibuat oleh Tunku Ismail adalah melantik pengendali import, Nelo Vingada selaku ketua jurulatih skuad negara tetapi gagal meraih sebarang kemenangan di pentas antarabangsa sebelum memilih untuk meletak jawatan Disember lepas.-4/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 951  tetamu dalam talian