15Disember2017

Chong Wei juara Terbuka Hong Kong...

Setelah lapan bulan berlalu…pada Ahad Datuk Lee Chong Wei bawa gembira bagi peminat badminton negara.

Beliau muncul juara Terbuka Hong Kong setelah menewaskan Chen Long dari China.

Ia mengakhiri episod kemarau lapan bulan tanpa gelaran.

Pemain berusia 35 tahun itu menamatkan penantian juara sejak All-England Mac lalu selepas mengalahkan Chen Long 21-14, 21-19 dalam masa 46 minit di Hong Kong Coliseum untuk merangkul gelaran kelima kejohanan itu selepas 2009, 2010, 2013 dan 2015.

Kemenangan itu juga adalah kali ke-14 ke atas Chen Long dalam 27 rekod pertemuan dengan bekas juara dunia itu sejak 2009 dan pertemuan pertama tahun ini selepas Sukan Olimpik Rio 2016.

Di Sukan Olimpik Rio, Chen Long menafikan Chong Wei pingat emas pertamanya dalam temasya sukan itu apabila mengalahkan bekas pemain nombor satu dunia itu 21-18, 21-18 di pentas final.

Kejayaan pada Terbuka Hong Kong adalah kejuaraan kedua buat Chong Wei selepas All-England.- 26/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1164  tetamu dalam talian