23Jun2017

Nak anjur Suka Komanwel 2022...? Ukur baju di badan sendiri

"Ukur baju di badan sendiri." Itu kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berhubung cadangan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk membida hak penganjuran Sukan Komanwel 2022 yang bakal menelan kos jutaan ringgit.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji terlebih dahulu soal dana yang diperlukan untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2022.

Ini kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA Kuala Lumpur, dari 19 hingga 31 Ogos nanti, yang menelan kos RM550 juta.

Sehubungan itu, kerajaan perlu mengkaji keperluan menganjurkan dua sukan berstatus antarabangsa dalam tempoh lima tahun.

"Menjadi tuan rumah kepada Sukan Komanwel bukanlah perkara yang kecil dan ia memerlukan peruntukan yang besar untuk menampung kos yang tinggi.

"Walaupun tarikh yang dimaksudkan adalah pada 2022, tapi ia bukanlah tarikh yang terlalu jauh ke hadapan.

"Saya perlu kaji terlebih dahulu sama ada cadangan itu realistik atau pun tidak," katanya.

Malaysia pernah menganjurkan Sukan Komanwel 1998 dan meraih tangga keempat keseluruhan dengan memungut 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa.

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menarik semula hak penganjuran Sukan Komanwel 2022 yang sepatutnya milik Durban, Afrika Selatan, ekoran masalah kekurangan dana.

Setakat ini, dua bandaraya England, Birmingham dan Liverpool, menyuarakan hasrat menjadi pengganti, namun tiada bidaan rasmi dibuat. -17/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1110  tetamu dalam talian