16Januari2018

Zunar...siapa agaknya yang jadi kartun?

Dengar cerita dalam Pakatan bukan susah sangat untuk menjadi orang yang popular.Syarat utama kena extra berani tunjuk terror masok keluar lokap dan gasak kerajaan sesedap rasa.

Muka-muka kaki langgar tembok ini selalu dilihat menjadi 'stuntman' dalam apa saja aktiviti lawan kerajaan.

Cuma dalam bab ini kita kena tabik sikit kepada Zulkiflee Anwar Ulhaque pelukis kartun yang guna nama pena Zunar itu.

Ini kerana dia sudah mencipta rekod tersendiri.

Steady bro...sembilan pertuduhan serentak dibawah Akta Hasutan kawan kita ini kena di di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat.

Budak-budak Pakatan tolong jangan lupa maklumkan segera kepada penyelia Malaysia Book of Records agar nama Zunar dicatat dalam kategori itu.

Juga selak Guiness Book of World Record kalau-kalau belum ada lagi pemegang rekod sehebat Zunar dalam dunia ini.

Wow...kira punya kira jika disabitkan kesalahan hukuman terkumpul sang kartunis yang garang ini boleh kena penjara maksimum 43 tahun.

Hebat Zunar,kalau Tian Chua setakat berani baring depan trak FRU zaman reformasi 1998...dia sudah main lagi atas persenda dan cerca maruah hakim dan badan kehakiman macam negara ini tidak ada undang-undang.

Ingatkan dia setakat ada bakat jadi badut tua beraksi depan mahkamah tempoh hari menyindir hakim rasuah di khalayak ramai.

Ibarat Rambo Malaysia,twitternya diguna untuk tembak bertalu-talu hakim dengan perkataan barua dan terima habuan segala macam.

Ini semua gara-gara konon nak tunjuk marah sangat bos besar Datuk Seri Anwar Ibrahim kena berehat di dalam lima tahun.

Sayang sikit,aksinya itu tentu cukup bermakna jika bosnya kena penjara kerana berjuang menentang aparthied ke...macam mendiang Nelson Mandela.

Ini kawan itu bersalah meliwat - satu perbuatan yang keji dari segenap segi.

Bak kata, orang lain sedap menyondol...Zunar nak jadi 'tukang cuci jamban'.

Bukanlah Zunar seorang yang susah payah nak 'mengsucikan' satu kemungkaran.Jangan lupa ada lain yang hobi mereka setiap Sabtu terpekik terlolong di depan Sogo.

Liwat tetap liwat...bab itu sudah terbukti di mahkamah.

Apakah Zunar fikir dengan menghina badan kehakiman dia boleh mengubah fakta kes?

Semua orang tahu budak-budak Pakatan cuba mempengaruhi satu dunia dakwa ini bos mereka jadi mangsa konspirasi politik.

Mungkin dalam khayalan mereka segalanya 'it look like me...but it not me'.

Zunar patut mencari ilham untuk melakar kartun dari watak seorang lelaki menyental seorang China Doll yang hangat tersebar dalam satu klip video satu ketika dulu.

Siasatan pakar dapati video itu 99 peratus tulin.

Jawapan standard yang kita dengar berkumandang cuma penafian kosong.

Lawak memang lawak.Kecut habis budak-budak Pakatan.Tidak ada yang berani bersuara dan buat demo desak korek habis-habisan untuk kepastian.

Bayangkan kalau ia melibatkan orang kerajaan boleh gerenti ramai yang akan berguling-guling atas jalan di serata ceruk negara desak suruhanjaya itu ini ditubuhkan untuk siasat sampai ke lubang cacing siapa orang itu.

Siapa tahu mungkin jiwa kartun dalam dirinya mendorong Zunar merasa pelakon lelaki utama dalam video itu adalah Doremon manakala pelakon wanita ialah Nobita.

Apapun kini kes Zunar hina hakim sudah sampai mahkamah.Jawabnya sendiri bikin sendiri tanggunglah.

Ini bab langgar undang-undang dan bukannya kartun yang boleh dilakarkan sesuka hati.

Aksinya cuba nak control macho posing dengan gari segala macam di luar mahkamah tidak akan dapat mengaburi bahawa ini adalah satu kes yang amat serius.

Sebagai jaguh Zunar tidak perlu gusar nak berdepan apa juga hukuman.

Bab itu terserahlah kepada mahkamah dan kebijaksanaan hakim untuk menentukan samaada dia bersalah atau tidak.

Juga tak perlulah nak merungut salahkan pihak polis yang perlu kuatkuasa undang-undang ataupun mahkamah yang bicarakannya.

Penghinaan melampau Zunar terhadap hakim adalah fakta bukan auta.

Ibarat kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Jumaat pasal kes kartunis ini "You ask for it, you will get it." - 4/4/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 709  tetamu dalam talian