17Januari2019

Pandelela, Jun Hoong Mara ke final

Selepas meraih pingat emas acara 10m platform berirama semalam, penerjun negara Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg meneruskan prestasi mantap pada pusingan ketiga Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA yang berlangsung di Montreal, Kanada.

Kedua-dua penerjun Malaysia itu mara ke final acara 10m platform individu wanita di Centre sportif du Parc olympique ? Parc olympique de Montr?al pada Sabtu, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org.

Jun Hoong, juara dunia 2017 acara berkenaan, menempah slot tersebut selepas menamatkan cabaran di tempat ketiga dengan mengumpul 340.20 mata dalam saingan separuh akhir ?Flight B', manakala Pandelela Rinong turut menduduki tempat ketiga dalam separuh akhir ?Flight A' setelah mengutip 339.85 mata.

Si Yajie dari China mendahului Flight A selepas mengumpul 365.30 mata, manakala penerjun tuan rumah, Meaghan Benfeito mengungguli Flight B dengan 370.70 mata.

Saingan final akan berlangsung pada 4 petang waktu tempatan, Sabtu (4 pagi waktu Malaysia, Ahad).-30/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 444  tetamu dalam talian