26April2018

Projek Akademi Lee Chong Wei masih dibincangkan

Kerajaan negeri Kedah menafikan pembatalan projek cadangan pembinaan Akademi Badminton Lee Chong Wei di Sungai Petani kerana kini perbincangan dengan pihak swasta untuk melaksanakannya masih diteruskan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, pihaknya telah mengenal pasti sebuah kawasan seluas 20 hektar di Sungai Petani untuk membina akademi itu.

“Kami memang menyediakan tapak dengan keluasan 150 ekar (60 hektar) di Sungai Petani untuk melaksanakan pembinaan Akademi Badminton Lee Chong Wei oleh pihak swasta.

“Dari jumlah tersebut memang ada cadangan tapak seluas 50 ekar (20 hektar) untuk membina litar lumba, 50 ekar lagi bagi pembinaan Akademi Badminton Lee Chong Wei manakala selebihnya disimpan mungkin bagi perancangan masa depan,” katanya.

Menurut Ahmad Bashah, pembinaan akademi badminton tersebut masih dalam perbincangan dengan pihak swasta kerana pelaburan tersebut daripada mereka manakala projek litar lumba dilaksanakan segera kerana mendapat peruntukan kerajaan pusat.

“ Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak memberi RM30 juta dan pembersihan tapak tersebut telah pun disiapkan,” ujarnya.

Pada Julai lalu, Akademik Badminton Lee Chong Wei yang pertama telah dirasmikan di Ipoh oleh pemain badminton nombor satu negara itu.

Menurut Chong Wei, penubuhan akademik itu boleh disifatkan mimpi menjadi kenyataan kerana ia adalah cita-citanya sejak bergelar pemain profesional.

"Pemain yang ada potensi daripada akademi ini, sudah pasti mereka akan ada peluang untuk menyertai skuad kebangsaan. Saya akan bekerjasama dengan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) untuk melahirkan lebih banyak kumpulan bakat baharu.

"Akademi ini juga mempunyai yayasan yang mana mendapat penajaan daripada Old Town White Coffee sebanyak RM1 juta. Yayasan ini akan membantu mana-mana pemain yang layak tetapi kurang berkemampuan," katanya.-15/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 940  tetamu dalam talian