28Jun2017

Pemilihan pucuk pimpinan FAM 25 Mac depan

Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-53 akan diadakan pada 25 Mac 2017.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah pada sidang media selepas tamat Mesyuarat EXCO di Wisma FAM, sebentar tadi.

Afandi berkata, notis berkaitan penganjuran kongres berkenaan yang akan diadakan di hotel PJ Hilton bakal dikeluarkan kepada semua 20 ahli gabungan badan induk bola sepak negara itu dalam masa terdekat.

"Senarai pencalonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya 23 Januari 2017 dan selepas itu calon akan diminta membuat ketetapan sama ada mahu bertanding ataupun tidak.
"Senarai akhir akan dibentangkan kepada EXCO pada 20 Februari bagi menentukan calon yang akan bertanding pada kongres pemilihan nanti," katanya.

Kongres pemilihan adalah bagi memilih barisan kepemimpinan FAM untuk penggal 2017-2021.-7/11/2016


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 652  tetamu dalam talian