21November2017

Saingan empat penjuru ganti Annuar Musa

Saingan empat penjuru bakal berlaku bagi merebut jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) pada kongres pemilihan kali ke-63 persatuan itu, 17 September ini.

Antara nama yang disebut menjadi calon merebut 'kerusi panas' itu ialah Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Datuk Rosmadi Ismail, Pengarah Urusan Chengal Jati Sdn Bhd, Datuk Ir Shaari Hassan serta ahli perniagaan, Bibi Ramjani Ilias Khan.

Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor dalam satu kenyataan media berkata, pencalonan bagi kesemua jawatan tertinggi termasuk ahli eksekutif badan induk itu diperoleh sebaik sahaja tempoh pencalonan berakhir 5 petang, Ahad lalu.

“Bagi jawatan timbalan presiden, seramai empat orang dicalonkan manakala kuota tiga naib presiden tampak sengit dengan pencalonan 13 individu terdiri dalam kalangan tokoh korporat, ahli politik, pegawai tadbir dan sebagainya.

“Begitu juga perebutan jawatan ahli eksekutif Ka turut menyaksikan 30 orang dicalonkan untuk mengisi kekosongan 10 kerusi tersebut,” katanya.

Kongres KAFA bagi memilih jawatan presiden baru untuk penggal 2017-2021 boleh dianggap paling sengit selepas  bekas Presidennya, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan untuk menarik diri.

Semalam, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) menzahirkan sokongan mereka terhadap Datuk Muhammad Nasir Hamzah untuk memegang jawatan Presiden KAFA bagi menggantikan Annuar Musa kerana memiliki riteria tersendiri yang mampu mengetuai badan tersebut.-12/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1296  tetamu dalam talian