26Julai2017

Khairy menteri pertama jadi atlet Sukan SEA 2017...

Khairy Jamaluddin bakal mencatatkan sejarah sebagai menteri pertama yang jadi atlet untuk kejohanan Sukan SEA.

Rakyat Malaysia berpeluang melihat Khairy beraksi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) pada Ogos depan apabila Menteri Belia dan Sukan itu disahkan lulus ujian doping.

Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) yang mengesahkan perkara tersebut turut berasa lega apabila 400 atlet negara lulus ujian tersebut termasuk mereka yang berstatus kenamaan seperti Khairy.

Khairy dijadual akan terlibat dalam acara sukan polo pada KL2017 nanti.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, jumlah sebenar kontinjen negara yang akan ke KL2017 alan diumumkan pada Jumaat ini selepas tarikh tutup pendaftaran semua 11 negara peserta berakhir pada 1 Julai lalu.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo berkata, sebelum ini Malaysia dijangka akan memghantar jumlah kontinjen terbesar berbanding 10 negara lain hang bertanding.

Ketika ini, Majlis Sukan Negara (MSN) sedang mengemaskini senarai akhir semua negara yang bertanding termasuk dalam kesemua 405 acara.

MOM turut menutup pencalonan untuk membawa bendera kontinjen negara dan antara calon yang menjadi sebutan memikul amanah itu ialah jaguh trek berbasikal, Azizulhasni Awang dan ratu terjun, Pandelela Rinong.-5/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 736  tetamu dalam talian