15Disember2017

Kafa dapat tajaan RM2 juta

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima penajaan RM2 juta sebagai persediaan pasukan Kelantan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata jumlah penajaan itu adalah daripada lima syarikat yang bersetuju menaja pasukan Kelantan musim depan, melibatkan kewangan, pakaian dan logistik.

"Jumlah penajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu kami (KAFA) mencari dana RM12 juta untuk mempersiapkan pasukan musim depan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian dan memorandum persefahaman penaja dan rakan niaga KAFA Ahad.

Bibi Ramjani berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan beberapa lagi syarikat dalam dan luar negara untuk urusan penajaan dan 80 peratus hasil perbincangan menunjukkan keputusan positif kesediaan mereka untuk menjadi penaja.

Sementara itu, beliau berkata KAFA masih mempunyai hutang tertunggak hampir RM8 juta kepada pelbagai pihak sama ada penaja, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bekas pemain pasukan Kelantan.

Dalam pada itu, beliau berkata KAFA bersetuju meminjamkan dua pemain importnya kepada mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat mereka, yang masih mempunyai kontrak bersama KAFA sehingga musim depan.

Dua pemain berkenaan ialah penyerang dari Lubnan Abou Bakr El-Mal dan penyerang dari Senegal Seydi L´Imam.

Bibi Ramjani berkata pihaknya juga sedang mencari calon sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan tersebut.-4/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1159  tetamu dalam talian