21November2017

Kafa cari presiden baharu

Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membuat tawaran terbuka kepada mana-mana individu yang mahu memimpin badan induk itu pada Kongres Agung Tahunan Kali Ke-63 pada pertengahan September ini.

Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Noor berkata, badan tersebut memerlukan individu yang berwibawa untuk mengembalikan semula kegemilangan pasukan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

 "Jadi, saya merayu kepada para penyokong dan peminat serta seluruh rakyat Kelantan yang sayangkan The Red Warriors (TRW) tampil menawarkan diri untuk mengambil alih barisan kepimpinan baharu Kafa nanti.

"Perkara ini selaras dengan peraturan yang telah terkandung dalam perlembagaan Kafa," katanya.

Tanggal 8 November 2016 lalu, Tan Sri Annuar Musa secara rasmi melepaskan jawatannya sebagai Presiden Kafa selepas sedekad memimpin badan induk itu.

Tugas tersebut kemudian dipangku oleh Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah.-14/7/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1346  tetamu dalam talian