16Januari2018

Apa di sebalik tirai tiba-tiba keluarga Anwar mohon pengampunan...?

Biar betul...itu antara reaksi popular setelah tersebarnya kejutan petang Selasa keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim serah surat mohon pengampunan kes liwatnya di Istana Negara.

Siapa yang tidak terkejut.Ini kerana semua orang telah melalui drama sejak 10 Februari mati-mati ingatkan Ketua Umum PKR yang dihukum penjara lima tahun bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan tidak sekali-kali akan mohon pengampunan.

Lagipun baru semalam,Isnin Setiausaha Agung PKR,Rafizi Ramli kata Anwar tidak akan mohon pengampunan.

Kalau ada sesiapa yang terasa ini mimpi,tolong beritahu ini kisah pelik tapi benar.

Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersama anak-anaknya serah surat permohonan itu last minute kepada pegawai Istana Negara pada jam 3.30 petang.

Bezanya cuma bak kata terselindung sikit disebalik seurat benang saja...dari guna nama sendiri kini atas kertas secara rasmi yang memohon pengampunan dari Yang Dipertuan Agong ialah 'keluarga Anwar'.

Dari segi teknikalnya kalau Anwar sendiri mohon pengampunan itu ia sama seperti beliau mengaku benarlah beliau meliwat Saiful.

Kalau tidak tentulah timbul persoalan nak minta ampun apa bendanya.

Sebaliknya permohonan keluarganya lebih bersifat mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan.Dengan ini keperluan mengaku bersalah tidak timbul.

Sebagai rakyat Malaysia sesiapa saja termasuk keluarga memang ada hak untuk mengemukakan permohonan itu.Itu fakta, sekalipun tindak tanduk Anwar,keluarga dan puaknya seolah Saiful macam sampah tepi longkang yang tidak ada apa-apa hak.

Atas sebab itulah Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sendiri sudah tekan brek tangguhkan buat penentuan tentang kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Jawabnya kedudukan kerusi itu kosong atau tidak bergantung kepada keputusan Yang Dipertuan Agong nanti.Ini bererti tiada pilihanraya kecil sehingga keputusan dibuat.

Soal samaada permohonan keluarga Anwar diterima atau tidak itu sepenuhnya terserah kepada kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong untuk menimbangnya.

Cuma apa yang menjadi kejutan sekarang mengapa tiba-tiba ada buat U-turn untuk mohon pengampunan.

Ini lebih-lebih lagi mengenangkan semasa kes liwat pertama dulu pun Anwar atau keluarganya tidak buat sebarang permohonan pengampunan.

Makanya baik Anwar,keluarganya maupun puak mereka tidak boleh ambil hati jika ramai merasa ada sesuatu di sebalik tirai pada drama terbaru ini.

Kalau ikut kebiasaan tempoh masa untuk dapat keputusan lulus atau tidak lulus permohonan pengampunan itu bukan sehari dua atau seminggu atau sebulan atau dua bulan.Ia lebih lama dari itu dan mungkin makan tahun.

Melihat dari sudut masa itu ada juga tok nujum politik yang kuat merasakan permohonan pengampunan ini tidak lebih dari taktik 'buy time' atau kita alih dalam bahasa Melayu 'beli waktu'.

Soalnya perlu apa nak main-main tarik tali dengan waktu ini?

Ikut firasat tok nujum itu ia mesti ada kaitan dengan kedudukan Amwar sebagai Ahli Parlimen.Selagi keputusan permohonan pengampunan tidak dibuat selagi itu beliau kekal Ahli Parlimen.

Selagi beliau kekal Ahli Parlimen selagi itu Anwar kekal dengan kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.Tak gitu?

Lagi soalan, apa hal Anwar nak susah-susah bergayut pada jawatan Ketua Pembangkang dalam penjara?

Mengikut mereka yang bijak pandai politik jawabnya mudah.Ini diduga untuk melambat-lambatkan pergelutan siapa pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

Hello...ini adalah isu besar dalam Pakatan sekarang.

Apakah Lim Kit Siang,Lim Guan Eng,Azmin Ali,Datuk Seri Dr Wan Azizah atau Datuk Seri Haji Hadi Awang?

Jangan lupa dengan status sebagai Ketua Pembangkang,jika mislanya Pakatan menang pilihanraya umum ke 14...orang itu biasanya akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Mahukah PAS terima Kit Siang atau Guan Eng.Mahukah DAP terima Haji Hadi...dan mahukan PAS dan DAP terima Wan Azizah atau Azmin.

Memang cacamarba.

Ikut sumber dalaman Pakatan persoalan ini memang isu yang kusut masai dan silap haribulan boleh cetus perang besar u see.

Jadi waktu...lagi lambat lagi baik...memainkan peranan yang kritikal bagi Pakatan sekarang.

Analisa dan teropong bukanlah setakat itu saja.Ada juga tok nujum politik lain yang lebih menumpukan firasatnya dari sudut pilihanraya kecil Permatang Pauh pula.

Al-kisahnya ada juga berlegar dedas desus kalangan pimpinan Pakatan yang merasa keadaan sekarang ' terlalu panas' untuk berdepan dengan pilihanraya kecil hingga boleh merugikan mereka.Mereka dikatakan kurang sedap hati kerana bayang orang tentang perkataan 'liwat' masih terlalu kuat.

Dugaannya kalau tak kalah paling tidak majoriti Pakatan akan jauh merosot.

Oleh itu,permohonan pengampunan ini sekurang-kurangnya dapat memberi ruang bernafas untuk Pakatan atur balik langkah segala macam.

Satu lagi puak tok nujum pula lebih cenderong melihat ini semua sebagai renteten drama untuk panjangkan ingatan orang pada Anwar yang tengah berehat dalam penjara.

Ikut firasat mereka melalui permohonan pengampunan ini saja berbagai episod drama lain boleh diatur.

Pokoknya jangan bagi orang lupa pada Anwar.

Kata mereka bayangkan jika tidak ada apa-apa suspence nak dinantikan...selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh, senang cakap lambat laun Anwar akan gigit jari diam-diam dalam penjara.

Apapun cakap siapa pun boleh cakap.Ini bab Nurul Nuha yang kini menjadi orang depan keluarga Anwar dalam usaha untuk membebaskan Ketua Umum PKR itu.

Apa lagi yang boleh kita harap dengar darinya kecuali terus berdegar-degar kata bapanya tidak bersalah dan mendakwa berlaku penganiayaan terhadapnya.

Dalam kenyataan berhubung permohonan pengampunan keluarga mereka ini,beliau berkata mereka yakin tanpa campur tangan politik, keadilan akan ditegakkan dalam kes bapanya.

"Kami meletakkan keyakinan kepada proses Perlembagaan ini, serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh, tanpa campur tangan politik mahu pun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan."

Bunyinya memang sedap.

Soalnya siapa boleh lupa bagaimana Anwar,keluarganya dan puak mereka menghina sehina-hinanya badan kehakiman kerana buat keputusan yang tidak memihak kehendak mereka.

Ingat lagi herdikan Anwar pada lima hakim dalam bilik perbicaraan pada hari keputusan 10 Februari.Juga orang yang nak tumpang jadi hero macam Zunar kartun hina hakim di twitternya sebagai ' barua'.

Bukan satu,bukan dua.bukan tiga tetapi lapan orang hakim - tiga di Mahkamah Rayuan dan lima di Mahkamah Persekutuan sebulat suara kata Anwar salah.

Lambat laun waktu juga akan menentukan.

Apa agaknya akan jadi jika ditakdirkan keputusan Yang Dipertuan Agong tidak seperti yang mereka harapkan?

Selepas badan kehakiman dilanyak sakan...jangan terkejut pada kemungkinan institusi Raja pula jadi sasaran dakwaan terlibat 'konspirasi politik' dan dipijak-pijak serta diheret ke jalanan.

Ini semua kerana hendak mempertahankan kemungkaran seorang peliwat.- 25/2/2015

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 763  tetamu dalam talian