23November2017

Safiq Rahim dikecam mencarut di media sosial

Kapten pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim dikecam hebat oleh nitezen apabila video pemain bola sepak itu  yang dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada 'haters' tular di media sosial.

Menerusi sebuah video tersebut, gelagat pemain pertahanan JDT itu ketika menyambut kemenangan pasukannya menjuarai Piala Malaysia pada Ahad malam dianggap keterlaluan bagi sesetengah peminat sukan bola sepak tempatan.

Safiq dipercayai telah melontarkan kata-kata “all the haters are punde*” Gua champion s**l! B***, anak h****m!” yang ditujukan kepada ‘pembenci-pembenci’ JDT ketika beliau bersama pemain-pemain lain berpesta di tepi padang.

Mungkin kerana terlalu teruja, gembira dan bercampur geram, namun kata-kata tersebut tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang pemain profesional.

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers, Safiq tidak memberi sebarang reaksi berhubung rakaman yang viral itu sebaliknya hanya mengulas mengenai kemenangan skuad Harimau Selatan yang menjulang Piala Malaysia.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga JDT termasuk Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan berkata pasukan itu telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama.

“Yang paling penting adalah walau apa sekali pun orang katakan, kita tetap bersatu sebagai sebuah keluarga,” katanya.

Menurut Safiq beliau tidak mahu kejayaan itu berhenti setakat ini sahaja dan berharap musim akan datang pemain JDT akan berjaya mencipta lebih banyak sejarah untuk pasukan itu.

“Saya telah menjulang semua piala di Malaysia namun saya sentiasa dahagakan kejayaan. Saya perlukan lagi kejayaan demi kejayaan untuk kelab dan juga pencapaian secara individu. Saya tidak boleh berhenti setakat ini dan saya perlu tingkatkan lagi prestasi perlawanan saya pada masa akan datang,” katanya.

JDT menewaskan juara bertahan, Kedah dengan 2-0 pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam sekali gus mengakhiri kemarau panjang selama 26 tahun.-6/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 658  tetamu dalam talian