19November2017

Pasukan Malaysia bangkit kejutkan Singapura...

Bangkit selepas ketinggalan... Pasukan bolasepak kebangsaan menggembirakan puluhan ribu penyokong di stadium selepas menewaskan pasukan Singapura 2-1 dalam perlawanan bola sepak peringkat kumpulan A Sukan SEA 2017 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Kekalahan kedua Singapura ini bermaksud peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya kelihatan malap.

Dalam perlawanan sebentar tadi, Singapura mendahului melalui gol jaringan Mohd. Amiruldin pada minit ke-38.

Bagaikan tersentak, pasukan Malaysia mula menggandakan serangan pada separuh masa kedua dan berjaya menghasilkan kemenangan menerusi gol-gol jaringan Mohd. Nor Azam Abdul Azim minit ke- 67 dan N. Thanabalan minit ke-73.

Sementara itu, Myanmar mengalahkan Laos 3-1 dalam satu lagi perlawanan kumpulan A.-17/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 706  tetamu dalam talian