27Julai2017

Kelantan salahkan pengadil sebab kalah dengan JDT...

Nampak gayanya telefon pintar Huawei P10 Llite gagal menjadi milik semua pemain The Red Warriors (TRW) kerana tewas 3-2 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke IV, pada malam Rabu.

Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail beranggapan moral pemain merosot menjadi punca pasukannya gagal bangkit dan menyebabkan anak buahnya menjadi hilang fokus dan terpaksa bermain secara bertahan sehingga tamat perlawanan.

"Saya bersyukur dengan perjuangan ditunjukkan pemain, mereka sudah melakukan yang terbaik tetapi mungkin moral mereka jatuh selepas JDT dihadiahkan sepakan penalti.

"Kita juga kehilangan pertahanan kiri, Mohd Qayyum, selepas diarah keluar padang. Selepas itu, kita banyak melakukan kesilapan selain pemain terpaksa bermain secara bertahan," katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Zahasmi juga mengakui, faktor beberapa keputusan pengadil perlawanan juga menyebabkan corak permainan pasukannya berubah kerana pemain cukup kecewa dengan tindakan pegawai perlawanan berkenaan.

Sehubungan itu beliau berharap pihak berkenaan meneliti semula rakaman video yang menyebabkan keputusan pengadil memberi sepakan penalti kepada JDT.

"Walaupun keputusan perlawanan tidak berubah tetapi sekurang-kurangnya dapat memberi pengajaran kepada perlawanan akan datang.

"Ini berikutan ada pihak yang meragui keputusan itu terutamanya penyokong Kelantan apabila pengadil memberi sepakan penalti.

Keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada JDT pada minit ke-29 itu dianggap kontroversi selepas ia didakwa berat sebelah. Jaringan itu sekali gus membolehkan JDT menyamakan kedudukan 2-2.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Pemasaran RedOne Malaysia, Ben Teh menyuntik semangat ahli pasukan TRW untuk memberi telefon pintar keluaran syarikat tersebut kepada semua pemain jika menang perlawanan menentang JDT.-13/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 693  tetamu dalam talian