17Disember2017

Nicol ‘hidup’ kembali setelah 15 bulan tanpa kejayaan…

Masa depan Ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menjadi tandatanya setelah 15 bulan tidak memenangi sebarang kejuaraan besar.

Tandatanya timbul apakah kerana faktor usia yang membuatnya sudah hilang sengat.

Namun Ahad…rakyat Malaysia menerima khabar gembira dari Colombia di Amerika Selatan.

Nicol berjaya menjadi juara Kejohanan Ciudad de Floridablanca di Colombia di negara itu.

Pada final pertandingan itu, bekas pemain nombor satu dunia itu menewaskan pemain Amerika Syarikat  Olivia Blatchford 11-3, 11-4, 11-8.

Ia adalah kejuaraan pertama sejak kali terakhir memenangi Terbuka Hong Kong pada Disember 2015.

Kemenangan ini menamatkan kemarau panjang yang menyelubungi karier Nichol.

“Saya merasa cukup teruja balik untuk memenangi lagi kejuaraan,”katanya.- 12/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 760  tetamu dalam talian