24Ogos2017

Ayuh bangkit bersama, sokong atlet kita - Salleh

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyeru semua rakyat Malaysia agar bangkit bersama dan menyokong atlet tempatan yang akan bertanding dalam temasya Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 nanti.
 
Salleh berkata tahun 2017 menandakan satu kejayaan penting dalam sejarah Malaysia apabila kedua-dua sukan itu diadakan bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-60 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 Sept.
 
"Kali terakhir kita menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah pada 2001 dan kita muncul sebagai juara keseluruhan dengan 111 pingat emas. Kini, setelah 16 tahun, negara kita sekali lagi menjadi hos kepada acara sukan terbesar di Asia Tenggara.
 
"Dengan semangat Merdeka, marilah kita 'Bangkit Bersama' dan menyokong wira atlet sukan tempatan yang akan memberikan yang terbaik ketika mewakili negara," katanya dalam catatan terbaru dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my bertajuk "Rising Together in Unity" Ahad.
 
Sukan SEA ke-29 akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini manakala Sukan Para ASEAN membuka tirai dari 17 hingga 23 Sept. Ini merupakan kali keenam Malaysia menganjurkan Sukan SEA dwitahunan itu.
 
Kedua-dua temasya sukan itu juga pertama kali diadakan selepas penggubalan Komuniti ASEAN semasa Malaysia menjadi pengerusi pada 2015.
 
Berkongsi keterujaan beliau untuk kedua-dua sukan itu, Salleh yakin bahawa rakyat Malaysia yang patriotik akan sekali lagi dapat mengetepikan perbezaan mereka bagi meraikan dan bersorak untuk kontinjen negara.
 
Beliau berkata sukan Malaysia memperlihatkan prestasi turun naiknya, tetapi keseronokan dan kegembiraannya tidak pernah hilang.
 
"Tahniah kepada semua jurulatih dan atlet negara yang berdedikasi dan telah bekerja keras serta banyak berkorban untuk sampai ke tahap sekarang.
 
"Kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita bersatu dan bangkit bersama semasa peristiwa penting ini," tambahnya.- 13/8/2017
 
 

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 860  tetamu dalam talian