23Oktober2017

Sultan Sallehuddin rai atlet SUkan SEA, PARA Kedah

Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah bersama Sultanah Maliha binti Tengku Ariff malam Rabu berkenan mencemar duli berangkat hadir meraikan 58 atlet sukan negeri Kedah di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur.

Atlet sukan berasal Kedah itu diraikan di majlis Santapan Malam dan Majlis Penyampaian Ganjaran kepada Atlet – Atlet negeri Kedah yang cemerlang dalam Sukan SEA dan Sukan PARA Asean Kuala Lumpur Tahun 2017.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berucap mengumumkan ganjaran penghargaan kerajaan negeri kepada atlet yang berjaya merangkul pingat emas, perak dan gangsa pada temasya sukan tersebut.

Bagi atlet memperoleh pingat Emas kerajaan negeri Kedah telah memberi sebanyak RM3,000.00 manakala Kumpulan Bina Darul Aman (BDB) pula menyumbang sebanyak RM3,000.00 menjadikan jumlah keseluruhan RM6,000 setiap seorang.

Atlet yang memperoleh pingat Perak menerima RM2,000 dari kerajaan negeri manakala Kumpulan BDB memberi ganjaran RM1,500.00 lagi menjadikan jumlah keselurhannya RM3,500 setiap seorang.

Pemenang pingat Gangsa pula kerajaan negeri  telah bersetuju memberi ganjaran sebanyak RM1,000 dan Kumpulan BDB memberi ganjaran sebanyak RM1,000 dengan jumlah keseluruhan yang diterima adalah sebanyak RM2,000.00 setiap seorang.

Ahmad Bashah juga umumkan kerajaan negeri memberi pengiktirafan kepada para jurulatih yang berasal dari Kedah atas khidmat cemerlang mereka terutamanya dalam membantu para atlet Negeri Kedah dalam Sukan SEA dan juga Sukan PARA Asean Kuala Lumpur 2017 menerima ganjaran yang diterima sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Pada majlis tersebut baginda sultan turut menyampaikan ganjaran tersebut kepada atlet yang merangkul pingat emas.

Berangkat sama di majlis itu Tunku Bendahara  Kedah Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Amarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Kedah Dato’ Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Paduka Haji Bakar bin Din.-11/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 774  tetamu dalam talian