18Januari2019

Contohi semangat juang Chong Wei

Golongan muda di negara ini diseru mencontohi semangat juang tinggi pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei yang tidak pernah menyerah kalah untuk mencapai kejayaan.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata walaupun kadangkala berhadapan dengan lawan yang hebat, namun semangat tidak putus ada yang ada pada pemain itu membolehkan beliau meraih banyak kejayaan mengharumkan nama negara.

"Semangat tidak mudah mengaku kalah dan berungguh-sungguh ini perlu dijadikan pembakar semangat anak-anak muda untuk terus berjaya dan mencapai cita-cita mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Dewan Orang Ramai Simpang Pelangai Bentong pada program perlawanan badminton persahabatan antara Chong Wei bersama penduduk kampung di situ.

Turut serta menunjukkan 'kehebatan' bermain badminton ialah Liow, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tony Fernandes.

Sebelum itu, kehadiran pemain daripada Pulau Pinang itu disambut meriah oleh penduduk kampung yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan jaguh badminton dunia itu.-3/5/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 491  tetamu dalam talian