26Jun2017

Pasukan kebangsaan perlu rombakan besar-besaran...

Pengendali Harimau Malaya, Nelo Vingada perlu melakukan rombakan selepas skuad negara tewas kepada Lubnan 1-2 aksi Kelayakan Piala Asia, kelmarin.

Jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata,  keputusan itu memberikan petanda beberapa pemain senior dan simpanan tidak menepati kriteria yang diingini selain tidak layak menyarung jersi Harimau Malaya.

Malah, kata Mohd Azraai, pemain tersebut perlu digugurkan dan Vingada perlu mencari pemain baharu yang lebih berkualiti dan mampu bermain dengan baik.

“Saya tak nak lah sebut siapa pemain itu. Tetapi kalau kita tengok aksi semalam (kelmarin) , kita pun tahu siapa yang perlu digugurkan.

“Bagi saya, Vingada telah nampak pemain yang di canang bagus sebelum ini tetapi hanya indah khabar dari rupa. Bila Liga Malaysia bersambung selepas ini, Vingada perlu meluangkan masa mencari pemain yang lebih berkualiti,” katanya.

Katanya, beliau yakin Vingada sudah mempunyai perancangan pemain yang perlu ditukar selepas perlawanan  itu selain tidak menolak beberapa pemain kuda tua juga perlu disingkirkan.

“Ini satu cabaran buat Vingada. Bagi saya beberapa pemain ‘lama’ perlu dibuang kerana sikap serta attitude mereka masih tidak berubah dan masih bermain sambil lewa," katanya.

Mengulas mengenai perlawanan kelmarin, Mohd Azraai mengakui penyakit lama skuad negara masih gagal dikikis apabila melepaskan gol pada minit-minit akhir perlawanan .

“Separuh masa pertama mereka bermain dengan baik tetapi apabila masuk separuh masa kedua semua dah macam ‘heret kaki’. Semua dah tak larat kejar bola.

“Pemain juga banyak hilang bola dan gagal ‘pressing’ lawan dengan betul. Malah gol kemenangan Lubnan itu juga sepatutnya tidak patut berlaku,” katanya.

Pada aksi tersebut, Malaysia gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila ditewaskan Lubnan pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019,  Kumpulan B di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin.-15/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 737  tetamu dalam talian