19November2017

Azizul gagal ke final Piala Dunia

Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang menamatkan saingan acara keirin pada kedudukan ke-10 selepas gagal mara ke final di siri kedua Piala Dunia, Manchester, sebentar tadi.

Ia menyebabkan dia terpaksa beraksi pada perlumbaan penentuan kedudukan tujuh hingga ke-12 dan The Pocketrocketman menjadi pelumba keempat melintasi garisan penamat.

Terdahulu dia gagal menempatkan diri dalam kalangan tiga pelumba terbaik pada pusingan kedua apabila menamatkan saingan pada kedudukan terakhir sekali gus terlepas tiket ke final.

Bagaimanapun ia boleh dianggap pencapaian yang membanggakan selepas pelumba CIMB Pro Cycling Team itu terseliuh buku lali kiri semasa siri pertama Piala Dunia di Poland minggu lalu yang secara tidak langsung ia menggangu prestasi juara keirin dunia kelahiran Terengganu berkenaan.

Pelumba Sime Darby Foundation, Shah Firdaus Sahrom terkandas pada pusingan pertama repechage apabila gagal menjuarai saringan ketiga.

Manakala Mohd Fadhil Zonis yang tampil buat kali pertama di pentas Piala Dunia gagal meraih tiket ke pentas final dalam acara satu kilometer ujian masa apabila melakukan catatan satu minit 04.193s pada pusingan kelayakan untuk berada pada kedudukan ke-18.

Rakan sepasukannya, Farina Shawati Mohd Adnan pula mencatatkan 11.807s dalam acara pecut individu namun turut gagal menempatkan diri dalam kalangan 28 pelumba yang mara ke pusingan kalah mati.-13/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 485  tetamu dalam talian