19September2017

Kelate.net sokong Nasir Hamzah jadi Presiden KAFA

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net) menzahirkan sokongan mereka terhadap Datuk Muhammad Nasir Hamzah untuk memegang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Kriteria tersendiri yang dimiliki Naib Presiden KAFA membuatkan Kelate.Net yakin beliau mampu mengetuai badan tersebut selepas Annuar meletak jawatan pada November lalu.

Presidennya, Mahizi Mahmood berkata, rakyat Kelantan menantikan perubahan dalam kepimpinan KAFA dan Kelate.Net.

"“Selain berpengalaman dalam KAFA, karakter beliau yang senang mendampingi penyokong juga menjadi faktor penting dalam mengembalikan semula sokongan peminat kepada pasukan Kelantan,” katanya.

Sebelum ini antara individu yang menawarkan diri untuk bertanding pada kongres pemilihan itu pada 17 September ini, ialah Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu, Bibi Ramjani Ilias Khan dan Pengerusi Kumpulan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim.

Kelate.Net turut melihat kesediaan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf itu untuk mengambil alih tampuk kepimpinan Kafa juga membuktikan beliau menyahut cabaran semata-mata mahu berkhidmat kepada pembangunan bola sepak negeri ini.

“Memang sesiapa pun yang dilantik presiden akan berdepan tugas berat mengembalikan semula zaman kegemilangan bola sepak Kelantan tetapi kita kena beri peluang kepada beliau dan barisan kepimpinan baru itu nanti,” katanya.

Pada masa sama, pihaknya turut berterima kasih kepada Annuar kerana melakukan transformasi terhadap bola sepak Kelantan dan membuka peluang kepada individu lain untuk memimpin Kafa, pada penggal akan datang.-11/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 775  tetamu dalam talian