Rab05222013

Kemaskini terakhir08:50:25 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana

Rencana

DAP kering idea dakwa calon BN beli ijazah

  • PDF
Ada logiknya kata Timbalan Pengarah Pilihanraya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa pembangkang sudah bangkrap idea apabila menuduh lima calon parti itu memiliki ijazah palsu.

Apakah Pengarah strategi DAP Ong Kian Ming Cuma ‘lepas cakap’ atau mahu gempak saja sebab calon-calon yang dikemukakan BN boleh buat pembangkang ucap selamat tinggal selepas kuasai Selangor selama lima tahun.

Sepatutnya, biarlah lojik kalau Ming mahu tuduh Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay beli ijazah sebab senator yang bakal bertanding kerusi Parlimen Puchong itu bukan muka baru dalam politik.

Kenapa baru sekarang, DAP persoalkan pemimpin Gerakan itu dan mendakwa Kohilan ada ijazah palsu?

Mohd Zin juga percaya tohmahan Ming hanya juga...

Baca Lagi...

Surat terbuka kepada Nik Aziz

  • PDF
YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah SWT dari sebarang keburukan dan malapetaka.

2. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri saya. Saya adalah bekas pensyarah di sebuah universiti tempatan dan memilih bersara awal ketika berumur 40 tahun. Sejak itu saya menceburi dunia bisnes sendiri. Pada masa yang sama saya juga bergiat cergas dalam beberapa NGO berkepentingan Melayu, Islam, bumiputera dan negara.

3. Pertama...

Baca Lagi...

Strategi BN tumbangkan Hadi: Lima lawan satu!

  • PDF
Barisan Nasional (BN) akan menggempur kubu kuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Marang dengan strategi 'lima lawan satu' bagi menguasai kerusi parlimennya dan empat kerusi dewan undangan negeri (DUN) di situ.

Bernama melaporkan Ketua Umno Bahagian Marang Datuk Yahya Khatib Mohamad yang juga calon BN untuk kerusi parlimen itu berkata menerusi strategi berkenaan, fokus utama ialah menyingkirkan sokongan terhadap Abdul Hadi di kerusi Parlimen Marang dan juga DUN Rhu Rendang.

"Kami...

Baca Lagi...

Letupan bom gegarkan Amerika...

  • PDF
Amerika Syarikat mula memburu individu atau kumpulan bertanggungjawab meletupkan dua bom di garisan penamat Maraton Boston.

Ia mengorbankan tiga orang dan mencederakan lebih 140 orang dalam serangan bom terburuk di bumi Amerika sejak serangan 11 September 2001 (9/11).

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengetuai sekumpulan agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan, negeri dan tempatan untuk menyiasat kes.

Bom meletup di tengah kesesakan orang ramai di garisan penamat, mencemarkan...

Baca Lagi...

Kepincangan pakatan pembangkang serlah kelemahan parti

  • PDF
Kepincangan pakatan pembangkang dari segi moral, akidah dan kepimpinan dilihat semakin kritikal sehingga menampakkan kelemahan parti itu sendiri yang kini tidak mampu disembunyikan lagi.

Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali, berkata kelemahan pakatan pembangkang itu jelas sekali menunjukkan parti itu tidak layak mendapat sokongan rakyat untuk diberi mandat mentadbir kerajaan.
 
Katanya, rakyat perlu peka dan tidak sesekali memberi ruang kepada mana-mana pihak yang tidak...

Baca Lagi...