21September2017

Dr Jegathesan cabar atlet muda pecahkan rekodnya

49 tahun rekod acara 200 meter dipegang oleh orang yang sama iaitu lagenda atlet olahraga Malaysia Tan Sri Dr. M. Jegathesan.

Rekod 20.92 saat (s) yang dilakukannya pada Sukan Olimpik 1968 di Mexico.

Bekas jaguh pecut yang terkenal dengan gelaran The Flying Doctor itu menjelaskan, KL2017 merupakan pentas terbaik buat atlet pecut negara meleburkan catatan 20.92s itu, sekali gus menghadiahkan pingat emas buat kontinjen negara.

“Saya mahu lihat rekod acara 200m yang sudah bertahan terlalu lama itu diperbaharui. Bagi saya Sukan SEA Kuala Lumpur adalah medan terbaik buat atlet pecut negara melakukannya dan ia ibarat mimpi menjadi kenyataan jika rekod tersebut dapat diperbaharui pada nanti ini,” kata Dr. Jegathesan.

Menurutnya, apa yang penting sekarang adalah atlet negara perlu memiliki pemikiran sebagai seorang juara serta melengkapkan diri dengan keyakinan bahawa dia adalah seorang jaguh.

Menurutnya, dia mahu melihat atlet pecut Malaysia kembali menguasai acara tersebut di pentas Sukan SEA.

Selepas era Dr. Jegathesan, Malaysia turut memiliki pelari 200m serba boleh tetapi masih gagal mengatasi catatan masa 20.92s.

Antara nama-nama besar dalam acara tersebut ialah Datuk Rabuan Pit yang memiliki catatan masa terbaik 21.25s yang dilakukan pada Sukan Asia 1982 di New Delhi, India; Ramli Ahmad (21.92s Sukan Olimpik Montreal, Kanada); Watson Nyambek (21.37s Terbuka Afrika Selatan 2000).

Paling hampir untuk mengatasi rekod tersebut ialah Azmi Ibrahim yang melakukan catatan masa 20.97 saat pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2001.

Generasi baharu yang bakal menyinar terdiri daripada Khairul Hafiz Jantan (21.01s); G. Aravin Thevar (21.04s); Jonathan Nyepa (21-18s) serta Badrul Hisyam Abd, Manap (21.24s)

Kali terakhir atlet pecut negara meraih pingat emas acara 200m pada Sukan SEA ialah menerusi Nazmizan Muhammad pada 2003 di Hanoi, Vietnam.

Ketika itu, Nazmizan turut meraih emas acara 100m.-13/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 848  tetamu dalam talian