25April2017

Ganjaran bukan matlamat saya - Azizulhasni

"Ganjaran bukan matlamat utama saya". Itu yang diucapkan oleh juara dunia lumba basikal acara keirin, Mohd Azizulhasni Awang selepas menerima ganjaran RM200, 000 daripada kerajaan Negeri Terengganu di atas kejayaan yang dikecapinya.

"The Pocket Rocketman" itu berkata kejayaan yang dikecapinya selepas menunggu selama 10 tahun adalah untuk pencapaian peribadi di samping menaikkan nama negara dan juga negeri kelahirannya, Terengganu di peringkat antarabangsa.

Beliau turut berharap kejayaan yang diraihnya mampu menjadi motivasi kepada atlet lain dalam usaha mencapai kejayaan yans sama dengannya.

"Dari awal lagi saya memang telah berdikari dan saya memegang kata-kata ini, "if you go after performance money will come to you" (Jika anda menunjukkan prestasi yang cemerlang, ganjaran pasti datang)...saya buat ini bukan untuk ganjaran.

"Saya juga terkejut dengan ganjaran besar daripada kerajaan negeri, saya tidak menjangkakan semua ini. Terima kasih kerajaan negeri. Saya berharap kejayaan ini dapat menyuntik semangat kepada atlet yang lain bagi sama-sama mencipta sejarah di peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Kerajaan Terengganu memberi ganjaran RM200,000 atas kejayaan Azizulhasni iaitu melibatkan wang tunai RM100,000, manakala RM100,000 lagi adalah bagi membiayai latihan Azizulhasni di dalam atau luar negara.

Dalam majlis meraikan kejayaannya, turut dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serta barisan kepimpinan negeri dan kira-kira 2,000 rakyat negeri Terengganu.

Pada Khamis lalu, Mohd Azizulhasni berjaya meraih kejuaraan selepas memecut pada pusingan terakhir meninggalkan peserta Colombia, Fabian Puerta dan Republik Czech, Tomas Babek.

Jersi pelangi dengan warna asas putih serta lima jalur mendatar berwarna hijau, kuning, hitam, merah dan biru di bahagian dada adalah jersi yang dihadiahkan kepada juara dunia, yang boleh dipakai dalam perlumbaan di sepanjang tahun oleh pemiliknya.-20/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 987  tetamu dalam talian