23Oktober2017

Khalid Jamlus berminat latih pasukan Perak

Bekas pemain Perak, Khalid Jamlus mengakui berminat untuk menabur bakti dalam barisan kejurulatihan skuad The Bos Gaurus sekiranya mendapat tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Beliau berkata pengalaman beraksi sebagai pemain negeri dan negara sedikit sebanyak boleh membantu Perak menggilap bakat-bakat baharu yang berpotensi untuk diketengahkan dalam kancah bola sepak tempatan.

"Bohonglah kalau saya katakan tak mahu balik ke Perak. Sebagai salah seorang pemain yang pernah menyarung jersi Perak, bangga rasanya kalau dapat kembali menjadi antara sebahagian individu yang membantu melonjakkan lagi mutu bola sepak Perak," katanya.

Pada 6 Okt lalu, Khalid melalui laman Facebooknya menyatakan kesediaan untuk membantu Perak melahirkan pemain-pemain bintang seperti V. Saravanan, M. Nagarajah, Abu Bakar Fadzim dan Syamsul Saad.

Khalid yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama Perak pada 2000, turut menyatakan bahawa keinginan membantu skuad The Bos Gaurus itu juga bersifat peribadi tanpa didorong oleh mana-mana pihak termasuk penyokong.

Mengulas aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Ipoh pada 15 Okt depan, beliau berkata pemain kedua-dua pasukan perlu fokus dengan taktikal yang dirancang jurulatih.

Khalid berkata kelebihan Perak selaku tuan rumah juga harus digunakan sebaiknya dalam mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin untuk aksi separuh akhir kedua pada 21 Okt.

"Bagi saya, pemain kedua-dua pasukan perlu elak daripada membuat kesilapan mudah dan fokus untuk mencari gol awal Kalau berjaya (mendapatkan gol awal), pastinya pasukan berkenaan akan meraih kemenangan," katanya.-9/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 763  tetamu dalam talian