25September2018

Givi Asia taja topi kaledar untuk LTdL 2018...

Pengeluar jenama akesesori motorsikal terkemuka dunia, Givi Asia Sdn Bhd dilantik secara rasmi sebagai penaja rasmi topi keledar untuk pasukan pengiring Polis Diraja Malaysia, pasukan Marshall dan Media bermotorsikal di acara perlumbaan basikal Asia terkemuka dunia, edisi ke-23 Le Tour de Langkawi 2018 (LTdL 2018).

Acara perlumbaan tersebut yang dianjurkan oleh Ciclista Sports dan di sokong penuh oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia akan
bermula dari 18 hingga 25 Mac 2018 ini.

GIVI selaku penaja rasmi topi keledar pasukan tersebut akan menyumbang model popular mereka M30.3 D-Visor.

Dihasilkan menggunakan buatan asas ‘technopolymer’ beserta ‘inner lining sponge’ tebal, model ini diharap dapat member keselesaan dan keselamatan bagi pihak polis, marshall dan media di dalam menjalankan tugas penting mereka.

 Pengarah Urusan GIVI Asia On Hai Swee berkata, ini adalah penglibatan yang julung kali ini disertai oleh pihaknya.

“Ini merupakan julung kalinya, GIVI dilantik sebagai penaja rasmi topi keledar untuk pasukan pengiring bermotorsikal dalam acara perlumbaan berbasikal terkemuka ini. Keselesaan dan keselamatan sentiasa menjadi aspek penting bagi GIVI yang sudah beroperasi lebih 40 tahun," katanya.

Selain Givi,  LTdL 2018 turut menerima suntikan penajaan daripada  NUR Power Groups, Kerajaan Negeri Terengganu, Spritzer, dan Thule South East Asia Sdn Bhd.-13/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 643  tetamu dalam talian