12Disember2018

PENGUASAAN ILMU DAN ISLAM HADHARI

  Penguasaan Ilmu adalah prinsip keempat dalam Islam Hadhari. Islam Hadhari adalah suatu pendekatan pembangunan manusia , masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif Tamadun Islam yang diperkenalkan oleh Pak Lah , Perdana Menteri yang kita kasihi, pada tahun 2003 yang menyatakan bahwa hasrat kerajaan dibawah kepimpinannya ialah supaya umat Islam kembali kepada asas dan fundamental Agama Islam.

 

Yang dimaksudkan dengan penguasaan ilmu ialah ilmu duniawi dan ukhrawi dan juga disebut Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Kedua-dua Fardu Ain dan Fardu Kifayah adalah kewajipan dan keperluan kerana kita mesti melalu Alam Dunia dalam perjalan kita ke Alam Akhirat.

Allah berfirman dalam Surah Al Mujaadalah : 11

maksudnya

“.......Allah mengangkat darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat...”

Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadithnya bersabda “ Sesiapa yang mahukan kecemerlangan dunia hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang mahukan kecemerlangan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan kedua-duanya sekali hendaklah dengan ilmu”.

Hadith ini dengan jelas menunjukkan perlunya keseimbangan antara ilmu dunia dan ilmu ukhrawi (Fardu Ain dengan Fardu Kifayah)

Nabi Sulaiman ‘a.s ditawarkan dengan salah satu dari tiga perkara iaitu takhta , harta dan ilmu. Baginda a’.s memilih ilmu. Akhirnya baginda memilki segalanya.

Keputusan Baginda Nabi Sulaiman ‘a.s itu tepat kerana hanya melalui ilmu kita akan mendapat kuasa dan pengaruh (takhta) kekayaan material dan spritual (harta)

Demikianlah pentingnya ilmu.

Pengalaman saya semasa Krisis Kewangan melanada Malaysia pada 1997/1998 dan juga semasa saya menjadi Yang Dipertua, Dewan Perniagaan Melayu Negeri Selangor selama lapan tahun dari tahun 1986 hingga 2004, saya dapati banyak dari kita usahawan Melayu amnya kurang mendalami ilmu pengetahuan bidang perniagaan. Walaupun ada tokoh usahawan Melayu yang berjaya tapi masih kurangnya kemahiran dalam selok-belok dan sepak terajang dunia perniagaan.

Budaya perniagaan bangsa Melayu haruslah digarap semula berteraskan ilmu dan pengalaman. Dari segi sejarah, orang Melayu terkenal sebagai pedagang di seluruh Nusantara samaada di zaman Kesultanan Melaka, Kesultanan Pasai (Aceh), Empayer Srivijaya, Kesultanan Majapahit dan Kesultanan Mataram.

Pelubuhan Melaka terkenal sebagai pusat perniagaan antara dunia Barat dan Timur. Barang-barang yang diperdagangkan termasuklah rempah, cengkih, kulit kayu manis dari Alam Melayu yang diperlukan oleh negara Barat untuk memelihara makanan mereka; dan barang-barang yang dibawa dari Cina dan India. Pelabuhan Melaka merupakan sebuah entrepot atau pusat perniagaan antarabangsa.

Sekarang ini dengan konsep menuntut ilmu yang berterusan, ilmu mengenai bidang perniagaan boleh diikuti di Fakulti-fakulti Pentadbiran Perniagaan yang banyak disediakan olih Kementerian Pengajian Tinggi melalui Universiti Kerajaan dalam negeri (IPTA) .

Ada banyak jenis kursus perniagaan yang boleh diambil secara pengajian penuh masa, sambilan atau jarak jauh seperti yang disediakan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Jadi berbekalkan ilmu usahawan Melayu dimasa hadapan boleh bekecimpong secara efektif dalam dunia perniagaan.


Selebihnya ialah dengan mengapat pengalaman yang susuai atau apa yang dipanggil “ what they don’t teach you at Harvard ”. Ini adalah mengenai sepak terajang di digelanggang realiti dunia perniagaan. Dunia yang memerlukan waspada dan bijaksana kerana dunia ini adalah “a dog eats dog world” atau dalam ertikata lain kiranya kita tidak berjaga-jaga, sibodoh akan dimakan oleh sicerdik.

Masyarakat yang kurang pengalaman tentunya akan ditipukan oleh masyarakat yang mempunyai lebih pengalaman dalam segala strategi dan taktik dunia perniagaan.

Dalam hal ini saya ingin mengesyorkan usahawan Melayu membaca buku Sun Tze “The Art of War ” dan mengkaji ilmu yang tersurat dan yang tersirat didalamnya.

Salah satu strategi ialah kalau “ we cannot fight then join them ” asalkan kita masih dengan Akidah, Syaria dan Akhlak yang menjadi fundamental Ajaran Islam.

Dalam dunia perniagaan, ia adalah sesuai sekali sebab kita menimba ilmu dari bangsa-bangsa yang telah lebih lama berkecimpung dalam arena perniagaan.

Bila kita ada ilmu dan pengalaman, kerjasama kita dengan mereka adalah kerjasama yang saling bergantung dan bukannya kita yang bergantung kepada mereka sahaja. Saling bergantung bermakna kita mempunyai maruah dan harga diri. Walhal kalau masih lagi bersifat bergantung pada orang lain bermakna hilanglah mertabat diri dan senang dibeli dan dikotak-katik oleh mereka.

Stephen Corvey dalam bukunya “ Lapan sifat orang yang efektif ” ada menyentuh mengenai sifat saling bergantung sebagai satu sifat orang yang efektif.

Hanya dengan ilmu dan pengalaman sahaja orang Melayu akan mencapai kejayaan yang tulen dan boleh bertahan lama dalam dunia perniagaan.

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 558  tetamu dalam talian