16Oktober2018

JMM FC kesal tindakan tak profesional KLFA

Harapan kelab bola sepak Jaringan Melayu Malaysia (JMM) FC untuk beraksi di Liga FAM musim depan tidak kesampaian apabila status permohonan mereka telah ditolak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA).

Melalui penolakan tersebut, JMM menerusi Penasihat Kehormatnya, Datuk Azwanddin Hamzah (kanan sekali) melahirkan rasa kesal terhadap Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustafa kerana gagal memberikan sebarang surat rasmi bagi memaklumkan mengenai status permohonan itu.

Dalam satu kenyataan, Azwanddin memberitahu hanya mengetahui penolakan tersebut daripada beberapa kenyataan akhbar tempatan dengan alasan, JMM gagal memenuhi kriteria untuk beraksi di Liga FAM 2017.

"Kami telah membuat permohonan rasmi melalui surat yang bertarikh 18 November 2016 dan ditujukan khas kepada Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md.Ikhsan melalui email mereka termasuk salinan WhatsApp kepada Nokman.

"Dalam kandungan surat tersebut ada menyebut tentang permohonan serta berminat untuk menyertai Liga FAM musim depan dan bersetuju mengikut semua syarat yang ditetapkan oleh KLFA," katanya.

Tambahnya, tindakan KLFA itu tidak menampakkan sikap profesional mereka sedangkan JMM FC telah mengikut ketetapan yang diberikan oleh KLFA.

"JMM akur dengan bayaran serta yuran yang ditetapkan untuk layak ke Liga FAM. Kami tuurt mempunyai Ultras sendiri untuk mengharungi Liga FAM.

"Kami mempunyai sumber kewangan kukuh melalui penajaan yang telah diumumkan sebelum ini selain memiliki padang sendiri bagi persiapan venue tuan rumah Liga FAM," jelasnya.

JMM FC juga telah menamatkan kempen musimini selaku juara Liga Super KLFA.

Pada Mei lalu, JMMFC berhasrat untuk melakar sejarah sejarah baharu dengan melangkah ke saingan Piala FAM musim depan menerusi sentuhan jurulatih Khairul Anuar Baharum.

Presiden JMM FC, Hamdan Mohd. Salleh berkata, di bawah kendalian Khairul Anuar atau lebih dikenali sebagai Acong, pemain-pemain bermain dengan penuh semangat dan bermati-matian.

“Kami sangat ya­kin JMM FC mampu melangkah ke saingan Piala FAM musim depan. Lagipun pasukan ini dirancang untuk pergi lebih jauh bukan sekadar bermain di Liga Super KLFA.

“Setakat ini, pemain kami terus konsisten dan berdisplin di dalam latihan. Saya amat yakin sebagai pasukan rakyat, kita mampu mencipta sejarah,” katanya..-16/12/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 415  tetamu dalam talian