21September2017

Norza ganti Tengku Mahaleel untuk jawatan Presiden BAM ?

Ketika perebutan jawatan Presiden Persa­tuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tumpuan, peralihan pucuk pimpinan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga tidak kurang menariknya.

Selepas dua pemimpin tertinggi BAM, Tan Sri Al Amin Abd. Majid dan Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dikatakan berkira-kira untuk berebut jawatan itu, timbul satu surat yang meng­ingatkan mereka mengenai satu perjanjian awal yang telah dibuat.

Menurut sumber, hari ini semua anggota Majlis BAM mene­rima surat mengingatkan mereka berkenaan gentlemen's agreement antara pemimpin kanan BAM mengenai siapa yang bakal menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff yang berehat daripada memegang jawatan itu sejak Oktober 2015.

Tengku Mahaleel, yang kini berehat berikutan masalah kesihatan, sudah menyatakan pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan baharu BAM pada April ini. Sebelum ini, tempat Tengku Mahaleel dipangku oleh Al Amin yang merupakan Timbalan Pre­siden, jawatan sama yang diduduki Mohamad Norza.

Menurut sumber itu lagi, perjanjian tersebut dipersetujui antara Tengku Mahaleel, Al Amin dan Mohamad Norza serta ‘orang atas’ di Kementerian Belia dan Sukan, di mana perubahan akan dibuat selepas tamat Sukan Olimpik 2016 atau berakhirnya penggal jawatankuasa sedia ada tahun ini.

Sumber itu menambah, mengikut perjanjian tersebut, Al Amin diberi tugas memangku jawatan presiden dan peralihan kuasa diberikan kepada Mohamad Norza dalam pemilihan jawatankuasa baharu tahun ini.

Tengku Mahaleel ketika ditanya mengenai perjanjian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak mahu komen me­ngenai mana-mana individu, cuma saya mahu katakan kita perlu gentleman. Kali ini saya tidak akan bertanding dan menyerahkannya kepada pemimpin baharu...itulah perjanjian gentlemen,” katanya.

Tengku Mahaleel berkata, individu yang layak memegang jawatan itu perlu mempunyai kerjasama baik dengan Institut Sukan Negara (ISN) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya, perkara paling mustahak adalah individu itu perlu memastikan BAM sentiasa ada penambahbaikan dan prestasi pemain pula mengatasi pesaing dari negara lain.-17/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 957  tetamu dalam talian