15Disember2018

Sukan tradisional medium pemimpin BN dekati rakyat

Pelbagai medium yang berterusan digunakan oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk mendekati rakyat termasuk golongan muda dengan memberi gambaran program  atau aktiviti yang berjalan bukan bermusim ketika pilihanraya semakin hampir.

Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, beliau turun kelapangan mengadakan karnival sukan rakyat  untuk mendekati mendekati dan menceriakan golongan akar umbi terutama golongan muda.

Menurut Nolee, karnival sukan rakyat itu merupakan acara tahunan yang kebiasaannnya  dilanjurkan pusat khidmatnya namun kali ini  ia ada kelainan dengan mengenengahkan sukan tradisional untuk disertai 500 peserta.

Katanya, ia juga selari dengan matlamat Majlis Kebudayaan Negeri bagi menghidupkan kembali sukan-sukan tradisional rakyat untuk golongan muda.   

``Memang setiap tahun kita adakan program seperti ini cuma pada kali ini, kita memilih PDM (Pusat Daerah Mengundi) Batu 7 untuk kita mengadakan sukan rakyat ini.

“Ia juga selari dengan matlamat kita melalui Majlis Kebudayaan Negeri untuk menghidupkan semula sukan-sukan rakyat tradisional dikalangan anak-anak muda kita,” katanya.

Beliau  berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Sukan Rakyat di Padang Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang Kampar pada Ahad.

Menurut Nolee, memandangkan sukan tradisional ini semakin dilupakan ia perlu dihidupkan kembali diberi pendedahan dan penghayatan kepada generasi muda.

Selain itu katanya,  Pusat Khidmat ADUN Tualang Sekah turut mengadakan program ‘Tanam Anak Benih’ di seluruh kawasan Parlimen Kampar yang melibatkan lebih dari 3,000 pokok buah-buahan.

``Menerusi program ini kita  menggalakan penduduk setempat menanam pokok buah-buahan bagi membantu meningkatkan ekonomi mereka.

``Setiap kampung dan zon itu mempunyai satu jenis pokok sahaja sebagai contoh di Gopeng kita beri pokok durian, Kampung Changkat Baru kita beri pokok buah jambu batu dan buah rambutan di PDM Air Mati,” kata Nolee yang juga  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Negeri.-13/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 341  tetamu dalam talian