21November2017

Janji Bibi Ramjani jika dipilih jadi Presiden KAFA...

Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berjanji akan melakukan perubahan besar jika diberi peluang menerajui persatuan - bermula dengan fokus kepada program peringkat akar umbi bagi mencungkil bakat baharu.

Bagi mencapai hasrat itu, Bibi Ramjani menegaskan, sejumlah peruntukan akan diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) bagi program pembangunan bola sepak daerah.

"PBJ adalah penggerak kepada bola sepak di negeri ini dan mereka berfungsi melahirkan bakat baharu yang boleh diserap ke skuad senior bola sepak negeri.

"Lebih ramai bakat baharu dilahirkan, itu lebih bagus kerana ia dapat memacu ke arah meningkatkan prestasi pasukan The Red Warriors (TRW).

"Perkara ini adalah antara misi utama yang saya akan lakukan dengan menyediakan peruntukan kepada setiap PBJ bagi menambah kekuatan pasukan bola sepak negeri daripada peringkat akar umbi," katanya.

Selain itu, beliau juga akan meneruskan usaha KAFA sebelum ini yang melahirkan ramai bakat muda menerusi skuad The President Warriors (TPW) dan The Young Warriors (TYW).

"Saya mengikuti perkembangan skuad ini dan saya dapati pada musim ini, kedua-dua skuad itu berada pada prestasi baik dan perlu dikembangkan lagi dengan beberapa usaha baharu yang saya sudah rancang.

"Sekarang ini pemilihan ada di tangan PBJ dan mereka saja menjadi penentu kepada pemilihan ini... saya berharap mereka (PBJ) membuat pilihan dengan niat mahu melihat KAFA diperbaharui," katanya.

Bibi antara empat calon presiden yang akan ditentukan oleh PBJ pada kongres badan induk itu pada 17 September ini.

Tiga lagi calon ialah Datuk Mohamad Nasir Hamzah, Datuk Rosmadi Ismail dan Pengerusi Chengal Jati Sdn Bhd, Datuk Ir Shaari Hassan.-13/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 508  tetamu dalam talian