17Januari2018

EPL di RTM: Khairy bidas janji 'pemborosan' wang rakyat

Janji pakatan pembangkang untuk memberikan hak penyiaran bola sepak luar negara kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekiranya mereka menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang dibidas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ia merupakan janji baharu pemuda Pakatan Harapan (PH) untuk memikat hati golongan muda.

“Mereka berjanji perlawanan bola sepak Liga Inggeris dan Sepanyol akan disiarkan secara langsung oleh RTM. Saya ada bertanya kepada rakan saya di stesen tv berapakah kosnya untuk menyiarkan perlawanan secara langsung, dan hak penyiaranan ini melalui proses bidaan… setiap tahun bidaan mencecah ratusan juta ringgit, mungkin lebih daripada RM100 juta.

“Kalau diberikan kepada RTM, siapa yang akan bayar? Akhirnya menggunakan wang rakyat. Katakanlah nak bersiaran kena bayar RM200 juta, takkan nak belanja begitu sahaja?” katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Jelebu semalam.

Turut hadir, Pengerusi BN Jelebu Datuk Jalaluddin Alias, timbalan pengerusi Baharudin Jali, pemimpin parti komponen BN Jelebu dan 6,000 ahli BN Jelebu.

Pemuda PH pada konvensyennya semalam menjanjikan siaran perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk Liga Perdana Inggeris di RTM, jika pembangkang memperoleh mandat mentadbir negara selepas PRU14 nanti.

Menyifatkan janji itu tidak masuk akal dan bertanggungjawab, Khairy yang juga ketua Pemuda BN dan Umno berkata adalah lebih baik duit yang hendak digunakan untuk membuat siaran langsung perlawanan bola sepak itu digunakan membina kompleks sukan di seluruh negara bagi manfaat rakyat keseluruhan.

Khairy dalam pada majlis itu turut mengumumkan pembinaan sebuah kompleks sukan baharu.

“Kita akan tenderkan kerja ini secepat mungkin dan kalau dapat kita tender dalam masa terdekat, 18 bulan boleh siap.

“Ia akan dibina dengan kos sebanyak RM8 juta,” katanya.

Kompleks sukan itu adalah permintaan daripada Jalaluddin yang menurutnya merupakan permintaan daripada golongan muda di Jelebu.-8/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 820  tetamu dalam talian